Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

SELAGI BULAN MEI, 2000 BELUM BERAKHIR, BEGINILAH…!!

Belum cukop 3 hari Dr. Mahathir, Presiden UMNO (buat masa sekarang) mengeluarkan kenyataan sempena Sambutan Hari Tahun Baru Cina, maka bergegas Hamid Osman membuat kenyataan keras lagi lantang.

Isunya : “bukti mengenai penyelewengan fatwa yang dibuat oleh Pas”.

Si Menteri itu dilaporkan sebagai berkata, “mengakui mempunyai bukti penyelewengan fatwa yang dibuat oleh Pas dan pihaknya dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap parti itu”.

Sebelum ini pun Dr. Mahathir berkata (sempena Sambutan Hari Tahun Baru Cina), “UMNO sedang mengumpulkan bukti mengenai penyelewengan fatwa yang dibuat oleh Pas sebelum tindakan selanjutnya dibuat”.

Pada mulanya ada netter di internet yang jangkakan; mungkin kenyataan itu disebabkan terlebih “samsu’ maka ada orang tiba-tiba pening lalat. Peribahasa Melayu pun ada kata, “Kalau orang keturunan India, minum se botol tapi mabok macam 10 botol…”!! Manalah tau, kalau-kalau ada orang keturunan yang sama (sekalipun darah India cuma sesudu) gelabah macam sewel!! Tak tau lah!

Nampaknya, bercelaru sangat antara PM si Hamid dengan si Hamidnya. Berebut-berebut nak buat kenyataan. Tak ubah macam semut jumpa gula, bagai langau jumpa taik…. berhurung bagai nak rak satu dunia ini. Terus, tanpa fikir dua kali, Hamid ikut cakap boss, “Ambil tindakan..!!”; maka diambillah tindakan. Mungkin!!

Kalau ditanya, “Cukop bukti kah?”. Mungkin jawapan yang kita duga, “Tak payah! Tudoh dulu kemudian cari bukti..”. Mengapa rakyat mesti ragu-ragu; kan itu budaya puak UMNO!!

Kes Datuk Seri Anwar pun begitu dulu. 2 September beliau dilucutkan jawatan, esoknya dibicarakan dihadapan sekumpulan hakim-hakim yang ditauliahkan sebagai juri MKT. Hanya sebulan kemudian baru disiasat-selidik.

Yang nyata ialah, “Hukum dulu, tuduh kemudan. Siasat boleh belakang kira!!

Bicaranya bila? Lazimnya bila bukti sudah cukop!! Dan selalunya prosiding mahkamah mesti ikut seperti hukuman!! Selalunya sepanjang perbicaraan nanti akan disemaklah semula segala tuduhan dan bokti. Kalau nampak bersalahan dipihak penudoh, maka diketepikan hujah pembela. Kira “tak aci”, kata budak Tadika!! Itu semua orang dah nampak.

Kerja menteri seperti Hamid memang berat. Tambahan pula beliau dikira sangat berbakat dan amat taat-setia kepada ‘tuannya’. Jika tidak masakan beliauyang telah tersingkir oleh rakyat masih juga diangkat jadi Menteri oleh ‘taukeh’nya. Tidakkah itu membuktikan betapa hebat repustasi beliau?

Selarilah dengan kelulusan beliau sebagai seorang lulusan ugama tahap tertinggi: Ph.D, masakan Hamid akan merendah diri. Kalau dilengahkan, akan murtad pula umat Islam di negara ini. Mesti peroses cepat-cepat dan laksanakan tindakan. Mana boleh tangguh-tangguh!!

Sebagai orang yang kurang ilmu, mau juga kita bertanya kepada Hamid, berapa banyak kerja UMNO yang 100% ikut fatwa?

Adakah perbicaraan kes “zina” dan “liwat keatas DS Anwar itu mengikut perundangan Islam? Mengapa pulak kes Azizan setakat ditangkap ‘berkhalwat’ pun dibicarakan di mahkamah syariah; sebaliknya kes berat DS Anwar tidak?

Mungkin Hamid ada fatwa lain yang mensahihkan seseorang Islam yang dituduh berzina tak perlu saksi-saksi mengikut syariah. Yang hairannya, Anwar adalah orang Islam. Kalau beliau BUKAN berugama Islam, mungkin juga boleh dilakukan begitu.

Padan jugalah Agustine Paul berpeluh di mahkamah menilai bahan bukti. Sampai dah jadi cerita, tilam pun kena kira berapa tompok-tompoknya. Itu mungkin ada dalam ‘fawa’ si Hamid mungkinnya. Mokhtar dan Ghani Patail dengan dereten pakar-pakar terkini cuba berhujah mempastikan sabit kesalahan, akhirnya tidak berjaya.

Mungkin isu terbaru ini akan memberi sedikit sebanyak ‘milage’ kepada Mahathir untuk mengatasi isu pergolakan UMNO yang makin menggigit telinga beliau sekarang. Hamid juga kepalang gian mau terus duduk sebagai ahli terpilih di MKT. Limpahan tuah yang dibawa oleh isu terbaru ini diharapkan akan membaik pulih imej yang terjehas teruk.

Jika tidak; kedua-dua mereka harus terjun ikut tingkap!! Selagi bulan Mei 2000 belum berakhir, makin macam-macamlah masalah UMNO-Pembangkang yang akan ditimbulkan.

Tafsiran rakyat, “Allah tidak merestui Fitnah dipetuduhkan keatas umat yang tidak berdosa. Kepintaran hukum akal adalah hak Allah atas pengurnian Allah untuk dimanfaatkan oleh makhluknya!!”.

Kita harap sangatlah Mahathir dan Hamid bawa diri mereka berbanyak-banyak sabar dan beristighfar. Mudah-mudahan rahmat Allah akan dianugerahkan kepada semua pihak yang terbabit. Eloklah selesaikanlah satu-satu perkara itu beringkat-peringkat. Takut kelak “terlimpah kuah keluar pinggan; jika terdudukkan, panas pulak punggung!!

wan malini



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com