Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Pelancaran Boikot Utusan Meloya, TV3 dan NST

Jam 2.46 petang aku sampai ke Desa Melawati (dekat Klang Gate) di tempat pelancaran boikot media pemfitnah dan pembohong TV3, NST dan Utusan Meloya. (Hanya 10 minit dari rumah aku). Ketika itu hanya ada lebih kurang 500 penyokong BA. Ada dalam sepuluh stall menjual baju dan sticker boikot TV3, NST & Utusan Meloya, serta sticker parti-parti BA dan bendera BA, desk calendar, pendum dsbnya termasuklah kaset-kaset ceramah pemimimpin BA.

Di 'divider' jalan direntangkan kain puteh untuk mesej dari rakyat yang terpanjang di dunia dan ramai yang telah pun menulis mesej.

Jam 3.10 petang bilangan yang hadhir sudah bertambah macam sekelip mata dari 500 menjadi lebeh kurang 5,000. Tiada lagi ruang kosong pada kain puteh mesej suara kebangkitan rakyat yang terpanjang didunia - dah tertulis semuanya.

Setelah membeli sticker, T-shirt dan sebagainya aku pulang sekejap untuk ambil video cam. Aku akan kesana lagi selepas solat fardhu asar (acara pelancaran boikot media fitnah kerajaan BN itu akan tamat pada jam 6.00 petang.)





Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com