Industri judi dan arak yang bertapak dalam negara
kita semakin hari semakin diminati oleh rakat Malaysia dalam sedar atau tidak.
Jumlah keuntungan syarikat-syarikat tersebut yang meningkat dari tahun ke tahun
dengan jumlah ratusan juta ringgit menyebabkan para pelabur Islam mahupun bukan
Islam samada dari dalam dan luar negeri cukup berminat untuk meletakkan
pelaburan mereka. Mungkin kita tidak hairan dengan pelaburan dari agensi,
individu atau syarikat bukan Islam tetapi yang menjadi persoalan serius adalah
penglibatan individu yang bernama muslim dalam ‘industri dosa’ ini.
Nabi SAW telah bersabda
dengan cukup jelas menyatakan “
Sesungguhnya Allah telah menfardhukan beberapa perkara lalu janglah kamu
lalaikannya, Allah juga telahmengharamkan banyak perkaramaka
janganlah kamu mencerobohinya…” ( Riwayat Darul Qutni - Hadis Hasan ) Sila
Lihat Syarh al-arba’in hadisan an-Nawawiah, Darul Qutaibah, 1990, Tahqiq Abd
Aziz Izzuddin as-Sirawan
Malang seribu kali malang
apabila sebuah kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO/BN turut ingin menumpang
dalam mengaut keuntungan dosa tersebut. Kerajaan Malaysia tanpa segan silu
turut serta dalam perlumbaan keuntungan dosa dengan menggunakan wang amanah
rakyat.
Penulisan ini akan
menyentuh beberapa kajian terhadap sejauh manakah pengelibatan kerajaan dalam
‘industri dosa’ ini. Penulisan ini berkisar berkenaan:
1.Nama-nama syarikat besar yang terlibat dalam judi
dan arak di Malaysia
2.Pelaburan wang amanah ke dalam syarikat judi.
3.Individu muslim yang mengetuai syarikat judi dan
arak.
4.Jumlah hasil kasar kerajaan dari hasil perjudian
dan arak.
5.Beberapa dalil Naqli berkenaan pengharamn dan
penglibatan
Nama-nama syarikat yang
terlibat dalam industri judi adalah seperti berikut :
Bil
Nama
Syarikat
Tahun
Turnover
(RM juta)
Net
Profit
Jenis
Perniagaan
1.
Genting
Berhad
1999
3,077,400,000
1,101,100,000
Kasino
1998
3,369,800,000
414,300,000
Perjudian
1997
3,822,000,000
771,300,000
2.
Resort
World Berhad
1999
2,178,500,000
645,800,000
Pusat Hiburan
dan Perjudian
1998
2,514,900,000
149,000,000
1997
3,038,700,000
867,300,000
3.
Magnum
Corporation Bhd
1999
2,917,720,000
519,304,000
Empat Nombor
Ekor
Loteri
1998
2,958,231,000
-442,082,000
4.
Metroplex
Bhd
1999
456,789,000
-88,980,000
Subic Bay Casino
Perjudian atas
kapal
1998
794,126,000
64,739,000
5.
Leisure Management Berhad
1999
1,952,683,000
78,958,000
Empat Nombor Ekor
Lumba Kuda
1998
2,106,039,000
17,599,000
Nombor Ramalan
6.
Berjaya
Sports Toto Berhad
2000
2,339,894,000
254,474,000
Empat nombor ekor
1999
2,195,411,000
442,127,000
Nombor Ramalan
7.
Guiness
Anchor Berhad
1999
1,042,440,000
143,135,000
Minuman keras
1997
733,385,000
105,855,000
8.
Tanjong
Public Limited Co
1999
1,892,953,000
185,517,000
Nombor Ramalan
Lumba Kuda
1998
1,667,327,000
359,329,000
9.
Carlsberg
Brewery Bhd
1999
842,330,000
137,935,000
Arak
1998
777,679,000
114,454,000
Para pembaca boleh
menilai akan tahap kekuatan syarikat-syarikat judi dan arak ini. Sebagai suatu
perbandingan mudah. Cuba kita menilai prestasi syarikat gergasi negara selain Petronas seperti Telekom, Malayan Banking
(Maybank) serta Tenaga Nasional Bhd.
