Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KETUA AGAMA BUDDHA TERKENAL NEGARA THAI MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA ANWAR

BERITA FAC 16 Desember

KETUA AGAMA BUDDHA TERKENAL NEGARA THAI MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA ANWAR

Terjemahan oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Anwar Ibrahim bukan sahaja mendapat penghormatan dari negar-negara Barat dan negara Muslim yang lain, malahan turut mendapat penghormatan dari ketua agama Buddha dari negara Thai. Tokoh tersebut Sulak Sivaraksa , seorang ketua tokoh agama Buddha terkenal Thailand telah memberi penghormatan dalam sebuah mesyuarat antarabangsa "Mesyuarat Antarabangsa Mengenai Hak-hak Asasi Manusia dan Ketakutan Rakyat" , yang dengan jelas mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menghukum dan mendera Anwar Ibrahim.

Antara ucapan yang dituturkan oleh Sulak Sivaraksa

"Seperti yang dunia ketahui pada masa kini Anwar Ibrahim telah dipenjarakan kerana keengganan beliau untuk bekerjasama dengan beberapa pihak pemerintah Malaysia yang dianggap sebagai perasuah, kronisme, nepotisme. Selepas beliau ditangkap, seluruh dunia merasa terkejut dengan apa yang dialaminya dimana beliau telah dipukul oleh Ketua Polis Negara Malasyia diketika mata dan tangannya diikat dan ditutup.Ianya merupakan satu jenayah besar dan ketid.0akadilan dari sebuah regim yang ganas"

" Begitu juga seperti dari setiap insan yang mengetahui akan perkara ini,Anwar Ibrahim juga telah diadili dengan perbicaraan yang amat memalukan negara Malaysia dan tidak memberi ruang untuk beliau menjelaskan keadaan.Beliau telah dipenjarakan selama 15 tahun. Melalui regim yang kejam dan tidak bertanggungjawab ini, beliau telah dikenakan tekanan politik melalui perbicaraan yang tidak adil dan melalui keadaan ini , beliau masih meneruskan agenda perubahan melalui tirai besi bagi mengubah dan melakukan reformasi keatas Malaysia"

" Akan tetapi tidak ada sesiapa yang tahu, ketika kita sedang bersembahyang dan berdoa disini, Anwar kini terlantar di Hospital dengan kepungan pihak berkuasa regim. Beliau menghidapi masaalah kesakitan tulang belakangnya dan memerlukan satu pembedahan yang amat merbahaya. Dalam keadaan ini seluruh dunia umat Islam kini sedang menghadapi bulan ramadhan dan mendekatkan diri mereka kepada Tuhan, kesakitan Anwar sebenarnya mendapat hanya sedikit simpati dari pihak berkuasa Negaranya"

"Kesusahan dan kesengsaraan yang dialami oleh beliau dan keluarganya akan terus berjalan , akan tetapi untuk mengenang dan memperingati jasa beliau dengan berjuang bagi kebebasan , keadilan sosial , dan bertimbangrasa --ini adalah cukup penting dan beliau sebenarnya mendapat sokongan dari rakyat dan teman-teman dari seluruh dunia. "Mesyuarat Mengenai hak-hak Asasi Manusia dan Ketakutan Rakyat " dengan ini telah menganugerahkan darjah kebesaran ini kepada beliau demi keamanan dunia untuk kehidupan yang lebih baik"


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 18 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com