Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RAHSIA GEMPAQ - Pembongkaran oleh SPY Kerajaan

Berikutan kekalan teruk BN di Lunas, Mahathir mengarahkan UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN supaya menubuhkan “Kontinjen Puteri” masing-masing. Ini mencontohi konsep Puteri UMNO yang sedang dirancang. Wang biayaan dari sumber Kerajaan (rakyat) akan digunakan.

Di ketahui, sejumlah RM200 juta setiap tahun menjelang 2004 akan diagih-agihkan dalam bentuk program kegiatan pelbagai bentuk.

1. Untuk mengabui mata orang ramai, terbabit sama ialah KEMAS dan BTN yang akan menyelenggarakan program tersebut supaya tidak ketara sebagai satu program politik. Dengan itu, program 100% program politik BN itu dapat diselindungkan dari kritikan rakyat dan pembangkang.

2. Diketahui secara sulit dan rahsia, Mahathir menggariskan beberapa garis panduan. Antara fokusnya ialah gadis berusia 16 tahun hingga wanita berusia dibawah 35 tahun. Mereka dikehendaki melibatkan diri dalam satu aturcara program mingguan yang tertentu, termasuk menghadiri kelas “Turning over” dengan syarahan dan ceramah yang diberi oleh beberapa pensyarah.

3. Wakil komponen BN dikehendaki mengatur rancangan masing-masing dan melaporkan perkembangannya kepada satu J/Kuasa Khas Penyelaras Program peringkat Kebangsaan yang bertanggungjawab secara langsung kepada beliau.

4. Diketahui, kelab kakitangan awam (wanita) dikehendaki berserta isteri-isteri pegawai tinggi kerajaan dikehendaki mengatur program khas bertujuan sama. Kenaikan pangkat suami mereka bergantung kepada keaktifan kegiatan isteri masing-masing dalam program tersebut.

Program ini adalah bermaksud untuk membanteras kehebatan sokongan rakyat terhadap parti Pembangkang kebekangan ini berikutan ledakan sokongan rakyat hingga sambutan Perhimpunan di Jalan Kebun telah mendapat perhatian sebegitu hebat hingga menggegarkan Barisan Nasional.

Mahathir khabarnya begitu gelabah dengan prestasi BN di Lunas yang sangat merosot. Beliau sangat marah kepada semua pemimpin BN yang tidak mampu mengalahkan Barisan Alternatif walaupun BN berusaha keras melakukan pelbagai taktik kotor. Abdullah Bedawi telah menerima “firing” dari Mahathir.

Mahathir mengsyaki memang sah ada beberapa puak dalam BN sendiri yang berpaling tadah menyokong kempen Pembangkang dan Reformasi.

Beliau mengsyaki pemimpin UMNO Kedah adalah pengkhianat terhadap UMNO dan BN. Mereka telah menyebar maklumat rahsia mengenai rancangan beliau (peribadi) yang akan menjadikan Langkawi satu lagi Wilayah persekutuan.

Kekalahan BN di Lunas menyebabkan majoriti BN di DUN Kedah lupus. Keadaan ini tidak memungkinkan langsung beliau melakukan perkara yang sama seperti yang beliau telah lakukan di Selangor terhadap Putera Jaya.

Diberitakan, kedudukan Syed Razak akan digugat. Mahathir sedang menimbangkan untuk melucutkan jawatan MB sekarang untuk digantikan dengan seorang yang baru. Ini adalah hukuman terhadap Syed Razak yang gagal mempertahankan Lunas. Di beritakan samada Sanusi Joned atau Osman Arop akan dilantik sebagai MB.

Syed Razak telah mengambil jalan terakhir dengan membeli ruangan khas di akhbar Utusan Malaysia untuk membuat promosi terhadap kewibawaan beliau. Yahya Ismail telah dibayar untuk mengada-adakan tulisan seolah-olah Syed Razak adalah penulis ruangan tersebut.

Yahya sedang menulis buku-buku risalah yang kununnya ditulis oleh Syed Razak sendiri. Tujuannya ialah untuk meyakinkan Mahathir seolah-olah beliau sendiri adalah MB paling giat dalam menentuk politik UMNO di Kedah.

Kakitangan Awam Pro BA


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 7 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com