Petikan :
Tranung Kite eGroups
Kali ini kita amat terkejut apabila Dr Mahathir menyatakan ingin
mengadakan perbincangan dengan Parti PAS dan KeADILan berhubung
dengan kepentingan orang Melayu. Kita berharap parti-parti Barisan
Alternatif khususnya PAS dan KeADILan tidak terperangkap dengan jerat
UMNO ini. Jika ingin diadakan perbincangan bagi kepentingan orang-
orang Melayu, Dr Mahathir haruslah menyelesaikan isu-isu berikut
sebelum PAS dan KeADILan bersetuju duduk berbincang:
1. Kembalikan hak orang-orang Melayu di Kelantan dan Terengganu
dengan sewajarnya. Isu royalti harus diselesaikan. Kedua-dua negeri
ini adalah majoritinya orang Melayu berugama Islam.
2. Bebaskan Sdr Anwar Ibrahim kerana beliau adalah orang Melayu,
pejuang Melayu yang teraniaya. Jika benar perlu didakwa, dakwa beliau
di Mahkamah Syariah bukan Mahkamah Sivil.
3. Siasat semula kes Tan Seri Abdul Rahim Tamby Chik kerana mangsa
rogol itu adalah anak Melayu.
Jika ini gagal dilakukan, kita berharap pemimpin-pemimpin PAS dan
KeADILan jangan bersama duduk berbincang dengan puak-puak hipokrit
ini kerana mereka sendiri sudah mulai takut akan sokongan masyarakat
Cina kepada Barisan Alternatif.
WFD