Bil
Nama
Tahun
Turnover
Net
Profit
1.
Maybank
Berhad
1999
-
969,866,000
1998
-
129,608,000
2.
Telekom
Malaysia Berhad
1999
7,833,000,000
819,000,000
1998
7,980,000,000
991,100,000
3.
Tenaga
Nasional Bhd
1999
12,108,000,000
773,500,000
1998
11,439,400,000
-3,093,900,000
Perbandingan syarikat
kekuatan kewangan syarikat gergasi negara adalah tidak begitu jauh kehadapan
dari segi kekuatan industri judi dan arak di negara ini. Sedangkan TNB menguruskan
perkara asasi yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia seramai
22,712,000juta orang. Manakala Telekom
merupakan syarikat yang telekomunikasi negera negara yang terbesar. Judi dan
arak hanyalah ‘permainan’ sampingan segelintir rakyat yang gilakan wang segera,
tetapi keuntungannya tidak jauh ketinggalan daripada syarikat-syarikat gergasi
tersebut malah Genting Bhd lebih berjaya mengaut keuntungan dalam tahun 1999
dengan jumlah untung sebanyak RM1.1 bilion berbanding Telekom dengan RM 819
juta, TNB sebanyak RM 773 juta serta Maybank sebanyak RM 969 juta.
Pada tahun kewangan 1997
ketika negara menghadapi krisis Ekonomi, syarikat-syarikat judi masih lagi
mempunyai tahap kewangan serta keuntungan yang teguh dengan jumlah keuntungan
sebanyak RM 771 juta. Ini bermakna kecenderungan rakyat yang berjudi begitu
tinggi menyebabkan ketika meraka berada di dalam kesukaran wang sekalipun,
mereka sanggup bertaruh nasib keluarga demi mendapatkan wang segera daripada
perjudian yang ditawarkan.
Justeru, keuntungan dan keaktifan syarikat-syarikat
judi terus menjadi sasaran pelabur untuk mengaut keuntungan. Salah satu pelabur tersebut adalah pihak Kerajaan
Malaysia. Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur(KLSE - RIIAM Information System), Badan
yang mewakili kerjaan Malaysia dicatatkan dalam pelbagai bentuk walaupun pada
hakikatnya ia hanyalah berlainan bahasa. Ianya seperti berikut:
1.Employees Provident Fund Board ( EPF )
2.Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
3.Tabung Lembaga Angkatan Tentera Malaysia
4.Menteri Kewangan Malaysia
5.Kementerian Kewangan Malaysia
6.Minister of Finance
7.Amanah Raya Berhad
8.Permodalan Nasional Berhad
9.Bank Negara Malaysia
Pelaburan-pelaburan yang
dibuat oleh kerajaan adakalanya ‘direct’ kepada syarikat judi tersbeut dan
adakalanya ‘indirect’ iaitu dengan melabur dalam sebuah syarikat lain dan
syarikat tersebut pula menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat judi.
Pelaburan kerajaan secara
langsung dalam industri dosa ini adalah seperti berikut :
Bil
Nama Pemegang Saham
Jumlah Saham
Nama Syarikat
Yang di labur
Nilai Saham
1.
Employees Provident
Fund Board
7,894,800
Genting Berhad
-
2.
Lembaga Tabung Angkatan
Tentera
45,162,668
Resorts World Bhd
-
3.
Employees Provident
Fund Board
5,568,000
Resorts World Bhd
-
4.
Amanah Raya Sdn Bhd
8,828,400
Metroplex Berhad
-
5.
Kerajaan Malaysia*
327,000
Metroplex
6.
Kerajaan Malaysia*
20,000
Berjaya Group Bhd
7.
Kerajaan Malaysia*
Golden Shares
Sport Toto Malaysia
* Dicatat dalam Akaun
Awam Persekutuan 1999.
Berikut pula disenaraikan penglibatan kerajaan
dalam saham-saham terlibat judi secara tidak langsung ataupun perantaraan.
Bil
Nama Pemegang Saham
Jumlah Saham
Nama Syarikat
Yang di labur
Catatan Kaitan Tidak Langsung Antara
Kerajaan dan Syarikat Perjudian
1.
