Sila lawat :
www.webreformis.com
Musim perayaan hari raya aidilfitri kian di rasai sekarang ini. Dua atau tiga hari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut perayaan aidilfitri yang mulia ini. Di samping keghairahan kita pulang berhari raya di kampung, jangan lah kita lupa yang kita sekarang ini berada di pusingan terakhir reformasi.
Jangan lah kita lupa perjuangan kita. Walaupun semua mendapat cuti pulang berhari raya di kampung, janganlah pula kita leka. Kita harus terus berjuang kalau tidak banyak sedikit pun sudah mencukupi. Saya ingin beresanan kepada seluruh warga reformasi yang pulang berhari raya di kampung. Ceritakan kepada saudara mara dan sahabat handai kita di kampung tentang perjuangan kita ini. Tentang apa yang berlaku di tempat anda. Banyak peristiwa peristiwa menarik perhimpunan perhimpunan reformasi yang harus kita ceritakan kepada mereka yang ada di kampung. Tarik sebanyak mungkin orang orang yang masih tidak sedar tentang kebenaran ini. Mereka di kampung mungkin tidak mendapat maklumat yang benar. Asyik menyumbat minda mereka dengan Utusan, TV3 dan sebagainya.
Jadi ayuhlah. Ini lah peluang yang ada pada kita. Balik cuti berhari raya di kampung kali ini siapkan kaset kaset ceramah, vcd vcd reformasi untuk di pertontonkan kepada warga kampung. Biar mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam negara kita ini. Tunjukkan bagaimana penipuan yang di buat oleh pemimpin pemimpin Umno dan BN. Tunjukkan bagaimana mereka menggunakan pihak polis untuk menzalimi rakyat. Buka mata mereka di saat kita kecoh memakan lemang, rendang, kuih raya dan sebagainya. Borak dengan mereka. Saya penuh yakin mereka akan percaya dengan kita. Semangat reformasi yang kita dukung ini harus di sebarkan kepada orang orang kampung. InsyaAllah kemenangan berpihak kepada kita pada pilihanraya akan datang.
Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Teruskan reformasi. Berjuang habis habisan di musim perayaan ini. Jangan undur walaupun selangkah. Teruskan jihad kita di pusingan akhir ini. Pastikan Anwar akan di bebaskan paling lewat November tahun depan. PAStikan juga mahathir akan kita gulingkan secepat mungkin sebelum November tahun hadapan. Ini adalah janji pemuda reformasi. Di pusingan akhir ini kerjalah habis habisan. Biar mereka tangkap atau buat apa saja. Tangkapan bukanlah penghalang untuk kita teruskan semangat reformasi yang semakin membara ini. Sekian pesanan saya sebelum menyambut hari raya di kampung. Teruskan melayari laman WR www.webreformis.com kerana warga kerja kami akan sentiasa menyalurkan informasi terkini untuk pengetahuan anda. WR akan beroperasi seperti biasa menjelang musim perayaan ini. Sekian untuk kali ini. Wassalam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami seluruh warga kerja WR. Reformasi terkini untuk anda.
Hidup mahasiswa!! Reformasi!! Takbir!! Allahuakbar!!
ze elias
webmaster@webreformis.com
www.webreformis.com