KESAN yang terbit dari keputusan MKT tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan menimbul keraguan dikalangan pemimpin UMNO, khususnya bertaraf “Kapten dan Kolonel”. Mereka yakin MKT telah diugut oleh “general” yang takut dipencenkan.
Kesan dari “ancaman maut” oleh ‘general’ itu telah membuatkan beberapa orang dikalangan ‘Brig. Gen” telah bangkit dan menggilap M16 yang lama tersimpan dibawah bantal. Ada yang sudah mula mencari ‘missile’ dan peluru pandu yang canggih-canggih!!
Para “Gukha” sudah mulai bergerak. Nampaknya “perang” tak dapat dielakkan. Siapa menang siapa kalah bukan peroalan lagi. Kini motto pihak yang menentang melaksana azam sebagai satu ‘jihad’. Bagi mereka, titisan darah yang mengalir adalah khidmat untuk negara, bangsa dan agama. Azam itu semakin kuat.
Analogi itu bukan main-mainan kata semata-mata. Sudah ada tanda-tanda bahawa hampir pasti akan meletus. Kedua-dua pihak sudah mula mempersiapkan diri dengan cara dan logistik yang difikirkan startegik.
Beberapa pihak sudah mengantar rombongan pengintip menyuluh kekuatan lawan. Makin jelas bahawa perang akan berlaku pasti akan menghancurkan pihak yang kalah.
Bak kata pepatah Melayu, “Menang jadi arang, kalah jadi abu”. Masing-masing sudah berazam “go for the broke”. Bagaimana keadaan itu berakhir, banyak yang menduga bahawa puak penentang ‘establismen’ memang berkeupayaan.
Penganalisis perang merumuskan, jika puak penentang menang, dakwaan puak ‘establismen’ bahawa oraganisasi keseluruhan akan pecah-belah; adalah meleset samasekali. Ini berasaskan fakta yang konkrit bahawa penentang mendapat sokongan mereka yang berpangkat rendah juga.
Soldadu biasa juga sudah mula gian mahu melihat supaya Regim General yang mentauliahkan diri begitu tinggi wajar diberi peringatan bahawa “lambat laun puaknya harus menerima kenyataan”.
Dalam UMNO sudah ada Brutus, Mark Anthony, Ceasaro. Julius Ceasar sudah mulai kecundangan kerana terlalu asyik berhoneymoon dengan “Cleopatra” hingga mengabaikan amanah. Mahligai 200 juta itu memberi imej yang menunjukkan bahawa beliau adalah ‘emperor’ yang zalim, takbur dan tidak ada perikemanusiaan.
Sejarawati Sri Lanang