Menteri Kewangan Malaysia
3,958,205
Kamunting Corp Bhd
Kamunting merupakan
pelabur utama Magnum Corp Bhd. Sebanyak 457,630,296 unit saham.
2.
Menteri Kewangan Malaysia
972,492
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations
Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam Leisure Management Bhd sebanyak65,154,999 unit saham.
3.
Amanah
Raya Bhd Arab Malaysian First Fund
2,286,000
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations
Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam
Leisure Management Bhd. sebanyak65,154,999 unit saham.
4.
Employees
Provident Fund Board
1,453,000
Malaysian Plantations Bhd
Malaysian Plantations
Bhd merupakan pelabur kedua besar dalam
Leisure Management Bhd.
5.
Minister of Finance Government
8,505,280
Multi Purpose Holdings Bhd
a.Multi
Purpose Holdings Bhd merupakanpelabur ketiga besar dalam Leisure
Management Bhd. Sebanyak 65,154,000 unit saham 457,630,258 unit saham.
b.Ketiga
Terbesar dalam Magnum Corp Bhd.
6.
Bank Negara Malaysia
170,000,000
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur
sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd.
7.
Permodalan Nasional Berhad
162,052,783
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur
sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
8.
Employees Provident Fund Board
18,579,667
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur
sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
7.
Minister of Finance
7,409,222
Golden Hope Limited
Golden Hope melabur
sebanyak 28,145,690 saham di dalam Genting Bhd
8.
Permodalan NasionalBerhad
76,555,492
Hap Seng Consolidated Bhd
Hap Seng pelabur kedua
terbesar dalam Calrsberg Bhd sebanyak 39,326,250 unit saham.
Begitulah serba sedikit
data mengenai penglibatan hasil haram. Apa yang lebih malang adalah Kerajaan Malaysialangsung tidak mengendahkan kesan negatif
yang lahir daripada industri judi dan arak ini. Menurut kajian sebuah badan
bebas Amerika Syarikat iaitu National
Gambling Impact Study Commision mereka mendapati kesan negatif sosial
terlalu banyak akibat judi. Antara yang dinyatakan adalah seperti berikut :
a.Perkaitan judi dengan penagihan dadah.
b.Pertambahan penceraian. Iaitu 5 kali ganda daripada
masyarakat biasa.
c.Pertambahan potensi dalam perlakuan jenayah.
d.Pertambahan peribadi hutang yang besar.
e.Merosakkan hubungan antara kawan dan keluarga.
f.Pertambahan kes bunuh diri.
Apabila kerajaan Malaysia
menggalakkan pertubuhan industri perjudian hingga bertambah subur serta
membantu kemajuan syarikat-syarikat tersebut, secara tidak langsung seolah-olah
kerajaan sengaja membiarkan rakyat dicengkam gejala sosial tersebut semata-mata
kerana mereka ingin mengaut keuntungan lebih daripada mereka.
Allah juga telah
berfirman secara jelas tentang kesan buruk terbitan daripada judi dan arak ini
:
“… Sesungguhnya Syaitan tidak mengkehendaki kepada kamu selain
menumbuhkan permusuhan dan persengekataan daripada arak dan judi serta
menghalang kamu daripada mengigati Allah dan daripada Solat, MAKA APAKAH KAMU
MASIH TIDAK DILARANG? ” ( Al-Maidah: 90)
Justeru, para pimpinan
PAS berkeras mengajak rakyat untuk tidak bersekongkol dengan perkara haram ini.
Allah telah berfirman dengan jelas dalam satu firmannya yang bermaksud “
Janganlah kamu cenderung kepda kezaliman kelak kamu akan dihumban ke dalam api
neraka Allah” ( Surah An- Nahl )
Nama Individu Muslim Yang Terlibat
Selain daripada
pengelibatan dalam bentuk kewangan dan saham daripada kerajaan, beberapa
indivdiu Melayu yang dipercayai beragama Islam juga terlibat menjadi individu
utama dalam menerajui sayrikat gergasi judi. Berikut adalah antara nama-nama
yang terlibat:
Bil
Nama Syarikat
Nama Individu Melayu
Jawatan
1.
Genting Berhad
Tan Sri Tun Hanif Omar
Ex- Ketua Polis
Dep Chairman
2.
