Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perpaduan Melayu: PAS & Keadilan Perlu Hati-hati dengan UMNO

Kenyataan PM tentang kemungkinan UMNO akan mengadakan perbincangan dengan PAS dan Keadilan berkaitan isu perpaduan Melayu seharusnya ditanggapi dengan penuh hati-hati dan perkiraan dari pelbagai aspek.

Apa yang jelas, kenyataan tersebut membuktikan bahawa UMNO telah tersepit dengan isu Suqiu yang dimainkannya. Justeru menyedari keadaan yang tidak memihak kepada UMNO maka PM cuba mengalihkan kepada soal perpaduan Melayu. PAS dan Keadilan sewajarnya melihat jemputan PM bukan sahaja atas dasar Perpaduan Melayu malah perlu meninjau latar isu-isu sebelum ini yang telah membawa kepada perpecahan dan pergolakan rasa tidak puas hati yang dimainkan oleh UMNO.

Kalangan tertentu mungkin menyedari taktik PM dalam keadaan tersepit. Lihat sahaja isu-isu yang berlaku seperti kes DSAI, rasuah,kronisme,penyelamatan syarikat-syarikat kroni, dan ketidaksanggupan PM hadir ke mahkamah...semuanya dihadapi dengan sewenang-wenangnya oleh PM. Hakikatnya, pertemuan tersebut akan dijadikan isu untuk PM menuding jari dan menyalahkan pembangkang dalam isu perpecahan Melayu walhal semua tahu UMNO punca segala-galanya.

Andai PAS dan Keadilan menolak, maka mereka dianggap tidak mengambil berat dan tidak mahu melihat Melayu bersatu. Sebaliknya kalau diterima, penerimaan tersebut akan dianggap punca perpecahan seenarnya berpunca dari PAS dan Keadilan.Maka bersihlah UMNO dari perbuatan mereka menghancurkan Melayu.

Apapun terima kasih PM kerana mengakui hakikat perpecahan UMNO semakin meruncing dan UMNO perlu diselamatkan segera. Cumanya UMNO tidak menyedari atau saja-saja tidak mengetahui, PMlah yang mengkucar-kacirkan UMNO ! Cetusan untuk berbincang Perpaduan Melayu dengan PAS dan Keadilan sebenarnya hanyalah satu usaha untuk menyelamatkan UMNO yang "luarnya sudah usang dalamnya sudah hancur".

"Salam Aidil Fitri"
ibnu syafie


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com