Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Diolog Pelajar Sekolah dengan Ulama UMNO

ULA(r)MAK UMNO : BANYAK yang boleh dipertikaikan tentang dakwaan Pas bahawa orang yang memilih parti itu boleh masuk syurga. Ertinya hanya dengan memilih Pas sahaja satu-satunya peluang orang Islam masuk syurga.

Pelajar darjah satu Alternatif : Sebenarnya saudara salah faham. Masuk PAS merupakan satu daripada peluang-peluang yang ada yang membolehkan orang Islam mengikuti landasan yang membolehkan masuk syurga. UMNO pula terang-terangan menolak untuk menjadi landasan ke syurga dengan mengatakan ianya bukan berlandaskan Islam. Bukan ke begitu?.

ULA(r)MAK UMNO :Terang-terangan ini suatu penipuan. Tiap orang sebenarnya boleh berfikir dengan tenang dan merujuk semula akan hukum-hukum Islam. Parti Pas hanya ada di Malaysia. Kita bertanya kepada mereka: Adakah orang Malaysia sahaja yang boleh masuk syurga? Bagaimana orang lain, kerana di negara mereka tidak ada Pas?

Pelajar darjah satu Alternatif : Benar. Parti PAS hanya dimalaysia. Tapi parti yang berlandaskan al-quran dan sunnah juga ada di tempat/negara lain-lain, walaupun panggilan atau namanya mungkin berbeza kerana berlainan bahasa dan penerimaannya. Bukan ke Tuhan dah kata siapa yang mengikut apa yang disuruhnya saja yang diterima. Yang tak ikut dan tak terima yang disuruh TOUGH LUCK LE. Jelas PAS cuba (sedaya upaya) untuk mengikut apa yang disuruh Tuhan dan UMNO pula jelas menentang dan menolaknya. Upamanya untuk menjalankan hukum hudud UMNO dengan terang-terang menolaknya bahkan mengejek-ejek pula. UMNO juga boleh menjadi satu dari landasan/peluang masuk ke syurga kalau bertaubat dan kemudian berikrar mengikuti landasan yang TUHAN suruh kan begitu?.

ULA(r)MAK UMNO:Pas pun tidak menubuhkan partinya selain dari di Malaysia sahaja. Bagaimana orang di Mekah dan di Madinah hendak masuk syurga? Sedangkan Mekah negeri yang nabi dilahirkan dan Madinah negara Islam yang mula dibina oleh baginda? Orang di negara-negara lain pula semuanya masuk nerakalah, kerana di negara itu tiada Pas? Ini menunjukkan bahawa dakwaan Pas adalah karut belaka.

Pelajar darjah satu Alternatif:Pas tidak perlu ditubuhkan di negara lain kerana disana jugak ada orang Islam yang menubuhkan PARTI yang berlandaskan Islam walaupun panggilannya mungkin berlainan. Jadi cukup le tu. Sesiapa yang mengikut parti-parti tersebut, mereka akan berada dilandasan yang betul jugak iaitu landasan yang membolehkan mereka masuk ke syurga. Ini tidak bermakna PASTI/MESTI akan masuk syurga kerana TUHAN masih akan mengambil kira keikhlasan dan ibadah yang dilakukan oleh diri masing-masing. Bukan ke begitu?

ULA(r)MAK UMNO: Rakyat juga patut bertanya benarkah kalau pilih Pas semuanya masuk syurga? Adakah orang-orang bukan Islam yang memilih Pas juga masuk syurga? Ini suatu kenyataan yang tidak sahih dan tidak ada dalam pengajaran Islam.

Pelajar darjah satu Alternatif:Telah dikatakan diatas. Dengan mengikut kumpulan(baca PARTI/pertubuhan) yang berlandaskan Islam merupakan pintu pertama untuk laluan ke syurga. Ini tidak bererti orang orang yang bukan Islam juga akan berakhir kesyurga juga dengan mengikut pintu tersebut kerana ada ranjau lain yang perlu dilalui. Umpamanya samada dia sanggup bersaksi bahawa Tuhan itu sa dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya dan jika syarat ini sanggup diterima barulah dia akan dinilai dengan orang-orang yang sudah menerima. Bukan kah begitu?