Magnum Corporation
Berhad
Tan Sri Dato’ Khir
Johari
Ex- Menteri
Vice Chairman
3.
Resort World Berhad
Tan Sri Tun Hanif Omar
Ex- Ketua Polis
Dep Chairman
4.
Leisure Managemenat Bhd
Tan Sri Dato’ Khir
Johari
Ex- Menteri
Director
5.
Magnum Corporation
Berhad
Tan Sri Dato’ Mohd
Ghazali Mohd Seth
Bekas Jeneral Tentera
Director
6.
Guiness Anchor Berhad
Dato’ Jaafar Bin Ahmad
Indot
Director
7.
Guiness Anchor Berhad
Dato’ Alwi Bin Jantan
Bekas SUK Selangor
Ex- KSU Kementerian
Director
8.
Genting Berhad
Tan Sri Mohd Amin Osman
Ex-Timb. Ketua Polis
Negara
Director
9.
Berjaya Sports Toto Bhd
Tan Sri Dato’ Jaafar
Abdul
Director
10.
Berjaya Group Berhad
Dato’ Sulaiman Mohd
Noor
Director
11.
Calrsberg Brewery Bhd
YAM Tunku Naqiyuddin
Ibn TuankuJaafar
Director
12.
Calrsberg Brewery Bhd
Tan Sri Dato’ Mohd
Ghazali Mohd Seth
Director
Jika ditinjau dari sudut hukum Islam, terlalu jelas
keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya, samada pelabur,
menjadi salah seorang daripada pimpinannya, penjual, pengilang, pembeli,
peminum atau pemain. Semuanya yang berkaitan akan menjadikan seseorang itu
‘bersubahat’ sebagaimana Nabi mengisyaratkan kumpulan yang terlibat juga akan
mendapat laknat Allah sebagaimana sabdanya :
“ Allah SWT melaknat 10 kumpulan yang terlibat dengan arak :
Pemerah, pengilang perahan, peminum, pembawa, penanggung, pemberi minum
dengannya, penjual, pemakan
keuntungannya, pembeli untuknya dan pembeli untuk lainnya” (
Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi daropada Anas Bin Malik ) . Sila rujuk Fiqh
al-Mazahib al-‘Arba’ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis,
Kaherahdanrujuk juga Kitab Fiqh As- Sunnnah, al-Sayyid Sabiq, Jilid 2,
Kaherah., hlm 518.
Manakala daging yang
terbina daripada hasil yang haram akan dibalas dengan neraka. Sabda Nabi:
“
Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka neraka adalah terlebih
layak untuknya”
Jumlah Hasil Kerajaan Daripada Beberapa Industri Arak Dan Judi
Terbesar.
Secara mudah kerajaan menerima hasil daripada
syarikat ini melalui beberapa sumber :
a.Cukai korporat sebanyak 28 % .
b.Cukai perkhidmatan sebanyak 5 %.
c.Perlesenan.
d.Melalui syer.
Sila rujuk jadual di
bawah
Syarikat
TahunKeuntungan
RM juta
Cukai dan Hasil Kepada Kerajaan
RM juta
Genting
Berhad
1999
1,521,400,000
313,700,000
1998
909,700,000
364,000,000
1997
1,542,500,000
346,000,000
Guiness Anchor Bhd
1999
182,407,000
39,272,000
1998
147,193,000
41,338,000
1997
126,328,000
34,097,000
Magnum Corp Bhd
1999
563,334,000
140,000
1998
-
132,870,000
1997
100,946,000
142,642,000
Metroplex Bhd
1999
-
6,345,000
1998
139,642,000
8,093,000
1997
140,458,000
15,712,000
Resorts World Bhd
1999
648,100,000
2,300,000
1998
371,800,000
222,400,000
1997
1,090,900,000
224,500,000
BerjayaSports Toto
2000
384,724,000
152,833,000
1999
438,206,000
1,284,000
1998
453,925,000
119,525,000
Leisure Mgt Berhad
1999
119,551,000
232,000
1998
51,779,000
19,820,000
2000
-
36,652,000
Tanjong Public Ltd Bhd
2000
261,191,000
53,305,000
1999
405,768,000
33,276,000
1998
327,539,000
76,704,000
Carlsberg Brewery Bhd
1999
137,935,000
-
1998
151,854,000
37,400,000
1997
160,045,000
44,260,000
Pembaca boleh mengira
sendiri berapa juta dan bilion yang disalurkan kepada kerajaan melalui
syarikat-syarikat judi dan arak Public Listed ini, itu belum dikira syarikat
‘Private Limited’ dan belum juga dikira pulangan daripada pelaburan saham ke
dalam syarikat-syarikat tersebut. Sila rujuk jadual di bawah.
