Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Filem Charlie's Angels menghina Islam

Setelah menerima banyak ajakan dan dorongan dari kawan-kawan saya terpanggil untuk menonton filem Charlie's Angels, ceritanya agak bagus, banyak adengan-adengan lasak dan kekebalan watak hero serta diiringi dengan sistem effect terkini dalam filem tersebut.

Tiga orang remaja wanita yang menjalankan kegiatan penyiasatan begitu patuh pada arahan ketua, walau pun mereka tidak mengenali wajah ketua mereka. Banyak adengan ketawa dan senyum yang cuba diwujudkan oleh pengarah untuk menimbulkan mood ceria dan riang oleh tiga watak utama.

Di sebalik itu ia juga tidak mengenepikan unsur-unsur lucah yang sememangnya menjadi budaya barat. Apa yang menyedihkan ialah terdapat satu babak yang menggambarkan watak utama sedang berjoget ala Mesir dengan berpakaian separuh bogel dan serentak dengan itu musik tradisional Mesir berkumandang dan diikuti dengan suara AZAN.

Dalam kebingitan muzik Arab itu jelas kedengaran 'Allah Akhbar' dan sebagainya. Dalam adengan tersebut, jelas menunjukkan suatu penghinaan yang teruk oleh pihak tertentu terhadap agama Islam.

Suruhan 'Mari menuju kejayaan' pada suara, tetapi pada gambarnya kelihatan gadis-gadis yang separuh bogel sedang berjaya menggoda puluhan lelaki dalam sebuah hotel.

Saya sebagai seorang umat Islam amat kecewa dan kesal dengan perbuatan seumpama itu dan tambah mengecewakan lagi bagaimana filem seumpama itu dapat terlepas untuk tontonan di Malaysia yang diketahui majorirti penduduk dan pemimpinya adalah umat islam.

Kiriman : skywalkers09

.................................................
Petikan TranungKite@eGroup


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 21 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com