Assalamualaikum,
kalau diperhatikan diseluruh negeri Terengganu sejak dari dulu hingga sekarang
masalah dadahlah yang paling mencengkam dan menjadi nanah dalam masyarakat kita
di Terengganu ini.Cuba diperhatikan masalah ini dikampung2 Nelayan di Terengganu
seperti di Kuala Kemaman,Kuala Dungun,Seberang Pintasan,kijal,Kuala Besut dan
lain2 kaw. di Terengganu.Masalah ini seperti tiada kesudahan.
Berapa ramaikah lagi anak2 muda kita yang harus menjadi mangsa dalam masalah
ini? Rasanya ramai antara mereka ini yang mendapat penyakit AIDS dan HIV seperti
sudah terlalu biasa dan dekat dengan kita sekarang ini.Dulu Penyakit ini asing
bagi kita tapi sekarang sudah terbalik.
Mengapa ramai diantara anak2 muda kita mudah terpengaruh dengan dadah ini? dan
pada pandangan saya antara sebab2 yang memudahkan mereka terjebak ialah kerana
tiadanya aktiviti2 yang menjadi minat mereka selain tidak mempunyai hiburan
lain,mereka mencari hiburan dan keseronokan kerana tiada aktiviti lain dan
merasa kosong dalam hidup mereka.
Harapan saya agar Pihak Pemerintah PAS Negeri Terengganu sekarang memandang
BERAT akan masalah ini dan cubalah pelbagai cara untuk membersihkan negeri kita
dari masalah dadah ini.Sudah terbukti pelbagai cara yang digunakan oleh kerajaan
Barisan Nasional sebelum ini untuk menyelesaikan masalah ini tidak berhasil dan
seperti melepaskan batuk ditangga.
Ingin juga saya syorkan antara pandangan saya untuk menyelesaikan masalah ini
seperti mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada rakyat negeri Terengganu, para
pemimpin masyarakat turunlah menjenguk anak buah dikampung2 dan sediakanlah
tempat pemulihan secara sukarela dan bukan seperti Pemadam yang terbukti tidak
berjaya memulihkan para penagih ini.Biarlah pusat pemulihan itu secara sukarela
penagih boleh mendapat rawatan tanpa ditangkap.Banyakanlah aktiviti2 keislaman
untuk mengisi jiwa mereka yang kosong itu dan bimbinglah mereka ke arah
kebenaran dan cahaya keislaman.Saya percaya mereka juga ingin berubah dan
mengharap perhatian dari pihak yang berwajib.Balaslah jasa mereka kerana semasa
proses Pilihanraya sedang berlansung dulu merekalah antara yang bersemangat
membantu petugas2 Pas kerana mengharap perubahan akan berlaku pada negeri dan
diri mereka juga.
Megat terawih