SEBAIK saja kenyataan vetren UMNO yang berpengalaman luas dalam politik tanahair tersebar dengan nada tegas dan telus; penyataan terbuka Tun Ghafar Baba dalam isu “tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan” itu serta-merta dihayati oleh pemimpin UMNO sebagai satu petanda yang harus dialu-alukan. Spontan raksi seluruh rakyat (tak kira kaum) mendadak.
Bukan saja parti Pembangkang kehairanan, malah pemimpin UMNO dan komponen BN juga terpinga-pinga. Rakyat pula melihat kenyataan itu dengan satu harapan waswas dan cemas. Ramai yang bertanya, “Apa sudah jadi?”.
Kepada umum keadaan itu adalah satu kejutan. Perkara seumpama itu jarang sekali berlaku dimasa-masa lampau.
Tetapi ramai yang bertanya – apakah kenyataan Ghafar itu satu lagi ‘sandiwara’ UMNO untuk mencerminkan bahawa “UMNO parti Demokratik”. Jika Dr. Mahathir akur, bermakna beliau akan ditafsirkan sebagai seorang yang menghayati fenomena “Demokrasi” dalam UMNO!! Jawapan sebenar masih ditunggu-tunggu.
Urutan dari itu, tersebut kesah Ku Li berdebat di MKT menyokong kenyataan Tun Ghafar itu. Berserabut alasan beliau menyokong kenyataan Tun Ghafar. Tersemat juga dibenak kepala ahli-ahli di MKT. Hangatlah perbincangan MKT selama 3 jam. Masing-masing bercakap memberi pandangan.
Melimpahlah berita ke akhbar-akhbar. Larislah barang sehari dua akhbar Utusan dan Berita Harian. Kadir Jasin (NST) pula cuba mampir-mampir mau jadi “jagoan”. Tetapi sepantas kilat beliau bagai terkena kejutan “letrik volatan tinggi”. Lampu debat terpadam.
Nah, orang sudah tau, kenyataan Tun Ghafar dan sokongan Ku Li bukan mainan lagi!! Kadir diterajang keluar gelanggang. Bermakna isu itu serius!! Kadir adalah korban pertama.
Apakah yang berlaku di MKT?
Tersebut kesah, selain dari Ku Li, tidak ada siapa yang 100% menyokong bontang kenyataan Tun Ghafar di peringkat MKT. Ku Li merasa keciwa juga. Tetapi sebagai seorang yang sudah masak dengan karenah mesyuarat di MKT, Ku Li tidak merasa tersinggung. Jauh sekali beliau dari keciwa patah hati. Sudah diduga, sejak beliau melangkah masuk UMNO semula, beliau tidak akan dapat membawa pembaharuan kedalam MKT. Otak mereka sudah beku.
Bagi Ku Li, kalau sesuatu isu yang dikemukakan di MKT menyentuh kepentingan status Dr. Mahathir (Presiden); jangan harap akan ada pihak di MKT yang mahu ‘serah kepada untuk dipancung’.
Zahid Hamidi sampel pertama. Zahid sudah rasa bagaimana Mahathir boleh jadi ‘pengecut’ seganas ‘tukang pancung’ ala soldadu Jepun. Kalau Mahathir arah Zahid mesti disula dari dubur ke benak otak, pasti tidak akan dibantah oleh sesiapa di MKT. Mahathir memang punya instinct seorang “al gojo”..!!
Tapi, itu dulu!! Apa yang jelas sekarang ialah: 100% ahli MKT mau pertandingan dilakukan. Yang muda-muda merasa, kalau tidak ada pertandingan bermakna peluang mereka untuk merobah corak pentadbiran parti akan hilang dan terhakis. Parti akan jadi ‘kayu mati’, dan mereka masing-masing jadi “tunggul”nya.
Tetapi, mereka harus mematuhi tradisi…tradisi “Tutop Mulut dan Sumbat Telinga”. Itu tradisi yang membudaya sejak Dr. Mahathir jadi Presiden UMNO.
Itu pun Ku Li tau. Kerana itulah maka beliau sanggup berdebat. Harapan beliau – paling kurang, anggota MKT akan pulang dengan satu harapan bahawa sudah ada orang ‘boleh diharap’ di MKT. Paling kurang Dr. Mahathir tau bahawa MKT bukan lagi “tunggul mati” seperti 18 tahun kebelakangan ini!!
Bukan Jadi HERO
Ku Li tidak berhasrat mau jadi HERO. Dalam UMNO, sesiapa mau jadi HERO terpaksa melangkah banyak mayat. Tetapi, acapkali diri sendiri akan lebih dulu jadi mayat!! “Kaki pukol” memang ramai dalam UMNO. Masing-masing memang bersedia jadi “hit-man”. Maklumlah, UMNO sudah lama ikut budaya “Mafia”. Tidak sulit mengenal siapa “Godfather Mafioso”nya. ‘Wang’ adalah penentu. Semua orang tau!!
