Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bila Fadzil Hanafi Juga Menjadi Pembelit

Tok Ketampi

Dalam p.raya kecil Lunas tempohari, tersebar luas sebuah buku dengan tajuknya "Di Sini Ku Temui Kebenaran" karya Fadzil Hanafi, kununnya penulisan beliau ini adalah hasil temubual beliau dengan seorang yang dikatakan bekas aktivis PAS yang berjuang dengan perjuangan PAS sejak lebih 50 tahun. Kenapa Fadzil Hanafi dikatakan PEMBELIT ?

i. Beliau mengatakan bahawa bekas aktivitis PAS itu telah berjuang di dalam PAS sejak lebih 50 tahun. Punyalah pembohong si ustaz sekor ni. PAS hanya ditubuhkan pada tahun 1951, yakni belum pun sampai 50 tahun.

ii. Dikatanya bahawa penulisan buku kecil (12 m.s) itu adalah hasil temual dengan seorang bekas aktivis PAS yang berasal dari Terengganu. Mungkin yang dimaksudkan oleh beliau itu ialah seorang pencacai yang sering mengkafirkan UMNO sebelum ini, yang telah dipecat dari PAS pada tahun 1980'an. Kalau orang inilah dikatakan telah berjuang lebih 50 tahun dalam PAS, sekali lagi Fadzil Hanafi berbohong kerana pencacai ini, usianya baru melepasi setengah abad. Sekali lagi nampak pemimpin umno ini jenis pembohong seperti ketua mereka.

iii. Seperti biasa, Fadzil Hanafi tidak menyebut nama bekas aktivis PAS itu. Ini nampaknya cuba membuat pre-amp untuk membolehkan orang percaya tanpa perlu menanyakan detail lagi. Untuk pengetahuan, pemimpin umno memang suka membuat pre-amp ke atas sesuatu perkara di mana jika orang ramai tidak bertanya, amaka bagi mereka itu adalah benar sekalipun dakwaan itu adalah bohong semata. Contohnya, Anwar Ibrahim dikatakan penyimpan 3b dalam akaun bank tanpa memberi peluang kepada tertuduh untuk menjelaskan kedudukan. Dengan ini, bagi pemimpin umno, apabila orang ramai tidak bertanya, maka itu adalah benar. Inilah standard pemimpin umno yang ada hari ini. Dan insya-allah, pada dekad mendatang, standard ini akan berubah secara total.


Komen Abu Jihad :

Bekas aktivis Pas Terengganu itu pernah berceramah, jika mayat UMNO ditanam dikubur Islam, mayat ini akan merangkak sebaik sahaja orang ramai melangkah pulang ke Jerat Cina.

Akhirnya Allah telah menunjukkan dengan jelas bila dia sendiri jadi UMNO... dan bagaimana mayatnya nanti... walahualam.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 4 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com