Penulis tertarik dengan artikel bertajuk " Sejarah UMNO baru sebenarnya",
yang ditulis olih Almarhum Tun Hussein Onn. Itu di luahkan pada tahun 1988
bukan 1998. Dikala itu hanya orang yang benar benar faham akan matlamat
perjuangan parti sahaja yang akan nampak sesuatu yang tidak kena akan
berlaku pada UMNO seterusnya. Akan tetapi apakah reaksi rakyat terhadap
kenyataan almarhum Tun diwaktu itu?. Masih ingat dikepala ini, dikala itu Dr
M disanjung semahu mahunya dan sudah tentu almarhum Tun dikecam sebagai
pengkhianat kepada parti dan sebagainya dan nasib baik tak dinyah suruh
keluar tinggal dinegara lain (ingat, masa tu kuku Dr M baru tumbuh, belum
keras lagi).
Mungkin dikala itu juga Hishamudin masih beringus lagi dan tak
tahu pun nak analisa tentang apa yang bapa dia tulis. Walau bagaimanapun
sekarang telah jelas ditunjukkan Tuhan akan kebenaran kenyataan almarhum Tun
itu. Tapi apa yang Hishamudin sekarang lakukan amat menyedihkan almarhum
bapa beliau sendiri. Langsung tak merenung kebelakang betapa menderitanya
Almarhum Tun dikala selepas dinyah dan diasak keluar dari jawatan PM olih
puak puak pengasas UMNO(B), pergi tanpa mengumpul sebarang harta dan dikala
itu pula perlu wang untuk menyara pelajaran siHishamudin ni di luar negara.
Bila dah ada jawatan, perjuangan dan pendirian bapa ditentang sembrono.
Apakah pemuda hari ini nak dipaksa berketuakan seorang yang tidak langsung
menghormati serta membela pendirian bapa kandungnya sendiri. Sama jualah
dengan si Najib pakar pikat bini orang tu. Kalau almarhum Tun Razak adalah
masa ini, dah lama si Najib ni kena penampar. Bapa teruk teruk menghidupkan
semangat UMNO asal, tiba tiba anak anak mereka sendiri senang senang
bersekongkol merobohkannya.Sewajarnya mereka mereka inilah yang harus tampil
kedepan mempertahankan apa yang telah ditinggalkan olih bapa mereka kerana
mereka lebih arif dan hampir dengan setiap detik perjuangan bapa bapa
mereka.
Secara keseluruhan budaya menipu diri dan rakyat memang dah jadi suatu
perangai yang memang payah untuk dibuang olih ahli ahli UMNO(B). Sebagai
contoh, kita ulangi, tengok ajelah si Hishamudin tu, dia tahu, apa yang
almarhum bapa dia kata tu memang betul tapi dek kerana dah sebati dengan
sikap suka menipu diri yang di ajar olih UMNO(B) kepada ahlinya, maka dia
buat muka tebal dan menongkah kenyataan bapanya sendiri. Begitu juga dengan
si Rais Yatim Phd (Piatu harapan diktator), dia bukan tak tahu yang
kenyataan tersebut itu benar benar berasas serta datang dari rasa
keperihatinan seorang pejuang tulin dan beliau sendiri telah bersungguh
sungguh menentang akan gelagat serta ketidak adilan puak puak UMNO(B)
lakukan kepada ahli dan parti UMNO asal. Sampai sanggup membakar jambatan
dan takkan kembali bersekongkol dengan puak puak UMNO(B), tapi akhirnya
sekarang apa dah jadi, dia lebih celupar dari sipenghuni mahligai air mata
sana tu, yang ada Phd tulen aje yang takkan terkena dengan budaya menipu
diri yang di bawa olih puak puak UMNO(B) . Tengoklah pula si Ibrahim Ali
baba bujang lapuk, si Musa Anuar tahi (lalat), Zahid Hamidi telur puyuh,
Fuad Hassan pakar susun dan atur bini, Aaaahhhh ramai lagilah spesis seperti
ini bersepah dimerata rata.