ULA(r)MAK UMNO:Kalaulah Pas tubuhkan partinya di Rusia dan orang Rusia yang tidak ada agama itu pilih Pas, adakah masuk syurga? Kalau jawapan 'ya' bermakna orang yang tidak ada agama pun boleh masuk syurga kalau pilih Pas. Kalau begitu andaiannya tidaklah ada beza beragama dan orang tak beragama. Dan tak adalah beza antara satu agama dengan yang lain. Sedangkan dalam al-Quran jelas Allah mengatakan bahawa yang diterima hanyalah Islam (rujuk surah Al-Imran 85).Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad telah menyatakan bahawa orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga adalah orang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.

Pelajar darjah satu Alternatif: Kami rasa perkara ini sudah dijelaskan diatas dan saudara juga namapak faham apa yang TUHAN kehendakki iaitu hanya ISLAM. Tinggal lagi kami lihat UMNO jelas ingin menolak ketepi ISLAM. Jadi apakah tindakan bagi orang-orang yang takut akan siksaan TUHAN nanti. Sudah tentunya memilih kumpulan (baca PARTI/pertubuhan) yang terang-terang memilih ISLAM sebagai dasarnya. Bukan ke begitu?

ULA(r)MAK UMNO: Satu perkara yang patut diingat ialah perbezaan parti dan agama. Parti politik walau atas apa nama sekali pun, ia adalah bersifat sebagai pertubuhan. Ia bukan agama dan ia bukan akidah.

Kalau dikatakan bahawa parti itu agama maka semua yang dilakukan oleh parti itu adalah suruhan agama. Jika ahli-ahlinya yang tidak patuh maka berdosa ia.

Pelajar darjah satu Alternatif: Benar. Parti dan agama adalah berbeza. Tetapi dalam pada itu ada elemen-elemen didalamnya yang sama. Jika Saudara ada belajar matematik moden tentang set, mungkin saudara akan lebih faham apa yang saya maksudkan.

Parti memang bukan ugama. Tetapi mungkin menjadi ugama jika ia menjadi sebagai 'way of life' seperti yang terjadi kepada sesetengah pertubuhan. Penulis pernah terbaca satu iklan yang berbunyi " If football is your religion then this site (website) is your temple". bermakna pengiklan dapat melihat persamaan antara ugama dan hal-hal lain yang seumpamanya. Tinggal lagi jika pertubahan itu berlandaskan peraturan yang dilarang oleh TUHAN, rugilah orang-orang yang mengikutinya. Bukan ke begitu?

Dalam konteks PAS, ianya berdasarkan Islam dan jika pengikut PAS tidak lari dari landasan dasarnya iaitu ISLAM maka PAS akan menjadi seumpama ISLAM. Kita diarah mengikut suruhan parti tetapi jika suruhan itu berlawan dengan ISLAM adakah dituntut juga kita ikuti? Perbandingan masalah ini tidak banyak bezanya dengan suruhan ugama yang menyuruh kita mengikut arahan ibu-bapa. Kita disuruh ikut selagi tidak bercangah dengan syarak. Bukan ke begitu?

ULA(r)MAK UMNO:Misalnya kalau diadakan mesyuarat cawangan dan ada ahli yang tidak dapat hadir, adakah dia berdosa? Ini tidak benar, kerana hadir mesyuarat urusan dunia. Tidak ada nas mengatakan wajib hadir mesyuarat.

Atau satu contoh lain. Kalau parti syaratkan ahli mesti serban hitam atau putih, tiba-tiba ahlinya pakai songkok, adakah ahli itu berdosa kerana melanggar arahan parti? Ini tidak benar kerana tiada nas yang mengatakan berdosa pakai songkok.

