Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pimpinan pusat tidak hendak lihat Islam terlaksana

KUALA TERENGGANU: Bekas Pesuruhjaya Hisbah, Allahyarham Haji Idris Othman, 48 mendedahkan pimpinan Pusat tidak mahu melihat syariat Islam khususnya hukum hudud dilaksanakan di negara ini. Pimpinan Pusat merancang sesama mereka untuk merahsiakan hasrat itu dengan menampakkan Kerajaan Pusat juga turut mahu melaksanakan Islam sebagai agama rasmi Negara. Mereka menggunakan alat penerangan termasuk media massa, mufti, guru-guru agama dan jabatan-jabatan tertentu supaya menggambarkan bahawa mereka turut sama menyumbang untuk agama Islam.

Rahsia ini disampaikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika berucap di majlis Sempena Setahun Kerajaan Baru anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Stadium Negeri, 2 Disember lalu. Menteri Besar berkata, Allahyarham Haji Idris menceritakan sendiri pakatan itu dibuat ketika bekas Pesuruhjaya Hisbah berkhidmat di jabatan kerajaan tidak lama dahulu. "Inilah antara punca mengapa Haji Idris sanggup mengurbankan kerja yang bergaji lumayan semata-mata untuk menyumbang khidmat baktinya kepada Kerajaan Terengganu," jelasnya.

Menteri Besar berkata, walaupun manusia mengasihinya tetapi Allah lebih kasih kepadanya dan telah memanggilnya pulang kehadrat-Nya dalam usia yang agak muda.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com