Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jaminan hidup makmur walau tanpa royalti

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi, Encik Yahaya Ali berkata, Kerajaan Negeri akan mengatur strategi untuk membuktikan rakyat hidup aman dan makmur. Beliau menegaskan, usaha itu terus dilakukan meskipun berlaku perubahan sekeliling yang semakin mencabar terutama isu royalti minyak. “Pihak Kerajaan Negeri akan mengatur strategi walaupun Kerajaan tidak nampak kaya tetapi rakyat akan membuktikan mereka hidup dalam keadaan aman dan makmur,” ujarnya ketika berucap pada satu majlis di sebuah hotel di sini, baru-baru ini. Katanya, pelancaran kereta nasional Proton Waja di negeri ini, baru-baru ini membuktikan keyakinan Usahasama Proton DRB (USPD) terhadap kuasa beli rakyat negeri ini tidak ketinggalan walaupun di bawah kepimpinan kerajaan baru. Beliau juga meminta semua pengusaha pengangkutan awam seperti bas dan teksi supaya meningkatkan perkhidmatan mereka. Ini, katanya penting kerana jumlah para pelancong yang semakin meningkat ke negeri ini sejak perubahan kerajaan. “Para pengusaha pengangkutan awam perlu tingkatkan perkhidmatan seperti menjaga kebersihan, ketepatan masa dan jangan mengambil kesempatan dengan peningkatan para pelancong ke negeri ini,” ujarnya.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com