Saya ingin memberi pandangan saya dalam topik ini yang saya rasa jawapan yang di beri oleh ahli panel tidak begitu jelas ataupun tidak di persoalkan sama sekali:
1. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa hak bersuara dan berkumpul di dalam sebuah negara yang berdemokratik perlu dipertahankan.Pihak kerajaan masa kini perlu memberi rakyat ruang bersuara.Saya berpendapat kerana ruang yang ada di sekat oleh kerajaan maka saluran alternatif seperti street demo, Internet dll menjadi pilihan bagi mengisikan kekosongan tersebut . Ini adalah satu reaksi spontan dan normal .
2. Saya juga bersetuju dengan pendapat bahawa street demo harus dijalankan dengan aman .Keganasan dan kerosakan harta benda awam tidak patut berlaku. Di zaman darurat dahulu, 'anasir-anasir subvesif' dituduh mengadakan demonstrasi ganas. Komunis tidak ada lagi , jadi persoalan ialah siapa yang menyebabkan street demontrasi menjadi ganas, dan siapakah anasir-anasir subversif sekarang? Renungkanlah.......
Petikan dari artikel Harakah: 'Kalau para reformasi ada tapi polis tidak ada, tidak jadi rusuhan. Kalau para reformasi ada dan polis ada, baru berlaku rusuhan.
3. Saya bersetuju dengan cadangan supaya disediakan satu tempat di mana rakyat diberi ruang untuk bersuara. Dengan adanya tempat sedemikian , rakyat dapat bersuara dengan sepuas-puas hati dan mereka tidak perlu tumpang ruang di TAR, Kg. Baru dll. Contohnya di United Kingdom ada tempat khusus di Hyde Park yang membolehkan sesiapa saja menyuarakan apa saja pendapat dengan aman dan bebas. Kelohan ahli perniaga dan kesesakan perjalanan lalu lintas tidak lagi menjadi isu sekiranya cadangan ini dilaksanakan.
4. Menyentuh persoalan samada demostrasi satu budaya orang melayu , saya bersetuju dengan pendapat bahawa umumnya orang melayu cintakan keamanan dan tidak suka berdemo.Tetapi sejarah melayu telah membuktikan bahawa bila orang melayu ditindas atau merasai dizalimi , orang melayu akan memberontak. Gerakan menentang Malayan Union , peristiwa 13hb Mei dll telah membuktikan bahawa orang melayu boleh dan mampu berdemonstrasi bila keadaan memaksa.
5. Mengenai persoalan samada demonstrasi membawa keburukan kepada negara, dan mereka yang berdemo itu dikira pengkhianat , saya ingin membawa para pembaca kepada sejarah tanah air:-
a. Penentang Malayan Union seperti Datok Onn, Pak Sako dan Ahmad Boestamam digelar anti pemerintah pada masa tersebut. Sekarang mereka digelar wira negara. Pelajar-pelajar yang berdemostrasi pada tahun 70-an , dikecam sebagai tidak bertanggungjawab. Kebanyakkan mereka yang dituduh tidak bertanggung jawab ini sekarang memegang jawatan-jawatan berpengaruh dalam kerajaan dan sektor koprat. Mereka sekarang digelar YAB ( Yang Amat Bertanggung jawab ). Adalah suatu yang menghairankan apabila ada di antara aktivis pelajar era 70-an yang memegang jawatan penting kini menentang hak rakyat untuk berdemonstrasi. Kenapa zaman mereka boleh tetapi sekarang tidak boleh? Mungkin semasa dahulu mereka ini tiada pangkat dan kepentingan peribadi yang hendak dijaga.
b. Sejarah juga telah membuktikan bahawa krisis orang melayu telah menyebabkan pertukaran dasar belaku dan pertukaran ini telah membantu negara kita untuk mencapai tahap pembangunan negara dan bangsa malaysia( bukan hanya bangsa melayu) yang lebih tinggi.. Penentangan terhadap Malayan Union telah membawa kepada tercapainya kemerdekaan dan memungkinkan tertubuhnya negara Perseketuan Malaysia, 13hb Mei telah menyebabkan kemunculan Dasar Ekonomi Baru dll.
Ini membuktikan bahawa :-
Perjuangan para reformasi berteraskan kepada keinginan mereka untuk negara kita mencapai satu tahap baru , iaitu satu negara yang bersih , cekap , amanah dan bermoral tinggi .Secara khusus, untuk menghapuskan rasuah, nepotisme, kronisme dalam pentadbiran kerajaan dan menegakkan sistem demokrasi yang menghormati konsep pengasingan kuasa di antara kehakiman dan eksekutif, hak asasi manusia dan kedaulatan sistem perundangan.
Ini sejajar dengan kematangan pemikiran rakyat yang telahpun mencapai tahap kematangan yang tinggi dan bersesuaian dengan visi kita untuk menjadi negara maju .
Bukankah ini yang diperjuangan oleh semua rakyat yang cintakan Malaysia ? Renungkanlah dan buat keputusan sendiri......... NEGARA KITA, TANGGUNG JAWAB KITA