Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sdr. Rosol (Adun UMNO) tak matang berpolitik

Saya berkesempatan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bermula semalam 11/12/00. Hari ini 12/12/00 saya turut menghadirinya. Apa yang mengecewakan saya ialah tindakan Adun Ajil (BN) Sdr. Rosol yang membangkitkan soal asal usul negeri bekas Pesuruhjaya Hisbah Allahyarham Tn. Hj. Idris Osman yang berasal dari Kg. Parit Tok Ngah, Tanjong Piandang, Perak. Perlantikan Allahyarham ke jawatan tersebut adalah berdasarkan kepada kelayakan dan kepakaran yang ada pada beliau.

Dalam alaf baru ini, dan juga sebagai generasi baru tidak sepatutnya isu ini diperkatakan. Bukankah Allahyarham seorang rakyat Malaysia? Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pelajaran agama (bekas pelajar Kolej Islam Kelang) tentunya Sdr. Rosol telah didedahkan dengan Sejarah Islam. Dalam Sejarah Islam kita bertemu dengan beberapa orang tokoh luar (bukan Arab) seperti Salman al-Farisi dan Bilal bin Rabah tetapi telah mendapat kedudukan yang baik dalam Islam. Apakah Sdr. Rosol buta sejarah?

zm


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 14 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com