Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


9 Enakmen laksana Islam ke Dewan Negeri

KUALA TERENGGANU: Haji Harun Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah mengumumkan Kerajaan Negeri telah menyiapkan sembilan enakmen mengenai pelaksanaan undang-undang Islam di Negeri Terengganu yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi. Antaranya termasuklah enakmen mengenai hudud yang banyak dipersoalkan.Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan ADUN PAS Permasuri Encik Rozali Muhamad di sidang DUN baru-baru ini. Encik Razali bertanyakan tentang usaha dan langkah Kerajaan Negeri mewujudkan kerajaan Islam. "Apakah yang telah diambil dan apakah halangan dan kaedah penyelesaiannya," soal beliau.

Haji Harun berkata, Kerajaan tidak mempunyai apa-apa halangan untuk melaksanakan perkara itu. Cuma sekarang sedang meneliti undang-undang Tubuh Negeri Terengganu jika ada apa-apa masalah yang boleh menghalang nanti. Menurutnya, jika ada apa-apa masalah, langkah-langkah akan diambil untuk memindanya. Pelaksanaan Islam sudah pun berjalan. Ada perkara-perkara yang tidak memerlukan pindaan undang-undang dan boleh dibuat mengikut peratuan yang ada. Contohnya pinjaman komputer, kenderaan dan membeli rumah kepada kakitangan kerajaan. Pinjaman mengikut kaedah Islam hanya memerlukan keputusan saja.Tetapi ada juga yang memerlukan kelulusan Dewan, maka ia akan dibentangkan tidak lama lagi.

Mengenai langkah yang diambil dalam menyediakan peluang pendidikan Islam yang menyeluruh kepada semua peringkat masyarakat, Haji Harun menjelaskan terdapat dua peringkat pendidikan.Pertama kepada kanak-kanak. Langkah-langkah disediakan dari peringkat kanak-kanak pra sekolah, peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat tinggi.Manakala untuk masyarakat umum pula pendidikan diberi secara berdakwah yang dijalankan oleh agensi majlis agama iaitu oleh Yayasan Islam Terengganu dan YPK.

Kerajaan juga mewujudkan API - Akedamik Pembangunan Insan untuk menambah ilmu kepada ketua masyakat seperti imam, ketua kampung dan sebagainya. Satu lagi ialah Unit Pembangunan Insan (UPI) yang sasarannya antara lain belia dan mereka yang terlibat dengan masalah sosial. Ketika menjawab soalan ADUN BN Seberang Takir, Dato’ Abdul Rashid Ngah, mengenai jumlah wang yang diperlukan oleh Yayasan Terengganu untuk memenuhi perjanjian dengan pelajar-pelajar tajaannya Haji Harun menjawab, ‘RM33 juta.’


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 31 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com