Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dasar setiap keluarga milik tempat tinggal

DUNGUN: Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pecah Tanah Projek Perumahan Balai Besar, Dungun pada 4 Oktober yang lalu. Ketika berucap di majlis berkenaan beliau mengharapkan projek itu memberi peluang kepada setiap keluarga untuk memiliki tempat tinggal sendiri yang lengkap dengan kemudahan asas dan lebih tersusun.

Keperluan

Ia amat bertepatan dengan matlamat Kerajaan Negeri yang menggalakkan pembangunan ke arah memperbanyakkan pembinaan projek perumahan yang mencukupi bagi keperluan rakyat berpendapatan rendah. Beliau berkata, Kerajaan akan memastikan program perumahan awam kos rendah terus diberi perhatian walaupun Kerajaan Persekutuan telah memberhentikan pemberian pinjaman rumah kos rendah yang telah diluluskan sebelum ini. Tuan Guru mengharapkan usaha murni Kerajaan Negeri akan memberi manafaat yang besar kepada seluruh rakyat negeri ini.

Membatalkan

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Haji Wan Abdul Muttalib Embong berkata, Kerajaan Persekutuan telah membatalkan 13 projek perumahan awam kos rendah di seluruh negeri di atas kehampaan jatuhnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang lalu. Projek perumahan di Balai Besar itu meliputi keluasan hartanah 64.4 ekar yang mampu menampung keperluan perumahan untuk 700 keluarga. Katanya, komponen pembangunan terdiri dari rumah teres kos rendah 400 unit, rumah teres kos sederhana rendah (94), rumah teres kos sederhana (133), rumah berkembar (36) dan rumah kedai setingkat (15). 300 keluarga lagi akan diberi hak milik tanah untuk mendirikan kediaman mereka bersempadan dengan projek perumahan ini. Projek itu juga diharap akan membantu dan menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan ini ke suatu tahap yang lebih baik. Katanya, projek tersebut diberi mandat pengendaliannya kepada Konsortium Perumahan Rakyat (Trg) Sdn. Bhd. (KOPERAT), anak syarikat Kerajaan Negeri yang ditubuhkan pada 10 Jun 1996. Pelaksanaannya akan dikawal selia oleh syarikat pemaju perumahan, Pembinaan A&Z Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh anak tempatan yang berwibawa dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang. Secara purata, ia mampu membina rumah sebagaimana rumah contoh dengan memanfaatkan teknologi terkini, STEEL FRAME dalam masa 18 hari sahaja bagi setiap rumah. Teknologi ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia. Syarikat A&Z juga merupakan ejen tunggal perkakasan pembinaan (Steel Frame) bagi seluruh Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com