Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Rafidah, Menantu dan Saham

Datuk Rafidah Aziz telah memberi penjelasan panjang lebar tentang saham sebanyak RM1.5 juta yang telah diberi kepada sebuah syarikat di mana menantunya, Fazrin Anwar, terlibat. Mengapakah sekarang, setelah lebih lima tahun berlalu baru hendak diberikan penjelasan sebegitu panjang?

Apabila perkara ini ditimbulkan di Parlimen lebih lima tahun dulu, Perdana Menteri Dr Mahathir menyatakan ini cuma soal teknikal. Ia tidak melibatkan rasuah. Oleh itu patut tutup sahaja.

Semalam, dalam Parlimen juga, Rafidah memberitahu menantunya diberikan saham sebanyak itu kerana dia berkelayakan dan memenuhi segala kriteria yang ditetapkan. Sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria itu boleh dapat. Orang PAS dan DAP juga boleh dapat, kata beliau.

Lucu sekali, mengapakah sehingga ini tiada orang PAS atau DAP yang dapat? Bahkan, mengapakah yang sering dapat , balik-balik segelintir orang yang dikenali sebagai kroni yang rapat dengan pemimpin utama UMNO sahaja?Fazrin Anwar mungkin berkelayakan. Tapi cuba Rafidah senaraikan orang dan syarikat yang punyai kelayakan yang serupa? Mengapakah beliau yang dipilih? Adakah kerana sebagai menantu Rafidah, kelayakannya menjadi lebih tinggi?

Banyak orang tahu bahawa penyasatan telah dibuat oleh Peguam Negara, di bawah Gani Patail. Satu kertas pertuduhan telah pun disiapkan untuk mendakwa Rafidah ke makhamah atas tuduhan melakukan rasuah. Rafidah dikatakan memberi saham kepada menantu dan juga membenarkannya menjual sebahagian dari saham tersebut.

Cili Api ingin tahu apakah yang telah berlaku kepada penyiasatan serta kertas pertuduhan tersebut? Apakah sebab Rafidah hendak diselamatkan? Adakah dengan perintah Dr. Mahathir? Mengapa? Banyak soalan yang mesti dijawab. Sepatutnya Rafidah sudah lama dibawa ke mahkamah

CILI API



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com