Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

DR. MAHATHIR : BERKALI-KALI CUBA CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

“……Dalam satu wawancara di Bangkok, Dr. Mahathir dilaporkan sebagai berkata, apa jua langkah yang diumumkan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) tidak akan mencapai matlamat tanpa penyertaan menyeluruh negara-negara 'mangsa' krisis ekonomi itu.

''Kita tidak dapat peluang untuk menyertai apa-apa... (badan ataupun jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan). 'Kumpulan 20 (untuk mengkaji peraturan kawalan modal jangka pendek) hanya mempunyai wakil negara yang bersetuju dengan pandangan mereka. 'Sekiranya keadaan ini berterusan, kita tidak akan mencapai apa-apa,'' Kata beliau sebagai mengulas pandangan Setiausaha Agung UNCTAD, Rubens Ricupero yang mengesyorkan tentang keperluan penubuhan sebuah badan kawalan sedunia bagi tujuan merangka peraturan-peraturan dan penyeliaan antarabangsa yang seragam. ………..” (Utusan Malaysia – 12 Feb. 2000)

KOMEN :

Sewajarnya Dr. Mahathir melihat kedalam pentadbiran ekonomi, pegurusan sumber, ragam politik dan cengkaman pemimpin negara membangun keatas corak pentadbiran ekonomi negara mereka – yang mana beliau sendiri adalah salah seorang yang bertanggungjawab mengkacaubilaukan keadaan.

Negara seperti Malaysia memerlukan satu arus politik dan pembangunan pengurusan ekonomi, kewangan dan perusahaan/perdagangan dan perindutrian yang bertulangbelakangkan keperluan rakyat.

Tetapi makin jelas, pemimpin politik (khususnya di negara kita – Malaysia), faktor dan peranan Kroni dan suku-sakat pemimpin yang berkuasa terlalu kuat menekan sesuatu dasar yang diamalkan.

Rakyat tidak mendapat tempat yang sempurna dalam pembangunan yang dirancang oleh pemimpin yng menerajui Kerajaan. Apa yang nampak terhasil ialah: lebih banyak aktiviti ekonomi yng menjurus kepada keperluan dan kepentingan mereka (pemimpin) hingga jauh menyimpang dari keperluan asas rakyat.

Wajar disebut, beberapa projek yang disebut sebagai “projek pembangunan MEGA” oleh ketua eksekutif negara (ie. PM – khususnya Dr. Mahathir) tidak lebih dari suatu pamiran “gajah putih” yang menelan sebahagian besar sumber (resources) rakyat – semata-mata untuk memuaskan ego diri pemimpin terbabit.

Pengurusan ekonomi dan perusahaan pula ditulari (plagued by) unsur-unsur RASUAH dan Penyelewengan yang didalangi oleh para menteri dan kroni yang berdamping rapat dengan pemimpin berjawatan kerajaan yang rakus dan tamak. Projek-perojek itu membazir saja!!

Akhirnya, apabila berlaku keadaan yang tidak diduga (eg. kejatuhan mata wang, cyclical downturn, dll), maka pengurusan ekonomi secara menyeluruh rosak dan kelamkabut; terdedahlah segala-galanya kepada pelbagai anasir yang menyebabkan rakyat jatuh lebih miskin. Inilah yang telah berlaku dalam situasi cemas dan gawat (ekonomi) kesan dari penurunan nilai matawang yang lalu.

Contohnya, beberapa negara (seperti Malaysia) telah terjebak dengan kemelesetan yang paling buruk. Padahal, sebagai perbandingan, ekonomi eg. Singapura, Australia dan Hong Kong mampu distabilkan sedemikian pantas dan pembendungan masalah dapat dilaksanakan dengan cekap.

Apa yang dilihat dan terbokti ialah: pemimpin politik Kerajaan di Malaysia adalah Rasuah. Mereka melibatkan diri (secara tak langsung melalui Kroni dan suku-sakat) dengan projek-projek fisikal mega-mewah bernilai berpuloh-puloh billion dollar (malah beratus billion) dan pasaran saham. Sumber kewangan negara digunakan untuk mengaut keuntungan diri tanpa mempastikan keupayaan ekonomi rakyat secara menyuluh.

Kerana itu, sekiranya ia diperbetulkan untuk diselaraskan secara lazim oleh pemegang dana antarabangsa, pasti ia akan ditentang oleh pemimpin Kerajaan itu kerana kepentingan mereka (secara peribadi) terjejas teruk. Ini yang menyebabkan kelewatan membaikpulih ekonomi di negara ini.

Kita lihat penglibatan Daim Zainuddin (sebagai menteri kewangan) telah menyebabkan isu penstrukturan semula bank-bank Malaysia terlalu sukar dipraktikkan. Fakta-fakta menunjukkan bahawa beliau berkongsi sesama sendiri menguasai indiustri perbankan.

Dr. Mahathir sebagai PM tidak mahu ketinggalan tongkang; telah menggunakan kuasa veto. Ini berlaku kerana beliau juga adalah serakus Daim. Berebut-rebutlah kedua-dua mereka umpama dua ekor buaya membaham seekor bangkai!! Rakyat dan sumber dana rakyat jadi habuan mereka.

Maka dengan itu, kelembapan yang berlaku dalam usaha mengorak langkah membaikpulih ekonomi dan perushaan makin payah dan sulit. Ia menyebabkan tidak mendapat sambutan para pelabur (dalam dan luar negara); kerana keengganan puak pemimpin kerajaan yang rakus itu telah menjerat ekonomi dengan pelbagai kawalan usang (demi kepentingan diri).

Kesimpulannya :

Selagi dasar perlaksanaan ekonomi itu adalah bentuk lama dan rasuah & penyeleweng bermaharajalela, dengan pemimpin kerajaan sendiri melakukan rasuah melalui undang-undang dan peraturan yang mereka cipta (untuk melindungi kepentingan mereka); selagi itulah komplen Dr. Mahathir itu hanya “suatu kepura-puraan” umpama orang main “wayang kulit”.

Dr. Mahathir menjawab pertanyaan itu seolah dunia tidak tau apa dan siapa beliau. Masakan buaya akan mengakui bahawa ia lah yang membaham pengail dzaif yang berdiri di tepi sungai sedang mencari rezki.

Pemimpin kerajaan UMNO/BN yang sedia ada itu lah BUAYA-BUAYA DARAT yang paling PELAHAP!! Eloklah Mahathir tutop mulut supaya tidak ada orang yang sakit hati dan mengatakan kepada beliau…..”Pooorrrraaahhhhh…!! Jangan cuba mau jual Temberang”!!

Eloklah Dr. Mahathir tutop mulut saja, kerana ini bidang ekonomi bukan bidang kepakarannya. Beliau terbukti lebih sebagai pemfitnah dan perencana kerja-kerja zalim yang menghina dirinya sendiri.

Adios!!

Prof. Kumis Tebal Berjambang
IPT Bebas.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com