Tafsiran Umat Melayu & Islam
Mahathir dan kuncu-kuncu politik tidak peduli apa akan jadi kepada nasib orang Melayu yang diperkudakannya. Ia tidak ada sebarang “patriotisma bangsa” kerana beliau telah siang menganggap diri bukan seorang berbangsa Melayu “Tulin”, dan “ugama Islam” kepadanya adalah penghalang kepada keinginann serakahnya.
Ia tidak akan kesal meninggalkan negara ini dan bermastautin dimana negara yang boleh memberi keselamatan kepada diri dan keluarganya. Ia tidak ada “patriotisma tanahair”. Dia sudah lama merancang untuk menetap di Agentina, kepulauan Carribean, di Afrika Selatan, di Hawai atau di mana-mana negara yang sanggup memberi beliau dan keluarga “suaka politik”.
Dia bukan Soekarno, Soeharto atau Marcos yang sanggup seperti “anak jantan” berhadapan dengan tindakan undang-undang rakyat jika ia digulingkan.
Mahathir lebih merupakan Shah Iran dan Mobutu Sese Seko – sanggup lari menyelamatkan diri sebagai orang pelarian, bermastautin dimana-mana jika berlaku peralihan kuasa Kerajaan. Mahathir adalah orang yang suntuk akal budi-bicara, hilang pertimbangan dan kewarasan berfikir seperti petualang dalam Regim Hitler yang hidup bermastautin di Argentina dengan nama dan wajah palsu!!
Tetapi rakyat di zaman alaf baru ini bukan sedungu yang difikirkan waktu beliau menulis “Delima Melayu”. Kini orang Melayu tidak lagi dalam “delima”. Puak “Demokrat UMNO” dan pejuang rakyat dalam Barisan Alternatif sudah lama merancang untuk menghambat Mahathir dan kuncu-kuncunya hingga ke lubanng cacing sekali pun. Mahathir sedang melihat proses penghukuman dari rakyat sedang berlaku keatas dirinya dan kuncu-kuncunya.
Kita sebagai rakyat masih lagi melihat gejala RASUAH, KEZALIMAN dan FITNAH puak kepimpinan UMNO – jangankan hendak diperbetulkan, sebaliknya makin diamalkan dan dipertingkatkan dengan gigih yang berganda.
Menanti Buah Tak Gugur
Rakyat tidak tahu mengapa regim ini tidak mengheret para menteri dan beberapa orang yang menjadi Kroni mereka yang dikenalpasti dan ada bokti sah “Menerima dan Memberi” RASUAH dan PENYELEWENGAN serta pelbagai bentuk JENAYAH Berat yang lain.
Berita terbaru mendedahkan UMNO Kedah (negeri datangnya Dr. Mahathir, Presiden UMNO & Perdana Menteri Malaysia) terjebak dengan isu menggelapkan wang. Wang itu adalah sogokan (mungkin dipaksakan) yang disumbangkan oleh korporat Kroni UMNO sendiri sebagai proses merasuah kepimpinan UMNO. Nilai yang diberitakan mencapai angka pulohan juta itu telah dikaut oleh beberapa orang yang menganggotai dan pemimpin UMNO. Mereka sekarang adalah anatara orang-orng yang bergelar “YANG BERHORMAT”.
Mereka mungkin digelar ‘Yang Berhormat’. Tetapi mereka tidak sekali-kali wajar diiktirf “Yang BERMARUAH”..!! Mereka lebih layak digelar saja “PENYAMUN, PENYANGAK, PEROMPAK dan PENGHAKIS hak rakyat…”!!
Rakyat Makin Sedar
Rakyat makin sedar bahawa kerajaan UMNO/BN yang memerentah tidak mempedulikan rungutan dan desakan rakyat. Mereka adalah kelompok peneraju kerajaan yang paling tidak sensitif keatas kemahuan rakyat. Itu makin ketara.
Soalnya, apakah ini sikap yang dilaungkan sebagai “Demokratik” oleh kerajaan Mahathir? Apakah kemenangan mereka dalam p/raya yang lalu (yakinkah kita UMNO/BN menang?), yang jelas telah merosot teruk-lumpuh; masih tidak dapat mengajar mereka supaya berjalan mengikut landasan yang betul?
Pada 25 Januari 2000, dipekarangan Mahkamah Tinggi, KL, kita menyaksikan bagaimana Hak Asasi rakyat dinafikan dengan sewenangnya oleh kerajaan yang berjanji dalam p/raya dulu akan berlaku adil dan saksama kepada rakyat.
Pada hari itu juga, kita berhadapaan dengan isu tuduhan FITNAH keatas DS Anwar (dibicarakan). Hematnya, isu ini telah menjadi sebab rakyat luntur keyakinan terhadap Regim ini.
Rakyat tahu, DS Anwar dituduh secara Fitnah dan dibicarakan secara paling tidak beretika dan paling buruk tanpa sebarang keadilan. Tidak pernah berlaku keadaan semacam ini dalam sejarah perundangan di negara ini.
Skima Agenda Mahathir
Rakyat juga tahu, inilah satu dari skima Dr. Mahathir (dengan bantuan kuncu-kucunya dalam Regim ini) untuk mengekalkan dirinya sebagai orang berkuasa di negara ini. Memang menafikan keadilan adalah agenda Mahathir untuk melanjut pegangannya keatas kuasa secar mutlak. Skim ini masih diteruskan oleh Abdullah Bedawi dengan menggunakan kuasa polis.
Rakyat melihat betapa mereka bermegah-megah kononnya berjaya menangkap 11 diantara ribuan rakyat yang berdemo disitu. Kononnya rakyat yang berdemo adalah prosak keamanan awam. Padahal yang berdemo itu adalah rakyat awam. Mereka berdemo kerana yang menuntut dan mahu supaya Demokrasi, Hak Asasi rakyat dan ketentaraman rakyat yang telah dirosakkan, dihakis-musnahkan oleh Regim ini.
Rakyat yang cintakan keamanan politik, sosial, perundangan dan ketelusan pentadbiran sebuah negara yang bertamaddun supaya diamalkan oleh regim ini. Rakyat menuntut supaya semua keperluan sebuah negara ditegakkan semula, walaupun ia memerlukan korban.
Penulis Eksklusif