Assalamualaikum,
Saya telah berada di Lunas semenjak hari Penamaan
Calon LAgi. Sejak hari itu lagi BN telah dikalahkan
dari segi jumlah pengiring calon BA yakni Saifuddin
Nasution. Sudah tampak akan bunga2 kejayaan BA di
Lunas.
Di sini saya ingin merakamkan beberapa pengalaman saya
semasa kempen pilihanraya itu berjalan. Pengalaman
ini adalah pengalaman saya sebagai sebahagian dari
jentera kempen BA.
1) Kerjasama orang tempatan AMAT KUAT berbanding
dengan
pilihanraya2 yang lalu. Misalnya di Taman Selasih,
tempat saya di"pos"kan, terdapat lebih dari 3 cawangan
PAS yang telah sedia wujud bersama2 dengan sebuah
bilik gerakan PAS yang telah beroperasi sejak awal2
lagi.
Ini merupakan FAKTOR UTAMA kemenangan kita di Lunas.
Dan orang2 local inilah yang bertanggungjawab
menghalau pengundi2 hantu tersebut.
2) Petugas2 BA baik dari PAS, KeAdilan, DAP dan PRM
bekerja bertungkus lumus untuk mencapai kemenangan
itu.
Ini dapat dilihat dari poster2, bendera2, kain rentang
serta fliers2 yang amat banyak kelihatan di Lunas.
Pekerja2 BA juga amat KOMITED dari segi KESELAMATAN di
mana mereka telah sanggup berjaga sepanjang malam
untuk mengelakkan taktik2 kotor BN. Hasilnya dapatlah
di halang pengundi2 hantu dari mengundi di Lunas.
Sekiranya pengundi hantu itu GAGAL untuk dihalang,
nescaya BA akan kalah lagi di Lunas.
3) Setiap tenaga kerja yang turun ke Lunas telah di,
manfaatkan secara maksimum baik sebagai penampal
poster, perayu undi, penjaga keselamatan dsbnya.
Tidak seperti di Sanggang, para penyokong BA di Lunas
telah diberikan TUGAS yang spesifik dan tidak hanya
datang untuk memenuhkan tempat sahaja seperti di
Sanggang. Pendek kata, pembahagian tugas kali ini
lebih Effisien dan MENYELURUH.
Pendek kata apabila turun ke Lunas, semua TITLE
dibuang
dari badan dan seorang doktor terpaksa mengikut arahan
seorang penjual ikan hanya kerana si penjual ikan itu
adalah Ketua Pos atau Peti Undi.
4) Para perancang yang terdiri dari pemimpin2 BA dari
PAS, KeAdilan, DAP dan PRM merancang dengan amat bijak
dan realistik sekali. Pemimpin2 BA juga mengambil
sikap "down to earth" dan terbuka kepada cadangan2
dari sesiapa sahaja.
5) Kerjasama yang AMAT ERAT di antara parti2 komponen
BA. Walaupun berlaku kontroversi di dalam pemilihan
calon, tetapi para pekerja DAP di peringkat "local"
terus menerus bekerja di Lunas untuk memenangkan
Saifuddin Nasution.
Dengan datangnya Encik Lim Kit Siang ke Lunas 2 hari
sebelum hari mengundi telah memberikan tamparan MAUT
kepada BN dari segi undi Cina.
6) Pengundi2 Cina telah bertukar menjadi PEMINAT2
CERAMAH yang INCURABLE. Ini kerana pengundi2 Cina di
setengah2 tempat telah melebihi pendengar2 dari kaum
Melayu.
Saya mengharapkan bahawa ini akan menjadi satu trend
baru kepada kaum Cina.
7) Pengundi2 Cina telah TANPA SEGAN SILU berkempen
secara terbuka untuk calon KeAdilan. Ini adalah satu
trend yang amat baharu kerana pengundi2 Cina selama
ini jarang MENUNJUKKAN sokongan mereka secara terbuka
walaupun mereka mengundi calon DAP/PEMBANGKANG secara
terbuka.
8)Walaupun pengundi India menyokong BN secara solid,
tetapi undi2 dari kaum India lah yang memenangkan BA.
Ini kerana undi2 dari Melayu dan Cina hanya mampu
untuk
"neutralise" kemaraaan undi2 dari kaum India. Tetapi,
undi dari segelintir kaum India kepada BA itulah yang
memberikan kita kemenangan di Lunas.
Diberitakan bahawa para pengundi India dari BA adalah
mereka yang bukan dari Estet dan bekerja di luar ESTET
sebagai mekanik, pemandu lori, pengusaha bas dsbnya.
Jadi, jangalah kita terlalu memaki kaum India kerana
mereka ada sumbangannya kepada kita di Lunas.
9) Para menteri2 dan pemimpin BN telah dilayan seperti
budak kecik. Mereka sering kali di lemparkan kata2
nista dan kutukan2 yang pedas dari penduduk tempatan
apabila mereka cuba untuk pergi berjumpa pengundi.
Ini menandakan bahawa pemimpin2 BN telah hilan
kewibawaan mereka sebagai pemerintah negara kerana
mereka sudah hilang hormat dari rakyat Malaysia.
10) Para pemimpin BA pula amat dihormati oleh pengundi
tempatan. Ini kerana mereka jarang berhadapan dengan
pengundi yang membenci mereka walaupun pengundi
tersebut mengundi BN.
Akhir kata, saya bersyukur yang kita telah memenangi
DUN Lunas kerana kemenangan ini adalah sebenarny
kemenangan rakyat Malaysia amnya.
A. Rahman