Pelajar darjah satu Alternatif: Rasanya permasalah ini telah kami jawab di atas. tetapi jika masih tidak jelas mungkin kita akan terangkan lagi. Sebenar perbandingan masalah suruhan ini tidak banyak beza dengan masalah pemilihan mazhab-mazhab yang terdapat didalam Islam. Tidak ada peraturan dan arahan dari Allah yang mengatakan kita mesti mengikut salah satu dari mazhab yang ada bahkan berdasarkan hujah yang sama, tidak salah bagi seseorang yang ingin mengikut mana-mana bahkan mazhab Syiah sekalipun. Bukan ke begitu. Selagi mereka tidak lari dari landasan yang ditentukan oleh ALLAH.

ULA(r)MAK UMNO: Daripada contoh-contoh tadi jelas bahawa parti bukannya agama. Natijahnya, tidak batal akidah kalau tidak memilih suatu parti berlambang Islam atau memilih parti lain.

Pelajar darjah satu Alternatif: Memang tidak batal selagi tidak berlawanan dengan landasan ISLAM. Tetapi jika berlawan dengan landasan ISLAM apa kah pendapat saudara?

ULA(r)MAK UMNO:Satu lagi perkara yang selalu dikelirukan ialah pilih UMNO atau pilih Islam.

Ini adalah perangkap yang dipasang oleh orang-orang yang suka menyelewengkan akidah. Di dalam pilihan raya, yang bertanding adalah parti, bukannya agama. Misalnya parti UMNO, Pas, Keadilan dan sebagainya. Rakyat bukan disuruh pilih agama atau Islam. Pengundi hanya diminta pilih parti. Sekali lagi kita lihat bahawa yang bertanding bukanlah agama Islam tetapi parti.

Pelajar darjah satu Alternatif: Memang benar. Sekali pandang nampak mengelirukan. Tetapi jika dinilai dengan lebih mendalam kita akan dapati sebenarnya PAS dan ISLAM adalah sinonamus sedangkan UMNO dan ISLAM jelas berbeza kerana tidak berlandaskan ISLAM. Jadi mengunakan istilah PAS atau ISlam melawan UMNO akan mengambarkan pertentangan diantara dua kumpulan sahaja tidak tiga kerana PAS adalah ISLAM.

ULA(r)MAK UMNO: Mereka berdalih sama ada pengundi mahu Islam atau tidak. Sebenarnya apa yang diperjuangkan UMNO adalah sesungguhnya agama Islam.

Mereka beri kata dua kepada pengundi pilih UMNO atau dengan maksud bahawa UMNO itu tidak Islam. UMNO mereka katakan tidak memperjuangkan Islam.

Tuduhan itu adalah semata-mata fitnah yang tidak berasas sama sekali. Pada hakikatnya UMNO sejak ditubuhkan lagi telahpun memperjuangkan Islam.

Pelajar darjah satu Alternatif: Memang kita tidak dapat nafikan UMNO ada memperjuangkan sebahagian dari nilai-nilai yang terdapat di dalam Islam. Tetapi nilai-nilai ini merupakan nilai universal yang juga terdapat didalam ugama ugama lain didunia. Tetapi dengan menolak sebahagian lagi dari tuntutan ugama Islam seperti menolak hudud, secara automatik UMNO terkeluar dari kumpulan yang memperjuangkan ISLAM secara TOTAL. Berbezakah UMNO dengan pertubuhan-pertubahan lain yang meperjuangkan nilai-nilai ugama yang universal tetapi tidak menerima Allah dan rasulnya ? Apa pendapat saudara?

ULA(r)MAK UMNO: UMNO sebagai tonggak dalam kerajaan telah merancang dan melaksanakan berbagai projek membangunkan Islam di negara ini. Ia bermula daripada bidang pendidikan sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi.

UMNO juga melalui kerajaan mengislamkan berbagai sektor seperti perbankan, pentadbiran dan juga bidang ekonomi yang lain.

