Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Baru nampak Gentar pada Kerajaan Baru PAS Terengganu

Pada hari Khamis, 2/2/2000 saya amat terkejut. Ini kerana projek jalan dari Bandar Cheneh ke Kg Mak Lagam, Chukai yang telah sekian lama terbengkalaii, tiba-tiba digegarkan dengan bunyi lori batu, trooper engineer JKR dan pekerja-pekerja.

Mereka begitu aktif bekerja, seolah-olah jalan itu akan siap esok. Saya tertanya-tanya, kenapa jadi begini setelah hampir 10 tahun jalan sejauh 23 km tu belum siap-siap, tiba-tiba nampak sibuk.

Pada 3/2/2000, saya terbaca harakah edisi internet. Baru saya faham kenapa mereka nampak sibuk. Jawapannya ialah,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, Yahaya Ali telah melawat projek tersebut. Nampaknya Ketengah dan kontraktornya takut. Sebelum ni, hampir 10 tahun mereka bermain-main dengan penduduk Cheneh. YB Harun Hasan selalu mengatakan jalan ini akan siap tahun depan, setiap tahun ia bercakap dari 1993 hingga 1999.

Jalan tersebut telah dimulakan pada tahun 1990 dengan peruntukkan RM 20 juta. Ianya dijangkakan siap pada 1994. Tapi bila tiba 1994, ianya masih belum dapat disiapkan. Bermula dari 1994 hingga 1999, YB Harun Hasan mengatakan jalan ini akan siap "tahun depan". Dari RM 20 juta, projek ini telah mendapat tambahan peruntukkan sehingga ia menjadi RM 70 juta. Peruntukkan meningkat sebanyak 250 %. Tapi masih tak dapat siap. Pelik bin ajaib. Kontarktornya Sri Minal Construction yang beralamat di Taman Kemaman, 24000 Chukai, berhadapan SMK Chukai, tidak pula dikenakan apa-apa denda. Malahan dapat tambahan peruntukkan sebanyak RM 50 juta. Hairan bin anjaib. Ini yang dikatakan kerajaan Barisan Nasional yang bersih bin Kroni.

Penduduk di bandar Cheneh telah menunggu hampir 10 tahun untuk ke bandar Chukai dengan lebih cepat. Bayangkan melalui Ayer Puteh ialah 45 km sedangkan jalan ini cuma 23 km sahaja. Harap-harap Jawatankuasa Hisbah di bawah pimpinan Tun Salleh Abas menyiasat perkara ini



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com