Pertelingkahan antara Ku Li dan beberapa “kempitai” Mahathir-Dollah Bedawi dalam mesyuarat MKT baru-baru ini sepatutnya menjadi iktibar besar kepada pemimpin UMNO Pertengahan. Dalam nafas yang sama, unjuran Tun Ghafar Baba bukan semudah itu diketepikan. Dan Ku Li tidak semudah itu membiarkan peluang terbaik untuk memperjuang demokrasi dalam UMNO.
Walaupun kita sebagai orang luar UMNO (tetapi orang Melayu) merasa sangat kesal jika orang UMNO (orang Melayu) terus-menerus bersikap pasif dan kecut-mecut macam “anggur kering” yang dimamah unta melihat gejala ‘feudal’ bermaharaja didalam sebuah parti yang menerajui kerajaan!!
Ku Li dilihat oleh pemimpin UMNO sebagai seorang berjiwa “pertandingan”. ‘Pertandingan’ bermaksud “mengikut lunas-lunas demokrasi”. Beliau tidak mahu sesuatu diberi secara percuma seperti apa yang harapkan oleh Abdullah Bedawi.
Dalam politik, kerana beliau punya prinsip dan pendirian, Ku Li pernah luka berdarah hingga menghidap pedih selama 10 tahun. Tapi, sebagai Panglima yang biasa berperang, luka baginya cepat sembuh dan pertikaman adalah satu kemestian. Beliau bersedia mula dari peringkat “prebet Gurkha”. Tetapi nampaknya Ku Li masih berjiwa “Panglima”..!!
Dalam bahasa Politik, UMNO dan penyokong di peringkat pemimpin pertengahan sudah nampak wujudnya seorang berjiwa demokratik dengan memperakukan pertandingan sebagai sifat ‘jati diri’. Bagi orang UMNO, sikap Ku Li dan Ghafar sudah lama diimpi-impikan oleh UMNO. Ini menyebabkan Mahathir tergamam.
Kini, pemimpin bawahan UMNO tidak boleh menyepi semacam ‘orang nazak’ kerana takut-takut berhadapan dengan kenyataan. Jika UMNO benar-benar DEMOKRATIK, seluruh kepimpinan UMNO yang berhak harus mengamalkan ‘proses demokrasi’. Dengan itu, mereka perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO “memang Demokratik”.
Mungkin dikira keterlaluan jika Mahathir diterajang keluar macam bola lisut!! Tapi setakat membuka ruang pertandingan adalah satu urusan yang wajar dipertahankan oleh semua mereka yang berhak menunjukkan hakikat itu. Jika Presiden di pertandingkan, sesiapa kalah – maruah tidak tercabar seburok itu. UMNO nampaknya mahu itu.
Ini membuatkan situasi telah meletakkan Mahathir makin tersepit. Lebih-lebih lagi, orang UMNO semua tahu wakil-wakil di MKT UMNO adalah boneka yang terjerat leher dicekik Mahathir. Mahathir sudah siang-siang simpan “file-file Rasuah” setiap ahli MKT. Silap cakap dan buat keputusan tidak menyebelahinya, maka mereka akan bertemankan DS Anwar di Sg. Buloh. Tetapi Ku Li orang perjuangan juga.
Hematnya, “perjuangan untok rakyat” bukan satu perkara yang mudah. Kita yang di luar UMNO; sebagai kelompok yang menghayati demokrasi, angkat topi kepada Tun Ghafar kerana memberi mukadimah dalam isu ini. Dalam usia selanjut itu, fikiran beliau masih kental, responsif, mudah teransang dan dalam ‘mind frame’ yang yang berdaya tinggi. Kita juga merasa Ku Li wajar bingkas menentang hakikat demi ‘menyelamatkan UMNO’. Beliau tidak mau jadi anggota MKT secara paling “TIDAK BERMARUAH”.
Jika Mahathir anak jantan yang berpelir (bahasa paling layak menggambarkan siapa Mahathir), masanya sudah sampai Mahathir buka butang seluar dan tunjokkan kepada ramai!! Selagi Mahathir tidak berbuat demikian, orang akan menganggap “buah” Mahathir sudah lisut dan menyorot seperti kepala lelabi!!
Menilai kepada Perlembagaan UMNO sendiri; untuk merombak keputusan MKT itu tidak lah sesukar yang disangka. Walau apa terjadi, UMNO bukan Mahathir yang punya – ahli-ahli UMNO sendiri harus tahu hak mereka!!
