Tidak berapa lama dulu, apabila berlaku tanah runtuh di Genting Highlands,
dekat pusat judi antarabangsa itu, Samy Vellu pergi melawat, kononnya untuk
menilai sendiri keadaan yang berlaku. Ini memang baik. Yang tak baiknya
ialah komen yang dikeluarkannya. Beliau mengatakan, seperti Lim Goh Tong,
tuan punya pusat judi itu, bahawa ini ialah "Tuan Alah punya kerja."
Bila berlaku banjir kilat di beberapa tempat di Shah Alam dan Petaling Jaya,
berdekatan dengan lebuh-lebuh raya yang telah dibina, beliau pergi melihat
juga. Sekali lagi, baguslah. Tetapi, beliau buat komen lebih kurang begini:
Jalan tidak boleh ditinggikan untuk elak banjir sebab sudah ada struktur
yang dibina di atasnya. Yang menjadi soal ialah, tidak adakah kajian rapi
yang diawasi oleh kementerian Samy, sebelum lebuhraya dibina, supaya
kejadian seperti ini dari awal-awal lagi dapat dielakkan?
Kemudian baru-baru ini Samy pergi ke Perak pula, untuk menilai keadaan
banjir kilat akibat pembangunan yang tidak dirancang baik juga. Baguslah.
Tapi apa dia kata? Lebih kurang begini: Kita sudah buat macam-macam untuk
elak banjir. Tapi apa kita boleh buat kalau hujan sangat lebat? Kali ini
Samy salahkan hujan lebat. Barangkali dia takut hendak salahkan tuhan, sebab
pernah kena balun dalam media apabila beliau berbuat demikian tentang tanah
runtuh dulu.
Cili Api rasa Samy patut sedar beliau bukan pakar. Biarlah pakar-pakar
membuat penilian tentang malapetaka yang berlaku, berdasarkan penyiasatan
yang teliti.
Cili Api