Rakyat boleh bertanya semula kepada mereka: 'Apakah membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf ekonomi bukan tuntutan Islam? Sedangkan al-Quran menyatakan, siapa yang tidak hiraukan fakir miskin dianggap pendusta agama.

Pelajar darjah satu Alternatif: Ini hnaya sebahagian dari tuntutan ugama yang bersifat universal. Benar UMNO ada cuba memperjuangkan ini. Tetapi ini tidak mencukupi untuk mengatakan UMNO memperjuangkan ISLAM secara TOTAL.

ULA(r)MAK UMNO: Apakah memberi minum orang ramai dengan membuat empangan air itu tidak dituntut dalam Islam? Sedangkan Rasulullah memberi minum anjing yang kehausan pun dapat masuk syurga.

Pelajar darjah satu Alternatif: Benar baik. Tetapi jika membuat empangan dengan mengkorban kehidupan orang-orang miskin ditempat empangan yang hendak dibina dan disebalik itu tunjuan sebenarnya adalah untuk memberi keuntungan kepada sebilangan orang yang sudah kaya raya adakah ini tuntutan ugama? Tidak kah ini bertentangan dengan kehendak Islam.

ULA(r)MAK UMNO: Apakah membuat lebuh raya memudahkan perjalanan itu dituntut oleh Islam? Sedangkan membuang duri di jalan pun dapat pahala.

Pelajar darjah satu Alternatif: Benar baik jika tidak menjadikan orang miskin terbiar. Rakyat umum tidak sanggup menggunakannya kerana terlalu mahal yang akhirnya kemudahan itu bukan untuk rakyat jelata tetapi untuk kepentingan dan keuntunggan orang-orang yang sudah kaya raya. Bagus ke ini?

ULA(r)MAK UMNO:Apakah mengawal keselamatan rakyat daripada segala bencana itu tidak dituntut di dalam Islam?

Pelajar darjah satu Alternatif: Dituntut. Tetapi ini merupakan tuntutan yang universal dan ini tidak bermakna sudah cukup Islamnya.

ULA(r)MAK UMNO: Apakah mendirikan beribu-ribu masjid dan surau untuk kemudahan beribadat itu tidak disuruh oleh Islam?

Pelajar darjah satu Alternatif: Dituntut mendirikan masjid dan surau tetapi bukan dengan pembasiran. Pengunaan duit rakyat untuk kepentingan dan keuntungan puak-puak yang sudah kaya raya. Mungkin saudara pernah dengar yang rasullulah pernah membakar sebuah mesjid cantik yang dibena tetapi dengan tujuan yang tidak benar.

ULA(r)MAK UMNO:Apakah mencegah jenayah dan maksiat itu tidak dituntut oleh Islam?

Pelajar darjah satu Alternatif: Ini adalah tuntutan universal dan belum lagi boleh dikatakan ISLAM secara TOTAL jika pada masa yang sama perjudian, pelacuran, arak dan lain-lain perbuatan yang dilarang dibiarkan atau digalakan adakah itu baik? Boleh ke bercampur haram dengan yang halal kemudian dikatakan memperjuangkan Islam? apa kah pendapat saudara?

ULA(r)MAK UMNO: Kesemua bukti apa yang dijalankan oleh kerajaan itu tidak dapat dinafikan.

Kesimpulannya, akidah tidak boleh disamakan dengan parti. Parti politik itu pula bukannya agama. Agama Islam memang diperjuangkan oleh parti seperti apa yang telah dilakukan oleh UMNO. Ini bererti memilih UMNO adalah memilih parti yang memperjuangkan Islam, kerana buktinya telah ada di depan mata. - KAMALUDIN ZIN, Hulu Klang, Selangor.

Pelajar darjah satu Alternatif: Kesimpulan kita mungkin berbeza. tetapi apakah pendapat saudara/i sekelian yang membaca perbincangan ini?



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com