assalamuaaikum
Di sini saya ada cadangan untuk semua webmaster reformasi supaya
mengiklankan perkara berikut:
Di minta semua penyokong BA dan reformasi menampalkan sticker yang
melambangkan BA atau reformasi pada kenderaan masing-masing.
Dan semua penyokong BA dan reformasi yang melihat kenderaan yang menampalkan
sticker tersebut yang mengalami masalah dalam perjalanan hendaklah
memberikan pertolongan sedaya upaya.
Kempen ini kita boleh mulakan menjelang perayaan ini dan jika agak terlewat
untuk musim balik kampung ni , ianya boleh dibuat untuk musim balik semula
ke rumah masing-masing.
Saya rasa ramai yang memerlukan dan kita boleh teruskan kempen untuk selepas
hari raya.Ini akan dapat menjalin ukhuwwah dikalangan kita.
Kita boleh jadikan kempen ini seperti syarikat AAM, GESA atau AUTO911
Sekian
risya