Alhamdulillah, terdengar khabar bahawa beberapa Bahagian UMNO sudah sanggop membuat keputusan menuntut supaya Jawatan Presiden dan Timbalan di pertandingkan. Diberitkan, tak kurang 70 bahagian bersedia menyokong cadangan itu. Dari sumber-sumber yang terdekat, diberitakan iaitu jika tekanan ini masih dinafikan, bilangan diatas pagar mungkin bertambah secara mendadak dalam tempoh 24 jam. Ini menunjukkan bahawa Keputusan tidak mempertanding jawatan terbabit bukanlah rumusan pemimpin UMNO.
Jelas sekarang bahawa keputusan MKT bukan realistik. Rakyat tahu, wakil-wakil MKT diugut oleh Mahathir. Itu memang cara beliau bermesyuarat. Itu kelemahan orang Melayu, mengikut firasat Mahathir. Sebagai seorang berdarah India, memanglah ‘mengertak’ itu budaya keturunan Mahathir.
Tetapi Mahathir lupa, dalam MKT ada ‘anak Kelantan’ yang berdarah pejuang. Kali ini nampaknya beliau bersedia “go for the broke”..!! Yang mencerahkan keadaan, seorang vetren UMNO secara terbuka menyokong isu itu. Mungkin tidak tahu berapa ramai jumlah vetren UMNO yang sudah berdiri dibelakang vetren dan pencabar itu. Mahathir makin resah dan gelisah.
Bukan pula beliau berjuang tanpa senjata. Khabarnya, Kelantan, Terengganu dan Melaka khabarnya 100% menyokong orang yang mereka harap sanggop menentang Mahathir. Kedah dan Perlis 50%. Pahang setakat ini 35% dan Selangor 30%. Perak, Johor dan NS dalam kiraan 20%.
Itu adalah pemantau setakat 20 Januari 2000. Kita masih lagi menerima berita terkini yang disampaikan secara bisik-bisik. Tapi, angka ini akan bertambah setelah pertandingan betul-betul diistiharkan secara resmi.
Ku Li sebagai calun favourite, telah mendapat sokongan yang terbanyak. Khabarnya, ‘kempitai’ Mahathir telah digerakkan dengan berguni-guni ringgit diisi dalam karong tepung kanji. Kempitai ini nampaknya makin serik bertemu muka dengan penyokong UMNO di peringkat negeri. Khabarnya, mereka tidak mahu datang bila dijemput ‘makan malam’ dan jamuan “rumah terbuka’.
Berbanding pencabar Mahathir, mereka tidak perlu banyak ringgit, memadai ‘main angguk dan tunjuk simbol “OK”..’ dan segala-galanya ‘tanggong beres’!! Memang orang Melayu masyarakat yang ‘mudah’..!! Tak payah pakai falsafah yang tinggi-tinggi atau mengugut ‘ancaman orang asing” dsbg. Bagi orang Melayu, “Yes is Yes, No is NOTHING!”. Mahathir kepada orang Melayu “is NOTHING”…!!
Orang sudah dapat tau, Mahathir telah memanggil beberapa orang MB, kononnya bercuti diluar negeri. Masing-masing terpaksa pergi dengan file dan senarai beberapa nama. Kertas kerja nampaknya bersepah dalam ‘James Bond” brief case masing-masing. Tapi malang sikit, nyawa MB-MB itu pun tercekik di khemah sendiri. Sebahagian dari mereka bukan orang yang berpengaruh sangat dikalangan ahli j/kuasa Bahagian.
Macam-macam alasan diberi. Kononnya, kerana ekonomi merosot maka para pemilih dalam Perhimpunan tak dapat projek. Dengan itu, jika tak ada ganjaran maka tak ada lah “sokogan”…!! Itu budya UMNO! Ramai MB secara belakang-belakang kata, “Kalau Mahathir tumbang, Ku Li naik pun kita OK juga..!!”
Nampaknya Mahathir bersungguh-sungguh berteentangan dengan saranan Ghafar yang disokong Ku LI itu, bukan kerana beliau tidak menghormati cadangan dan pandangan Ghafar tetapi Mahathir sendiri tau sokongan UMNO terhadapnya tidak ada ‘daya tahan’. Sokogan MKT tidak lebih dari ‘bermuka-muka’ kerana MKT adalah pemimpin yang dibawah ketiaknya.
Mahathir dan Abdullah Bedawi tahu, sekira kedua-dua jawatan itu dipertandingan secara demokratik dan terbuka – berasaskan dari performance mereka yang mengaib dan menjijikkan UMNO/BN sekarang; tidak ada siapa yang menyokong mereka berdua (kecuali Kroni politik yang mereka yang merana hidop jika mereka tersingkir). Kelemahan ini adalah kekuatan hebat kepada Ku Li.
Kita sudah dapat menjangka apa akan jadi kepada pemilihan MKT yang akan berlangsung kira-kira penghujung Mei, 2000. Akan lebih hebat dari 1987/88.