Sekembali Dr. Mahathir dari bercuti panjang dengan seluruh keluarganya di ladang kudanya di Argentina (atas biayaan berjuta dari wang rakyat), “Global Express” yang dibeli dengan ringgit rakyat berhenti di KLIA. Sepantas kilat para pemberita bertanyakan isu “tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan” itu kepada beliau.
Terang-terang beliau cakap, keputusan itu bukan keputusan beliau. Itu MKT punya kerja. Maknanya, kalau ada orang mau salahkan sesiapa – ayuh!! salahkan MKT. Mahathir selamat! Orang yang kenal siapa itu Mahathir, ketawa berdekah-dekah. Sudah diduga. Sekali lagi Mahathir main lempar taik sembunyi tangan bernajis!!
Lanjutannya, Mahathir tergesa-gesa membuat ketetapan supaya “Politik Wang” dicegah dan “Kod Fitnah-memfitnah” dikuatkuasakan secara total. Abdullah Bedawi mesti uruskan. Cuma yang anihnya, “Kod Fitnah-memfitnah” itu hanya sah diperlakukan bagi mereka yang merebut jawatan lain selain dari jawatan Presiden. “Politik Wang” pula cuma dikenakan kepada semua pihak kecuali Dr. Mahathir!!
Pada hematnya, Mahathir menduga akan tersekatlah serba sedikit kedua-dua gejala itu. Tetapi barang diingat dan diketahui bahawa tradisi “konsensus” dan pakat-pakat “dibelakang tabir” dalam UMNO sangat mendalam. Surat layang yang tidak bertandatangan adalah amalan biasa. UMNO tegak dengan Fitnah dan hasutan.
Terperanjat Mahathir bila dapat laporan bahawa Kempen ‘menDEMOKRATIKkan UMNO’ tidak memerlukan wang atau fitnah!! Dalam tempoh dua minggu selepas MKT bersidang, masing-masing yang sangat-sangat ingin mengembalikan kewibawaan identiti UMNO sudah menjalankan kempen susulan.
Panas! Panas!! Punggung Mahathir sudah terbakar!! Dicari strategi yang ampuh untuk menangani masalah besar itu. Jika dilambat-lambatkan pasti “api dalam sekam” akan marak membakar hangus!!
Strategi “Reverse-Psychology”
Mahathir merasa dirinya sudah tercabar walaupun akhbar-akhbar diarah supaya jangan menggembar-gemburkan isu itu. Kununnya…TABOO! Pantang keramat yang sangat terlarang..!! Pertandingan itu suatu “taboo” yang akan memecah-belahkan parti.
Bagi Dr. Mahathir, beliau berkeyakinan penuh bahawa orang Melayu dalam UMNO terlalu “dungu” untuk berfikir secara matang. Kata Mahathir, pengalaman yang sudah-sudah menunjukkan UMNO berpecah disebabkan ada Pertandingan.
Dalam satu mesyuarat MB-MB, Mahathir berkata, “Dalam UMNO sudah ada orang yang terpukau dengan hasutan Anwar!!”. Katanya, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas. Kununya, yang terpenting sekarang ialah menguatkan perpaduan parti dan merapatkan Barisan.
Bertanya seorang MB, “Bagaimana pula WANITA dibenarkan ada Pertandingan. Tidakkah itu akan memecahkan perpaduan WANITA?”.
Mahathir tergamam. Jawapan beliau, “WANITA berkelahi cepat baik. Lagi pun WANITA bukan sehebat lelaki…!!”. Ramai yang senyum kambing. Mana-mana yang ‘macho’ tergelak berdekah-dekah. Yang paling kuat gelak ialah Khalil Yaakob!!
Dalam hilai ketawa itu, terselit satu kefahaman. Mereka nampak bahawa Mahathir adalah dalam ketakutan. Ramai yang merasa bahawa jika diadakan Pertandingan, senario kali ini pasti berbeda dari pengalaman sebelumnya.
Berasaskan perhetongan terperinci dari maklumat yang mencurah-curah tiba di meja S/Usaha Agung UMNO mengimbaskan bahawa penyokong DS Anwar masih ramai dalam kepimpinan UMNO. Sementara itu, Ku Li juga mempunyai pengikut yang setia. Dengan karenah Dr. Mahathir yang makin merudumkan kewibawaan dirinya, maka sikap Mahathir itu spontan menjadi katalis yang mendorong gabungan kedua-dua faktor itu bersatupadu dibelakang “Pencabar”.
