Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Belanjawan lebih baik jika Royalti tidak dirompak

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHMAD

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Mustaffa Ali berkata, Belanjawan 2001 yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan dapat dilaksanakan dengan baik jika wang royalti petroleum tidak ‘dirompak’ oleh Kerajaan Pusat.Katanya, jika wang royalti petroleum berjumlah RM540 juta yang dirompak dipulang balik oleh perompak (Pusat) tidak menjadi masalah bagi melaksanakan perancangan Kerajaan Negeri. Beliau berkata demikian ketika

menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Rantau Abang, Encik Azman Shapawi Abdul Rani, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini. ADUN itu ingin mengetahui cadangan Kerajaan Negeri sama ada mahu mengkaji semula perubahan-perubahan yang membabitkan perbelanjaan tambahan, ekoran penarikan balik royalti petroleum oleh Pusat. Menjawab soalan tambahan ADUN Paka, Encik Saiful Bahri, katanya kesemua peruntukan kepada wakil-wakil rakyat telah digunakan kecuali ADUN (PAS) Ladang, Dr. Sulaiman dan ADUN (BN) Seberang Takir, Dato’ Abdul Rashid Ngah.

Katanya, polisi Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak mengamalkan sikap balas dendam. Menurutnya, kesemua wakil rakyat dari kalangan Barisan Alternatif (BA) atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat peruntukan masing-masing. Tambahnya lagi, Kerajaan akan membuat penelitian jika terdapat di kalangan wakil rakyat yang tidak memerlukan peruntukan tersebut kerana mempunyai sumber lain.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 31 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com