Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ucapan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Bagi pihak diri sendiri dan juga Jawatankuasa Pusat (JKP) Parti Rakyat Malaysia (PRM), saya dengan penuh gembira mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, termasuk khususnya para anggota dan penyokong PRM.

Semasa saya menulis ucap selamat ini, kita sudah hampir selesai menunaikan fardu sebulan berpuasa. Kita berpuasa dalam bulan Ramadan untuk menunaikan satu daripada Rukun Islam yang lima. Selain itu kita menunaikannya sebagai satu perjuangan. Selama sebulan kita berjuang menahan dugaan lapar dan segala macam hawa nafsu. Puasa menguatkan iman dan ketahanan serta disiplin diri kita.

Dengan berpuasa kita diinsafkan juga tentang pedih perih kelaparan golongan miskin yang kekurangan makanan. Seterusnya, dengan sendiri boleh timbul kesedaran untuk membela golongan yang miskin, dan menghapuskan jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dengan miskin, akibat daripada pemusatan kekayaan pada tangan segelintir manusia.

Kita merayakan Aidil Fitri sebagai satu kemenangan dalam perjuangan suci. Dalam perayaan kemenangan ini kita mengucap syukur ke Hadrat Ilahi kerana telah berjaya memenuhi setahun lagi tanggungjawab kita kepada Allah. Kita berharap, Insha Allah, akan berjaya juga melakukan tanggungjawab kita terhadap semua manusia, terutama golongan yang miskin dan dzaif - tegasnya golongan Mustadafiin. Kita juga menghulurkan sepuluh jari untuk bersalaman serta bermaaf-maafan.

Minal A’ideen Wal Faizeen.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
24hb Disember 2000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com