Daripada hasil-hasil
tersebut, justeru industri haram ini dianggap begitu baik oleh kerajaan
UMNO/BN. Lalu dikekalkan serta dipertahankan walaupun cukup jelas ianya
bertentangan dengan hukum syarak. Nabi SAW dalam penegasan baginda tentang arak
bukan sekadar penamgbilan keuntungan bahkan arak juga tidak dibolehkan untuk
dijadikan ubat berdasrakan sabdanya : “
Allah tidak menjadikan ubat di dalam perkara yang diharamkannya”. Rujuk
Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab Fatawa al-kubra, Darul Makrifah,
Juz 4, Beirut, 1988.Dalam kes Kerajaan
PAS di Terengganu dan Kelantan hanya membenarkan penjualan arak untuk
non-muslim kerana ianya tidak diharamkan oleh agama mereka, justeru kebenaran
untuk membuka premis arak adalah berdasarkan nisbah peratusan non-muslim yang
berada di negeri tersbeut. Di Terengganu sebagai contoh jumlah non-muslim
adalah kurang daripada 5 %, justeru Kerajaan Terengganu hanya ,membenarkan 3
premis arak dibuka. Begitu juga halnya dengan penternakan babi dengan memenuhi
syarat-syarat tertentu sepretri tidak boleh dieksport, dikuarantin dan banyak
lagi. Inilah hak kebebasan mengamalkan agama dalam sebuah negara Islam. Judi
tidak dibenarkan sama sekali kerana ianya tidak dibenarkan oleh sebarang agama.
Nabi SAW mencela peminum
arak sebagai berikut :
“ Orang yang meminum arak sekiranya mati kelak meraka bertemu
Allah seperti penyembah berhala”
( Riwayat Ahmad - Hadis
Shahih - Sila lihat Musnad Ahmad Jilid 2 hlm 272 ) Juga rujuk kitab al-Kabair
karangan Imam Shamsuddin Ahmad az-Zahabi, Maktabah Darul Bayan.,
Para ulama’ telah
bersepakat dengan mengharamkan penjualan arak dengan nas yang thabit qat’ie.
Nabi juga bersabda dalam hadis yang lain : “
Sesungguhnya perkara yang haram meminumnya haram jua menjualnya dan haram
membelinya dan haram memakan keuntungannya” ( Lihat Fiqh ‘al Mazahib
al-‘Arba’ah : Imam Abd Rahman Al- Jaziri, Jilid 5, Darul Hadis, Kaherah )
Daripada Abdullah Bin
Amru Bahawa Nabi SAW bersabda:
“ Arak adalah ibu kejahatan dan dosa besar yang terbesar”( Riwayat At-Tabrani)
Jumlah hasil
percukaian kepada kerajaan Malaysia
daripada 9 syarikat terbesar judi dan arak
1,022,1501,020,331
1000
800
659,913
600
400242,790*
200
’00’99’9897
Catatan: Jumlah dalam RM Juta
*
HanyaSyarikatBerjaya Sports Toto, Tanjong dan Leisure
Managementsahaja.
Dasar kerajaan begitu jelas
dalam hal ini, secara sedar atau tidak rakyat Malaysia juga diheret dalam
kancah dosa ini apabila wang rakyat dilaburkan di dalam industri judi dan arak.
Justeru apa yang diharapkan agar penulisan ringkas ini daoat membuka mata dan
minda kita untukmenenntukan tindakan
kita mulai hari ini hinggalah ke akhir hayat. Terpulang samada dikira
bersubahat oleh Allah atau kita telah berusaha untuk membasmi gejala dosa ini.
Terulang juga kepaad para pembaca menilai fakta-fakta yang dikemukakan.