Pepatah dan Peribahasa Melayu mengatakan, "Jangan lepaskan
anjing tersepit, kelak kaki sendiri dibahamnya".
Kira-kira Peribahasa itu banyak yang betul. Dulu Mahathir
adalah ahli UMNO Asal "ultra orang buangan" pemimpin yang
jujur. Tetapi kerana belas ihsan Datuk Harun Idris, Mahathir
dipohonkan supaya diterima semula. Tapi akhirnya, Mahathir
sendiri yang cemburukan "heroic personality" politik Datuk
Harun, maka Mahathir merancang menghumbankan beliau
jauh..jauh..!! Malah, Mahathir berkonspirasi menjatuhkan semua
"Pemimpin didikan" pemimpin UMNO Asal. Antaranya ialah Musa
Hitam, Ghaffar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah, Ghazali Shafie.
Mengapa? Sebanya Mahathir tidak ada kemampuan politik seperti
orang-orang itu.
Orang-orang lama asal itu memang telah punya sejarah dalam
kebangkitan perjuangan Melayu menentang penjajahan. Paling
kurang mereka telah terdidik supaya sayangkan bangsa, negara
dan ugama oleh 'mentor' mereka. Berbanding dengan Mahathir, dia
tidak ada sejarah dalam Perjuangan UMNO asal. Dia lebih mirip
kepada berbaik-baik dengan perunding-perunding Yahudi seperti
CIA, Freemason dan Jewsih Consultants (Solomon - contohnya).
Bagi Mahathir, menolong orang Melayu ada soal "remeh". Baginya
"orang Melayu akan puas hati kalau dapat makan dan dipuaskan
dengan hiburan dan aktiviti sukan". Bagi nya, orang Melayu gila
berpolitik setakat "gila" saja. Lepas itu, mereka akan tidak
sampai kemana.
Orang Melayu kelompok puak UMNO bagi Mahathir adalah kaum
yang "docile" (makna dayus dan pak turut). Mereka akan puas hati
selepas "berbuih-buih mulut" di PWTC. Bila selesai, dapat elaun
makan seringgit dua, mereka akan pulang...tanam jagung.
Hari ini makin nampak jelas. Hingga para ulamak berilmu Ph.D
pun telah dengan mudah diperlekeh, diperhina dan dicocok biji
mata oleh
Mahathir. Kesempatan melakukan RASUAH atas keredhaan
Mahathir adalah sesuatu yang membanggakan mereka. Maka
Mahathir akan dipuji setinggi langit. Dengar apa akta MB-MB
Haprak UMNO malam "Video Conference 31 Ogos" yang klepas..!!
Berhari-hari masing-masing mengarang kata-kata pujian.
Waktu itu bagai tidak terlintas kepada mereka bahawa "Allah
Maha Mendegar dan Maha Membandingkan".
Itulah dia pemimpin UMNO!! Rakyat dan jasa rakyat tidak pernah
dikenang. Yang dikenang cuma "Mahathir"...Mahathir pun memang
mahukan itu..!! Malangnya sampai giliran Datu Nik Aziz,
Mahathir terperanjat besar....rakyat
bertakbir...takbir...takbir....!!!!
Akhirnya, rakyat dapat membandingkan ulamak-ulamak UMNO
sudah lebih "Yahudi" dari Yahudi sebenar. Mereka makin
berkepada batu (lebih keras dari batu). Merekalah penyokong
Mahathir paling kental dan totok, hingga sanggup mempertikai
sunnah mengenai kesesuaian DS Anwar dibicarakan mengikut
syaraiah, sebaliknhya menyokong "undang-undang sivil". Walhal
yang dibicarakan ialah orang Islam, atas tuduhan bersangkut-kait
dengan tuduhan syariah. Tapi mulut Yusof Nor, Wan Mokhtar,
Zainal Abidin (ulamak Melor), Hamid Osman dan Hamid Zainal
Abidin (Brig. Gen - kaki tembak meraba),dll. masing-masing
telah "diGam" mulut dan dikerat lidah oleh "ugutan Mahathir".
Itulah yang Mahathir mau. Buang semua saki baki Pemimpin
UMNO Asal dan digantikan dengan mereka yang boleh jadi
"Perkakas". Sekarang terjumpalah muka-muka seperti Ibrahim Ali, Rahim Thambi
Chik, Megat Joned, Abdullah Bedawi, Rafidah, MB-MB yang
haprak Md Isa Samad, Ramli, Khalil Yakob,
Abu Hassan Omar ...semua..semua mereka "ber*****" belaka!!!
Bila rakyat bangkit, Regim ini sedar kepentingan mereka akan
terjejas. Maka beroperasilah perencana Konspirasi untuk
menjatuhkan mereka yang berwibawa. Mereka difitnah dan terus
difitnah. Timbullah nama-nama seperti Aziz Shamsuddin..!!
Ada yang berbalik menjadi "????" semula. Orang UMNO Asal yang
tak tahan "miskin" dan merasa diri "dayus tanpa kuasa" seperti
Ku Li dan Rais Yatim, Ghafar Baba(i), dll. mula mencari helah
untuk 'sekongkol' dengan Mahathir. Itu semua "politik" demi
kepentingan perut. Dalam hati rakyat diketahui sekarang bahawa
mereka bukan ahli politik. Jauh sekali dari "statesmen". Mereka
sanggup jual maruah kerana sesuap nasi. Mereka
sebanar tiada maruah
Mahathir faham "kelemahan" ahli politik UMNO "Melayu". Mereka
inginkan kemewahan saja. Dan Mahathir sudah menggula-gulakan
mereka. Sekarang, "semut-semut" politik UMNO ini
mengharapkan Mahathir akan menabur "gula-gula" lagi.
Syukurlah...Rakyat tidak semudah "POLY-TlKUS" yang sekongkol
dengan Mahathir MahaFiraun dan Qarun Daim. Wajar
Pembangkang menyedarkan rakyat. Alhamdulillah, rakyat sedar.
Kaum Cina sedar, orang Melayu dan kaum India tahu.....bahawa
cara memperbaiki hidup hanyalah dengan "MENUMBANG BARISAN
NASIONAL dan MENGGANTIKAN DENGAN "BARISAN ALTERNATIF".
Jika tidak, "AJING-ANJING yang tersepit itu akan menggigit
tangan TUAN yag memberi ia makan"...!! Nampaknhya
..."Anjing-anjing UMNO/BN menyalak Bukit"..!! Masakan
runtuh?
Mahathir dan kawan2