Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

TERENGGANU - KEJOHANAN BOLA TAMPAR PANTAI DIPERKENALKAN

KUALA TERENGGANU, - Persatuan Bola Tampar Terengganu (Tava) akan memperkenalkan kejohanan bola tampar pantai yang popular di peringkat antarabangsa di kalangan peminat sukan berkenaan di negeri ini tahun ini.

Setiausahanya Mohd Nasir Yusof berkata kejohanan itu yang dijangka diadakan pada Ogos ini adalah satu lagi aktiviti persatuan di dalam usaha untuk mempopularkan lagi sukan bola tampar di negeri ini.

"Langkah ini juga sebagai dorongan kepada negeri-negeri lain untuk turut sama menganjurkan kejohanan seumpama itu pada masa akan datang," katanya



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com