Saperti diperkatakan, telah menjadi tabi'at
ahli UMNO(B) ini, perbuatan menipu diri dan rakyat mesti dan wajib dilakukan
berpandu pada keadaan angin hipokrate dan habuan yang menanti. Itu semua
menunjukkan natijah hasil didikan tabi'at suka menipu diri dan rakyat yang
menjadi kebanggan puak puak ni.
Itu dari bab menidakkan fakta, lain pula dari bab menipu diri dan rakyat
tentang kesahihan bilangan ahli parti mereka. Ini nak cerita pengalaman
penulis ketika menjadi ahli disalah satu cawangan diLembah Pantai/Segambut
dalam tahun 1984/85. Kebetulan penulis dilantik sebagai s/usaha cawangan.
Bila sampai waktu nak buat mesyuarat agung tahunan, maka siketua mengarahkan
penulis menyediakan resit resmi untuk yuran dari ahli berdasarkan senarai
ahli yang tersedia, tanpa penulis diarah untuk mengutip sendiri daripada
ahli. Maka mengambil masa dua tiga harilah penulis menyediakan resit resit
tersebut untuk diserahkan pada ketua Bahagian. Selidik dan cungkil punya
cungkil dari ketua cawangan, pecahlah rahsia bahawa semua duit yuran
dibereskan olih Ketua Bahagian diwaktu itu.Semua ingat duit dia kah?, sorry
beb, tapi duit rakyatlah balik yang kena pakai (dari peruntukan wakil
rakyat). Sedangkan ahli yang sebenar, tidak tahu menahu dan ada yang dah
pindah dan mati, tapi resit tetap ada. Apa ini bukan tipu diri dan rakyat
namanya?. itu baru dicawangan penulis, belum lagi ditempat lain. Dikampung
kampung yang dalam sikit, lagilah senang puak puak malaun ni buat hal
menipu. Itu pasallah penulis tak heran, gelak lagi ada!! bila Khalil Yaakub
(mana ada undi antuuuu!!!) beritahu yang ahli mereka ada 2 juta orang. Eeeh
eeeh, pendek kata UMNO (B) ni memang penuh dengan pelbagai ragam tipu
muslihat buruk.
Pasal propaganda menipu Umno(B) memang nombor wahid, kalah Amerika dan
Israel. Kadang kadang sengaja ahli dihantar secara kumpulan atas pelbagai
nama kursus untuk selama beberapa hari (selalunya melalui BTN, JAWI dan
sebagainya) kesuatu tempat yang jauh dari KL , semata mata untuk dipasak
acuan propaganda kesetiap ruang minda ahli ahli agar pandai putar belit
untuk parti dan berpuak puak.Masih ingat lagi bagaimana puak UMNO(B) ni
berapi api menanamkan sifat benci yang teramat amat sangat terhadap parti
Pembangkang terutamanya DAP dan PAS. Memang ahli dan rakyat termakan dengan
propaganda yang kononya DAP ini lebih teruk dari komunis dan PAS dilebelkan
seiring dengan pengganas di timur tengah dan sebagainya.
Dididik apa aje
yang datang dari PAS atau DAP samada dalam bentuk makalah, keset dan
sebagainya didiklemasikan sebagai sesuatu yang amat jijik untuk disentuh
saolah olah lebih teruk dari memegang babi. Sekarang telah teserlah akan
alasan kenapa beria ia sangat puak puak UMNO(B) hendakkan rakyat supaya
jangan sentuh semua itu, mereka tak mahu rakyat tahu tabi'at jahat serta
pekong bernanah mereka selama memerintah negara ini.Konsep Iqra' dan sifat
ingin tahu yang mendalam olih rakyat memang amat ditakuti olih UMNO(B).
Kalau bolih biar semua rakyat ni pandai alah kadar saja dan hanya kuncu
kuncu yang bolih cicucuk hidung atau ekor sahaja yang layak jadi pandai.
