Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RM568 ribu peruntukan banjir di Besut

BESUT: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM568,000 kepada pemilik 162 rumah kediaman yang terlibat dengan banjir di sini baru-baru ini. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Encik Mohd. Ali Haji Ibrahim berkata, bantuan itu terbahagi kepada tiga kategori termasuk rumah kediaman yang mengalami kerosakan teruk, menerima sumbangan sebanyak RM5,000, sebahagian rumah sahaja yang rosak (RM2,500) dan rosak kadar sederhana (RM1,500). Beliau berkata demikian ketika dihubungi di pejabatnya 27 November lalu.Katanya, pemberian bantuan itu hanya sebagai simpati Kerajaan terhadap kesusahan yang menimpa kira-kira 800 penduduk di daerah itu termasuk dari Kampung La, Keruak, Dedap, Gong Duek, Batu 13, Tenang dan Berangan di saat ketibaan Ramadhan al-Mubarak.

Encik Mohd. Ali berkata, anggaran kerugian harta benda akibat banjir berkenaan berjumlah kira-kira RM2.43 juta. Sebelum itu JKM melalui Jawatankuasa Bencana Alam Peringkat Daerah telah menghantar bekalan makanan dan pakaian di kawasan yang dijangka akan terbabit dengan banjir ke pusat-pusat pemindahan banjir di setiap daerah yang berkenaan sejak Oktober lalu.

Sebanyak 325 pusat pemindahan sementara mangsa banjir disediakan di seluruh Negeri termasuk di sekolah, balai raya, dewan sivik dan masjid yang boleh menampung seramai 46 ribu mangsa. Jabatan itu juga membuat siasatan jika berlaku kerosakan terhadap rumah kediaman termasuk di kawasan dilanda banjir di Besut. "JKM telah membuat siasatan pada hari Jumaat, 24 November lalu di daerah berkenaan dan mendapati penduduk mengalami kerugian harta benda sebanyak RM2.43 juta," jelasnya.

Katanya, di Kampung La sebanyak 62 buah rumah kediaman yang rosak teruk dan dihanyutkan air, kerosakan teruk sebahagian daripada rumah (42) dan kerosakan sederhana (35). Rumah kediaman di Kampung Keruak yang rosak teruk dan dihanyutkan banjir sebanyak 11 buah, kerosakan teruk sebahagian (dua), Kampung Dedap (empat), dan masing-masing satu di Kubang Depu, Gong Duek, Batu 13, Kampung Berangan dan Kampung Tenang. Encik Mohd. Ali berkata, bagi menyediakan bekalan makanan dan pakaian kepada mangsa banjir JKM telah membelanjakan hampir RM80,000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com