Sebagai warga BA Ampang Jaya saya mengucapkan syukur
ke hadrat Allah di atas penubuhan Sekretariat BA
Ampang Jaya yang diumumkan di laman web PAS Kawasan
Ampang Jaya.
Di sini saya ingin menyeru kepada semua pihak supaya
bersikap ikhlas di antara satu sama lain. Ini amatlah
diperlukan terutamanya di antara PAS dan Keadilan
yang merupakan parti-parti BA yang paling aktif di
Ampang Jaya.
Walaupun BA di peringkat kebangsaan dianggotai oleh
PAS, Keadilan, DAP dan PRM namun di Ampang Jaya DAP
dan Keadilan pada hakikatnya tidak wujud dari segi
program dan keahlian. Walaupun kita akui DAP mendapat
sokongan dari masyarakat Cina namun PRM hanya
menubuhkan Cawangannya untuk menyertai pilihanraya.
Pemimpin dan ahli-ahlinya adalah dari luar Ampang
Jaya.
Dengan itu hubungan di antara PAS dan Keadilan akan
menjadi tunggak kepada BA di Ampang Jaya. Tenggelam
atau timbulnya BA di Ampang Jaya bergantung kepada
PAS dan Keadilan.
Di dalam pilihanraya umum 1999, PAS telah terpaksa
melepaskan kerusi Parlimen yang diperuntukkan
kepadanya kepada PRM. Perkara ini telah menyebabkan
ketegangan memandangkan PAS merupakan parti BA yang
paling dominan di Ampang Jaya. Untuk tiga hari
sebelum penamaan calon ke semua bilik-bilik gerakan
PAS di Ampang Jaya telah ditutup. Saya difahamkan
dengan cemas beberapa pemimpin-pemimpin PAS Pusat
telah memanggilkan pemimpin-pemimpin PAS Ampang Jaya
untuk mendapatkan penjelasan.
Sebagai ahli PAS saya masih rasa terkilan di atas
kegagalan PAS bertanding di peringkat Parlimen.
Tetapi ini bukan kerana saya yaki PAS berupaya
memenangi kerusi tersebut tetapi oleh kerana ramai
pengundi-pengundi Melayu yang enggan mengundi BA di
peringkat DUN apabila Sivarasa dari PRM diletakkan di
kerusi Parlimen.
Jumlah perbezaan undi di antara BA dan BN di
peringkat DUN adalah 5,000. Walau bagaimanapun
perbezaan undi di antara Sivarasa dan Ong Tee Keat (
BN ) di peringkat Parlimen adalah lebih 8,000. Ini
bermakna lebih 3,000 pengundi yang telah mengundi BA
di perinkat DUN tetapi tidak mengundi BA di peringkat
Parlimen. Nasib baik mereka masih mengundi BA jika
tidak sudah tentu calon-calon BA di peringkat DUN
kalah dengan lebih terok lagi !
Dan sudah tentunya lebih-ramai lagi yang enggan terus
mengundi BA di peringkat DUN apabila melihat Sivarasa
bertanding di Parlimen.
Inilah yang membuat ahli-ahli PAS di peringkat
grassroot begitu terkilan. Tetapi ramai di antara
kami yang mengetahui cerita yang sebenar tidak terus
menyalahkan Siva dan PRM. Pada kami sikap
berdolak-dalik pemimpin-pemimpin Keadilan Bahagian
Ampang Jaya ketika itulah yang menaikkan kemarahan
kami.
Keadilan ketika itu, untuk lebih tepat lagi Abdullah
Sani, Ketua Bahagiannya, apabila di hadapan PAS
menyatakan sokongan supaya PAS bertanding di kerusi
Parlimen. Tetapi di dalam diam beliau telah
berkospirasi dengan PRM agar kerusi tersebut jatuh ke
tangan PRM. Bukti yang paling nyata konspirasi ini
adalah apabila Siva akhirnya bertanding di atas tiket
Keadilan. Sikap menikam dari belakang KeADILan ini
diketahui oleh ramai tetapi di atas semangat BA untuk
menumbangkan BN maka pemimpin dan ahli-ahli PAS
Ampang Jaya telah dapat mengawal perasaan mereka.
Oleh itu sebagai seorang ahli PAS dan sentimen ini
dikongsi oleh ramai, Ketua Bahagian Keadilan yang
baru - Tuan Haji Ahmad Hassan - supaya ikhlas di
dalam kerjasama dengan PAS.
Kerusi Parlimen Ampang Jaya secara logiknya mesti
ditandingi oleh oleh calon Melayu jika kita hendak
menang di DUN. Keptusan di Lunas menunjukkan calon
Melayu boleh memenangi di kerusi-kerusi di mana
pengundi-pengundi Melayu kurang dari 55%.
Saya yakin Ahmad Hassan menyedari hakikat ini. Dengan
itu saya berharap beliau tidak akan bersandiwara
seperti Abdullah Sani. Kami tidak mahu melihat Ahmad
Hassan kononya menjadi orang tengah, playing the role
of the good guy, menenangkan keadaan tetapi seperti
Dollah menikam PAS dari belakang.
Ahmad Hassan dan Keadilan mesti bersama-sama
memastikan kerusi Parlimen dirampas dari PRM.
Cukuplah apa yang dilakukan oleh Dollah di dalam
tahun 1999, jangan pula Ahmad Hassan hendak mengikut
jejak langkah beliau yang sekarang sudah menghilang
entah ke mana.
Ingat, di dalam tahun 1999 tindakbalas-tindakbalas
yang berlaku di Ampang Jaya adalah hanya dari
pemimpin-pemimpin dan bukan dari grassroot atau
cawangan-cawangan. Sekiranya mimpi-ngeri 1999
berulang di dalam tahun 2003/2004 maka saya yakin
grassroot dan cawangan-cawangan akan bangkit !
Tentunya kita tidak mahu apa yang dilakukan oleh
Keadilan untuk mendapatkan kerusi Lunas dari DAP (
mengumpul tandatangan, mengugut akan melakukan
sesuatu semasa penamaan calon dsb ) berlaku di Ampang
Jaya. Tetapi ingat PAS pernah menutup bilik-bilik
gerakanya di dalam tahun 1999!
Angkatan Perpaduan Ummah telah bermula di Ampang Jaya
semasa pilihanraya kecil Dato' Harun. Maka dengan itu
kita berharap agar Barisan Alternatif tidak akan
retak atau berkubur akibat masaalah-masaalah di
Ampang Jaya.
Kepada PRM ........ please be realistic. Keupayaan
kamu adalah terhad. Please focus your attention to
your traditional seats - PJS, Batu dan JB.
Akhir sekali kepada AJK Kawasan - janganlah lembik
sangat ...... macam sotong. Walau bagaimanapun saya
berharap agar cawangan-cawangan dan grassroot must
take the lead.
But most of all Pemuda PAS Ampang Jaya should be more
aggresive. Do not be just aggresive internally i.e.
towards members and Cawangan tetapi menikus-mondok
atau mehamster apabila berhadapan dengan UMNO atau
BA. Sanggup ketuk kepala ahli-ahli sendiri tapi takut
hendak jentik Keadilan atau PRM. Please shed-off you
inferiority complex. Atau adakah sindrom Hishamuddin
telah menular ke dalam Pemuda Ampang Jaya ?
Without Fear, Without Favour
* Artikel ini ditulis di atas semangat "Freedom Of
Information" dan "Freedom Of Expression" yang
disokong oleh Barisan Alternatif.