Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MUNGKIN ITU DOA IKAN-IKAN SE LAUTAN …!!”

Seorang Pengerusi Bahagian UMNO di Negeri Sembilan berkata di satu mesyuarat ‘pre-meeting’ tertutop, berkata (dalam loghat Kuala Pilah), “Mahadey nih macam oghang botikam dalam golap. Malang-e sabolom dio sompek monikam, lawan dah nikam dio-e dulu. Moghaung lah sensoghang..heheh..!” (bermaksud: Mahathir ni umpama orang bertikam dalam gelap. Malangnya, sebelum dia sempat menikam, lawan dah tikam dulu. Meraunglah sorang-sorang..heheh..!!)

Andaian beliau itu memang sangat releven dalam konteks pergelutan Mahathir-Ku Li sekarang. Ku Li sudah mendapat sokongan pencalunan lebih dari 75 Bahagian. Itu yang dapat dikesan. Yang masih berdiam diri ditaksir melebihi 100.

Dengan ini, keputusan MKT dengan sendirinya akan termansuh dan UMNO perlu mengistiharkan jawatan Presiden WAJIB dipertandingkan!! Itu satu keputusan selaras dengan perlembagaan dan peraturan yang terpakai oleh UMNO waktu ini.

Apa Mahathir mau cakap sekarang? Keadaan sudah makin meruncing. Dr. Mahathir mungkin merasa bahawa keputusan itu wajar dilihat sebagai satu ‘pukulan’ kepada dirinya. Dalam keadaan biasa, ia wajar menerima seperti “anak jantan”. Tetapi, Mahathir acapkali mencari helah dan daleh supaya sesuatu yang bertentang dengan kemahuannya akan diakhiri dengan “kekacauan” hingga menyebabkan pihak lawan akan kecundang. Itu cara Mahathir – “My Way”, katanya..!!

“MY WAY” mungkin sah diperlakukan sebelum DS Anwar dilucutkan, kerana Anwar adalah seorang ahli politik yang punya karisma yang tinggi dan kewibawaan yang terserlah. Semasa beliau belum dipecat, sejak 16 tahu beliau bersama-sama Dr. Mahathir dalam UMNO (tidak termasuk tempoh dalam penjara); Anwar adalah tempat orang-orang UMNO bertenggek dan meminta nasihat, termasuklah Dr. Mahathir sendiri.

Mahathir wajar mengingati perihal beliau pernah tersepit oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987/88 dan beberapa tahun kemudian. Anwar adalah orang yang bertungkus lumus me”mobilise”kan segala ketumbukan (Pemuda, WANITA dan UMNO tunjang) menyokong Dr. Mahathir. Hari ini, Anwar sudah tidak ada lagi.

Banyak orang bersetuju, di mesyuarat Bahagian tersebut – Mahathir umpama Sultan Mansur Shah yang kesal kerana Laksemana Tun Tuah dibunuh baginda. Kemudian Hang Jebat memberontak menegakkan keadilan dan menyanggah kezaliman. Kata baginda menunjukkan rasa kesal ..”Kalau lah TUAH masih ada…!!”

Mungkin sekarang si “Tuah” yang di simpan di Sg. Buloh (bukan Ulu Melaka) tidak mungkin semudah itu memaafkan beliau. Kerana, si “Tuah” itu pernah berkata, “Saya boleh maafkan, tetapi rakyat mempunyai pendirian sendiri. Saya adalah sebahagian dari rakyat…!!”.

Nampaknya sejarah mencorak sendiri bersama takdir – silih berganti. Mungkin Mahathir kenalah akur dengan kehendak takdir.

Umpama orang yang memanggang ikan diatas bara; kini tangan Mahathir sendiri sudah dijilat api!! Mungkin satu badan akan terbakar.

“Nah salahkan siapa? Mungkin itu doa ikan-ikan se lautan …!!” kata Ketua Bahagian itu sewaktu menangguhkan mesyuarat tertutop pada hari itu!! Semua orang gelak berdekah-dekah!! Tetapi keputusan mesyuarat tidak memihak kepada Dr. Mahathir jua!!

Mungkinkah “tiada maaf lagi bagi mu…?”

Pelapor Tua



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com