Tahukah anda?
Yang menentang HARAKAH diharamkan ialah penyokong UMNO sendiri. Mereka adalah pembaca dan peminat setia HARAKAH dan beberapa akhbar berkala seperti DETIK, dll. Orang UMNO yang berjawatan diperingkat Cawangan dan Bahagian (termasuk beberapa ahli MKT) adalah pemantau Ceramah-ceramah BA (PAS & KeADILan) yang paling setia. Mereka selamba menghulur derma sebilangkali menghadiri ceramah. Ini amat menghairankan.
Mengapa mereka bersikap bergitu? Padahal pemimpin UMNO adalah antara mereka yang bermusuhan begitu ketara seolah-olah PAS/BA lah yang memecah-belahkan orang Melayu (konon)? Pemimpin mereka bermati-matian mengutuk PAS dan HARAKAH sebagai Parti pemfitnah dan akhabr perosak perpaduan Melayu!!
Dari apa yang didengar dan dilihat, mereka penyokong UMNOlah yang memanfaatkan hujah-hujah HARAKAH dan Ceramah tersebut sebagai “peluru berpandu” dalam mendebatkan hujah mengenai kelunturan DEMOKRASI, Kezaliman Dr. Mahathir, Ketidakadilan beliau terhadap rakyat khususnya penyokong UMNO sendiri.
Orang UMNO mendapat ide berhujah yang tepat dan jitu hingga ada pemimpin yang berjawatan dan berkepentingan (menteri, adun, MB & wakil rakyat) yang panas punggung didesak supaya mengusulkan “undi tak percaya” kepada “Camp Mahathir-Dollah Bedawi”. Debat mereka berapi-api menetang isu “Tidak Mempertandingkan Jawatan Presiden & Timbalan” itu.
Ini sudah “Lebeeee” (perkataan pemuda BA yang bermaksud “Lebih”..!), berkata pak menteri UMNO yang sudah tidak tahu lagi nak membela Doktor Mahathir, sebagai hujah membela diri. Khabarnya Dr. Mahathir sudah rimas dengan hujah melambak-lambak. Ghafar dan Ku Li (tak secara langsung berterima kasih kepada BA – tapi nak mengaku …”MALUUUUU….”..!!). Heheeheheh……!!
Sekarang gejala “goal keeper” tendang bola ke gol sendiri sedang berlaku diperingkat Cawangan UMNO dan Bahagian. Di Perhubungan, ahli J/Kuasa yang “Pro-Demokrasi dalam UMNO” (bukan anti-Mahathir-Dollah..hehehe), memeningkan kepala beberapa MB. MB dikerah supaya mempengaruhi semua pemimpin pertengahan dalam struktur organisasi UMNO diperingkat negeri. Akhirnya MB-MB sendiri terkebil-kebil bagai cicak makan kapur!!
Itulah sebab-sebab maka regu Mahathir-Dollah Bedawi dan beberapa menteri & ahli MKT telah mengatur rancangan dan strategi supaya HARAKAH hadkan penjualan diBATALkan permit oleh KDN. Bukan kerana hendak menyekat pengaruh PASBA sangat-sangat, tetapi lebih kepada “menyekat gejala anti-Mahathir dikalangan UMNO sendiri”..!!
Ayah rakan saya, seorang pengedar HARAKAH berdaftar memaklumkan, ayahnya tidak ada masalah langsung menjual HARAKAH setiap keluaran kerana ada beberapa “ready buyers” yang membeli berbeban-beban dalam jumlah ratusan naskhah pada setiap keluaran.
Diketahui kemudiannya, mereka adalah wakil kepada wakil rakyat UMNO dan pemimpin UMNO yang telah diberi wang oleh pemimpin UMNO sendiri untuk membeli dan mengedar HARAKAH kepada ahli secara PERCUMA. Memang HARAKAH menyumbang kearah “Perpaduan Melayu”…!! Hehehehe….!!
Yang menggelikan hati, anaknya sendiri kena beli. Ahli-ahli PAS berkongsi-kongsi senaskhah dengan beberapa orang. Tapi…terbalik pulak, orang UMNO bagi Free..!! Hehehehe..“Nak buat camno? Oghang nok beli, kito keno juaa lah.” Kata ayah rakan saya itu berseloroh.
Khabarnya forum-forum dialog seperti FGR dan LamanWeb berakib seperti Mahazalimtwo, Tranung, Boikot, Pemantau, Mahafiraun 2000 (sekadar menyebut sebagaiannya), amat diminati orang UMNO sendiri.
Ada beberapa pemimpin UMNO yang membelikan beberapa buah komputer lengkap dengan internet modem dan printer HP Lazer berwarna untuk digunakan memantau, down-load dan mencetak naskhah-naskah artikel yang melambak-lambak di LamanWeb Reformasi.
Hujah Reformis dalam LamanWeb mengkerdilkan hujah Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D. Begitu punya hebat hujah Reformis. Setakat Utusan Malaysia atau Berita Harian….tak main lah!! Elok sangat Rais semak semula desertation Ph.D nya dan merangka sebuah “anti-Theses” yang lebih releven dan rasional. Sekarang pun, ramai orang UMNO sendiri yang bersedia bantu Rais “membakar” Jembatan beliau. Satu khidmat ikhlas orang UMNO mebantu Rais membakar jembatannya yang baru pulak!! Hehehehe…!!
Kelompok Pro-Demokrasi dalam UMNOlah diantara orang-orang UMNO yang paling ramai mengedarkan “off-set” artikel Reformasi yang kritikal terhadap kepimpimpinan Mahathir. Artikel para Reformis tulen dari LamanWeb terbabit amat popular menjelang Perhimpunan UMNO bulan Mei ini, khusunya dikalangan penyokong UMNO yang memperjuangkan “Demokrasi dalam UMNO”. Caya tuh?
Oleh itu, sebagai sumbangan silalah menulis dengan fakta dan hujah yang konkrit, telus dan rasional di Laman-laman berkenaan. UMNO memang bangsat ide, sejak Mahathir menerajui UMNO. Mereka terkongkong dan otak mereka beku macam ‘solid tectonic rocks’. Itu sebab pemimpin mereka cuma berROCK-N-ROLE di disko Dangdut setiap malam, bertemankan GRO genek!!
Kiranya, apalah yang mampu kita (reformis) sumbangkan kepada UMNO, jika tidak memberi mereka idea supaya mengeratkan “Perpaduan Melayu” menjelang tahun 2004 ini…Hehehehe…!! Isyallah, saudara-saudara kita di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan bersatu-padu melihat “Cahaya Bulan” mengambang menerangi “kegelapan Malam” yang sedang menyelubungi UMNO dewasa ini. Aiiii…syabbbaaasssss!!
Bak kata orang tua-tua, jika terung itu berulat didalam, diluar tak nampak lubang ulatnya. Diluar nampak licin berkilat, tapi bila isteri menghidang nanti, maka tergolek-goleklah ulat-ulat bergelitikannya.
Begitulah diumpamkan UMNO sekarang: “UMNO berulat didalam”. Itu orang UMNO yang cakap. Bukan orang PAS/BA!!
Akan acapkalilah Dr. Mahathir ke IJN nampaknya. Makin tua-hangkoilah muka Abdullah Bedawi berfikir menagkis hujah puak UMNO sendiri!! Hehehehe…!!
Ahmadi Haji Ismail Mukmin
- JB