Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KERANAMU LUNAS : KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT BONUS

Hari ini seluruh kakitangan awam (80,000 orang)dikejut dengan bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM 500.00 sebelum hari raya ini.

Hari ini Dr. Mahadhir berkata, ini untuk duit raya dan persiapan buka sekolah. Saya dan isteri cukup gembira kerana menikmati bonus ini. Tetapi Mahadhir, jangan minta kakitangan kerajaan bersyukur atas apa yang diberikan ini. kakitangan kerajaan terutamanya guru-guru yang disumpah seranah oleh Mahadhir akan terus berjuang untuk memastikan Mahadhir tersungkur jua akhirnya. Malah kami akan menderma sebahagian wang ini kepada tabung PAS dan Barisan Alternatif sewaktu ceramah diadakan.

Sikap Mahadhir hari ini sangat berbeza dengan sewaktu Belanjawan 2000 dibentangkan. Mahadhir dengan angkuh berkata bonus tidak akan diberikan kerana kerajaan telah menerima kenaikan gaji 10 peratus baru-baru ini. Katanya juga, bonus bukanlah suatu yang wajib diberikan setiap tahun.

Kita perlu berterima kasih kepada seluruh pengundi di pilihanraya kecil LUNAS yang memberi pukulan maut kepada BN sehingga memaksa suku sakat Mahadhir memberi bonus untuk meredakan sokongan rakyat kepada Barisan Alternatif. Terima kasih juga kepada Para Pemimpin dan petugas pilihanraya dari Barisan Alternatif sekalian. Tapi kami yakin, wang bonus ini tidak sedikit pun menggugat sokongan kakitangan kerajaan terhadap Barisan Alternatif.

SeeM


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 14 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com