Apabila seorang Ahli Parlimen UMNO mencabar YB Hj Mahfuz Omar untuk
turun berjuang menentang Israel/Yahudi di Palestine dan sanggup
menyediakan wang perbelanjaan ke sana, ini adalah satu kata-kata
jahat yg dilemparkan oleh UMNO. Ternyata cabaran itu disahut oleh YB
Hj Mahfuz apabila di dalam ceramahnya di Kedah, bukan sahaja beliau
bahkan Pemuda PAS juga sanggup ke sana jika diberi peruntukan oleh
UMNO. Tapi, alangkah baiknya jika Pemuda UMNO juga turut ke sana
diketuai oleh Dato' Hishamuddin. Sudah tentu Ketua Pemuda UMNO tidak
sanggup, usahkan ke Palestine, berjuang di Lunas pun tak mahu.
Ucapan tahniah kepada YB Hj Mahfuz kerana berani menyahut cabaran
wakil UMNO itu. Tapi UMNO memang suka mencabar, hinggakan sampai
sekarang isu debat Pemuda UMNO dan Pemuda PAS hilang begitu saja.
Rakyat sudah bosan dengan sandiwara UMNO.
wfd