Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Selamat Pengantin Baru, Haji Roslan

DUNGUN: Seluruh warga WARTA mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Haji Roslan Ismail, 35 kerana selamat diijabkabulkan dengan seorang guru agama dari Manir Kuala Terengganu, Puan Zawizi Mat, 27 baru-baru ini.

Haji Roslan diijabkabulkan di sebuah masjid di Manir berhampiran rumah isteri beliau dan mengadakan majlis kenduri di Kampung Pelong Kumpal, Bukit Besi, 25 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Mustafa Ali, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta seluruh masyarakat Bukit Besi meraikan majlis tersebut.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com