Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cuba menghalang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(Suhakam) memanggil anggota polis bagi membantu siasatan awamnya.
Presidennya PBPM, Mansor Md. Jaafar nampak lebih memihak kepada polis tanpa mengambil kira
kepenting awam keseluruhannya.
Beliau juga mempersoalkan sejauh mana kemampuan Suhakam dalam membawa kes ini.
Menurut beliau, siasatan yang dilakukan itu juga tidak jelas tujuan dan ke mana
hasil itu akan dihantar, selain boleh mengeruhkan lagi keadaan. Beliau mempersoalkan
kewibawaan Suhakam yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Anuar Zainal Abidin
Selain itu Mansor mempertikaikan, apa yang dilakukan Suhakam sekarang pelik dan tidak
dilakukan oleh mana-mana negara di dunia termasuk Amerika
Syarikat (AS) sendiri yang dianggap sebagai pejuang utama hak asasi manusia.