KUALA TERENGGANU: Belanjawan Negeri Terengganu 2001 dirangka dengan menggunakan empat strategi pertama, untuk merangsang dan mempelbagaikan asas ekonomi Negeri dengan pertumbuhan yang berterusan terutama dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Keduanya, menguruskan perbelanjaan berdasarkan keutamaan dan keperluan sebenar, tanpa berlakunya pembaziran dengan menjurus kepada pengurusan kewangan yang telus dan berhemat dengan kedudukan aliran tunai yang sentiasa berimbang.
Ketiga, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mengurangkan kadar kemiskinan negeri dengan memajukan tahap sosio ekonomi di semua peringkat. Keempat, meneruskan pembangunan infrastruktur, pendidikan dan latihan kemahiran serta sumber manusia bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemahiran tinggi.