Sedarkah kita bahawa rakyat Malaysia tergolong pada kategori yang kurang
minatnya untuk membaca kalau dibandingkan dengan rakyat Singapura dan lain
lain. Ini lah kesan sampingan hasil didikan budaya menipu olih UMNO(B).
Lanjutan pada budaya menipu UMNO(B), tak terkecuali penipuannya dalam
Demokrasi.
Teringat penulis sewaktu pilihanraya tahun 1984 atau 85, adalah
seorang pemuda, Jalal namanya (semoga sekarang jadi pejuang demokrasi tulen
bersama BA) yang dah mula sedar dan mahu menguji samada demokrasi masih ada
atau sebaliknya dengan memasang bendera DAP hadapan rumahnya dicawangan
penulis, kebetulan Calon DAP ketika itu ialah En Md Noor . Apa lagi jadi
macam satu phobia masyarakat terhadap pemuda ini dan dengan segera YB pada
masa tu datang menasihatkan simat ni untuk turunkan bendera tersebut dan
seterusnya menempelaknya kerana tak sokong UMNO(B) atas dasar parti melayu.
Tengok tu, Demokrasi apa ni? memang penulis dah lama nampak bahawa demokrasi
di Malaysia ni sudah mati angkara UMNO(B). Penulis percaya bahawa begitu
ramai dari rakyat yang tahu akan hakikat ini, tapi ambil sikap (secara tak
disedari) menipu diri sendiri. Lagi satu, kata kata keramat yang sering
mereka bisik dan tiupkan pada rakyat yang kebanyakkannya ialah " Buat apa
nak tukar kerajaan, kan kita sekarang senang cari makan, pergi mana pun tak
ada masalah. Buat apa nak susah susahkan diri" dan sebagainya. Dalam pada
itu puak puak pemimpin UMNO(B) terus pasang strateji tipu diri dan rakyat
untuk korek harta negara demi kepentingan sendiri. Berpuluh tahun lamanya
rakyat yang kena tipuuu.
Selalunya orang yang dungu dan bodoh aje yang kena
tipu, tapi zaman canggih ni orang pandai pandai, hatta Lawyer, Doktor,
Pensyarah dan sebagainya senang senang ditipu olih puak puak UMNO(B). Nanti
puak UMNO(B) ambil dan bawak lari bini dan anak anak mereka pun biarkan,
buat apa nak susah susah kan sekarang senang nak buat apa apa, kesana sini
tak ada masalah dan sebagainya. Jangan terkejut perkara seumpama ini tak
mustahil akan terjadi kalau sikap menipu diri masih mengeletek sebagai
budaya kebanyakan rakyat Malaysia masa kini.Ketahuilah kalian bahawasanya
UMNO(B) bukanlah parti untuk manusia yang waras, sayang ugama dan bangsa.
Parti tersebut dihuni olih makhluk perosak yang bersultankan nafsu serakah
semata mata.Penulis merafakkan taubat kehadrat Ilahi diatas kesilapan telah
memilih UMNO(B) sebagai pelantar perjuangan membela ugama dan tanah air
.Kalimah "Melayu" didalamnya wajar diganti agar orang melayu yang waras
tidak malu sebagai penipu diri dan rakyat sepanjang zaman dan patut
dinamakan semula sebagai Parti "Untuk Membohong & Nista Orang (Barua)"
.Harap harap orang orang seperti Kasim Tadin, Razak Samah, Yusri, Ridwan Mat
dan ramai lagi, cuba renungkan semula kata kata almarhum Tun Hussain
tersebut dan jujurlah pada diri sendiri, hentikan sikap menipu diri
tersebut. Rezeki ada dimana mana, jangan risau dan gundah gulana. Kalian
memang ada bakat sebagai pemimpin yang baik, cuma budaya dan platform tu
kena tukar. Selamat Hari Raya maaf dzahir Bhatin.
Pensil kayu