Tidak ada jalan keluar sekiranya Mahathir masih bersenang-senang berkhayal. Beberapa orang MB secara rahsia telah diberi ingat oleh beberapa pihak, sekiranya beliau (MB-MB itu) mahu selamat, eloklah mereka menyokong kempen isu “menDEMOKRATIKkan UMNO” itu. Hanya dengan itu, UMNO akan berwibawa semula. Sebagai ganjaran, nasib si MB akan terjamin menduduki kerusi MKT.
Kesimpulan Debat
Maka tersebut dari mulut celupar seorang MB yang memang ‘berdarah hitam’ memusuhi PAS dan BA. Dicadangkanlah supaya dicari isu yang cenderung kepada taktik ‘Mengalih Pandangan’. Dipilih beberapa isu yang menggegarkan sensitiviti UMNO dan orang Melayu.
Dengan itu diputuskan supaya PAS dituduh sebagai “Mengeluarkan Fatwa bercanggah dengan Aqidah”..!! Mahathir bersetuju. Hamid diarahkan supaya mencari bukti. Tak boleh tidak MESTI cari bukti. Tuduhan itu, walau berat; namun ia mesti diketengahkan supaya gelombang yang terbit akan memberi ‘kudos’ persaingan memihak kepada Dr. Mahathir. Diharapkan Ku Li akan hilang kewibawaan!!
Malangnya, Hamid sendiri tidak tahu bagaimana hendak MEMFITNAH kelompok ummah yang berwibawa seperti pemimpin PAS. Memfitnah secara dangkal, Hamid sendiri merasa, jika diturut juga – dosanya amatlah besar. Allah menjadi saksi. Mahathir terlepas, dirinya (Hamid) akan dipanggang Api Neraka!! Apatahlagi, UMNO sendiri pun bukan sikit punya “kelabu asap” dalam menerap fenomena “munafiq” dalam berurusan dengan umat Islam. Masyaallahhhhh…!!
Umpama berpijak diatas bara api, Hamid mengeluarkan kenyataan selari dengan arahan ‘taukeh’ yang telah memberinya peluang menjadi Menteri. Beliau harus akur. Tambahan pula, hutang beliau sekeliling pinggang. Siapa boleh bayar kalau angka itu mencapai puluhan juta. Berkecamok juga fikirannya…!! Mahathir tahu kelemahan Hamid.
Abdullah Bedawi diarahkan supaya bekerjasama dengan Hamid. Kata Mahathir, “Abdullah akan menyelaraskan segala perkara dalam isu ini”. Paling kurang, tempoh 3 bulan ini, isu itu mesti dihidupkan supaya kempimpinan UMNO akan memberi Mahathir keupayaan meraih status “pejuang UMNO” yang prihatin dengan isu ugama Islam!!
Sekali lagi Abdullah umpama “Pengerusi Babi Kebangsaan”. Kali ini lebih berat dosa beliau dari menjadi Pengerusi Babi. Beliau merasa dirinya cukup-cukup terhina!! Memang memfitnah itu satu perbuatan yang paling hina dan dikutuk Allah swt habis-habisan. Sekarang dia pula jadi ‘perkakas’..!!
Sindrom “Lebai Malang”
Abdullah menasihatkan Hamid supaya tidak menggunakan isu memfitnah PAS itu sebagai strategi mengalih pandangan orang Melayu dan kemimpinan UMNO untuk meningkatkan kewibawaan diri Mahathir. Mungkin, ia akan berbalik kepada diri beliau (Mahathir dan Hamid sendiri). Maklumlah, pemimpin PAS bukan calang-calang ulamak Islam. Setakat ulamak UMNO tahap Hamid Osman atau Hamid Zainalabidin; memang bukan lawannya. Tambahan pula, alasan dan fakta-fakta UMNO dalam isu itu amat rapuh.
Hamid menjawab pendek, “Saya banyak hutang, Datuk Seri. Siapa nak bayaq..”. Abdullah mengangguk perlahan-lahan. Dia teringat kesah Ezam ada 6 kotak tersimpan rapi.
Paling pahit sekali, dilihat pemimpin UMNO sudah lama menghyati azam untuk “mendemokrasikan UMNO”. Dan Mahathir pun bukan se alim pemimpin PAS. Kejutan letrik voltan tinggi Tun Ghafar telah membuatkan Mahathir terkapai-kapai bagai ‘ayam jaguh’ luka digelanggang pertarungan!!
Apakah kali ini Mahathir akan jadi “Lebai Malang”?
Megat Hashim Megat Shamsuddin
Skudai, JOHOR BARU