Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

HANCUR SUDAH HARAPAN ABDULLAH AHMAD BEDAWI

Berita AFP, bertarikh 29 Januari 2000, bertajuk “Rumour mongers out to destroy Malaysian economy: Deputy PM” menyelitkan kenyataan Abdullah Ahmad Bedawi, TPM berbunyi:

"It is not a problem ... whether I or Daim speak to him. The premier is on a holiday," he (Abdullah Bedawi) said.

Kenyataan Abdullah berabau marah, kecewa dan geram; mengimbaskan betapa menyengat hati Abdullah setelah dicuit oleh LIM Kit Siang, sebagai berkata:

“….. that he (Abdullah) failed to keep in touch with Mahathir all the time compared with Finance Minister Daim Zainuddin. Daim's intervention "raised a very big question as to Abdullah's real influence with Mahathir. The total cut-off between Mahathir and Abdullah while Mahathir kept in touch with Daim all the time does not augur a healthy relationship at the top of the UMNO (the ruling United Malays National Organisation) and government leadership."

Tersinggung Hati Bukan Kepalang :

Abdullah Bedawi patut sangat tersinggung hati dengan karenah Mahathir (bukan terhadap Lim Kit Siang) kerana tidak mempedulikannya selama tempoh beliau bercuti diluar negeri.

Abdullah tahu Mahathir lebih kerap berhubung dengan Daem, walaupun dirinya adalah TPM. Lebih-lebih lagi, Mahathir sendiri telah menghebah dan menyatakan terang-terang kepada seluruh rakyat (dan dunia) bahawa beliau (Abdullah) adalah bakal pengganti Mahathir.

Mahathir sebagai “Mahathir”; perkara mengenepikan sesiapa adalah perkara biasa baginya. Mahathir tidak merasa apa-apa kerana beliau manusia yang TIDAK ada perasaan. Cuma kalau dirinya rasa semacam diketepikan, dia akan meletop memberang-menyinga!!

Abdullah adalah orang ke empat sebagai TPM sejak Mahathir jadi PM. Nampaknya Abdullah akan terus harap-harp. Mahathir masih bersikap sama.

Bahana Kita Buatkan Orang

Tetapi, Abdullah tidak wajar “kecil hati”, kerana apa juga kekecewaan yang dirasanya tidak sepedih apa yang ditanggung oleh DS Anwar. Ibarat langit dengan bumi. Tak sampai sebesar debu!!

Abdullah wajar merasa sedikit sebanyak “tempias” perbuatan Mahathir terhadapnya. Kerana, selama ini Abdullah adalah salah seorang yang begitu berdegil mahukan DS Anwar dipenjarakan selama hidup. Sebagai Menteri KDN, Abdullah tidak langsung merasa belas kasihan terhadap Anwar dan keluarganya.

Berita layanan buruk Anwar dipenjara, keracunan Anwar dan seksa keluarga beliau untuk bertemu di penjara, telah menjadi buah mulut rakyat. Namun Abdullah berdaleh 1000 bahasa menafikan dengan berkata bahawa “Anwar tinggal dipenjara seluas condominium mewah, dengan makanan sepadan hotel 5 bintang, lengakap dengan akhbar harian dan berhubung dengan keluarga tanpa sebarang sekatan….bla…bla…!!”

Rakyat yang berdemo aman di Masjid Negara masih belum sembuh luka dikepala, atau tulang rusuk serasa bagai nak patah dipelengkung oleh FRU atas arahan Abdullah, tiada yang lain dari Abdullah yang seorang ini.

Kan boleh kita mencarut 100 kali mendengar pembohongan Abdullah sebegitu menjijikkan, guna membela diri. Kononnya, dengan berbuat begitu Mahathir akan memperakukan bahawa Abdullah “sebendul-bendul” manusia sesuai dijadikan bakal PM..!!

Bila DS Anwar diberitakan diracun dalam tahanan, Abdullah begitu pantas membuat kenyataan akhbar sebagai menafikan dengan berkata, “Mustahil..!!”. Dia ingat orang boleh lupa apa yang dia kata. Tapi di zaman IT ini, semua LamanWeb ada ‘archives’…!!

Itulah contoh zuriat seorang ulamak terkenal!! Memang tak disangka-sangka semudah itu beliau melupakan siapa dirinya sebenar.

Gelodak Naluri Tak Terbendung

Segala-galanya bersebab dari “Keinginan, hasrat dan desakan naluri Dollah yang tidak terbendung lagi untuk menarik kepercayaan Mahathir supaya meyakini beliau sebagai “Orang TERKANAN” dan yang paling taat kepada Mahathir. Dia akan menunjukkan kepada sesiapa bahawa beliau adalah calun paling sesuai sebagai PM selepas Mahathir.

Bila Dollah sudah termakan ‘umpan’, Mahathir sebagai “Mahathir” telah mula menarih pancing yang sudah melekat ke engsang Dollah. Maka tertanjullah Dollah dengan pengumuman Mahathir bahawa Abdullah ada bakal pengganti beliau!!

Abdullah menyangka pancingnya sudah mengena!! Waduh…kepalang suka hati didalam bagai ‘gendang perang’…!! Ketawa kecil terpancar dibibir.Senyuman tidak terkira, walau ramai yang mengingatkan Dollah supaya “Jaga-jaga jangan Terkena DURI..!”

Hari ini baru tersebar khabar bahawa Abdullah umpama “Jerat sial” bagi Mahathir. Kalau suka, dijenguk. Kalau tak ada yang diharap, dibiarkan tinggal…!! Dollah umpama perkakas saja – katalah begitu!!

Mahathir pasti akan berurusan dengan Daem. Kerana, kepetingan Mahathir selari dengan Daem. Jika Daem “main dibelakang tabir” tanpa pengetahuan Mahathir, yang akan terpuruk adalah Mahathir sendiri. Mahathir memang tau kelicikan Daem. Jadi, Mahathir lebih yakin fengan apa jua perancangan Daem. Tambahan pula Daem adalah sebenar-benar orang yang bakal menggantikan Mahathir (dalam benak-limpa hati kecil Mahathir) sekiranya ia (Mahathir) mati secara tiba-tiba. Dollah akan melopong.

Sudah Kunci Ketat-ketat

Mahathir sudah “mengunci ketat-keta” mulut MKT suapaya merestui Daem sebagai PM. Orang-orang seperti berkepentingan seperti Rafidah, Rais Yatim, Isa Samad – selain dari mereka yang berkepentingan dan punya fail “Sulit” (yang bila-bila masa membolehkan mereka diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah); pasti akan dipadan dengan pelbagai “ugutan” sekiranya membantah arahan/kemahuan Mahathir-Daem.

Abdullah memang terlalu “naïve” dalam perkara “ugut-mengugut” ini. Itu bukan akal-budinya. Dia terlalu “bendul”, kata anak muda sekarang!!

Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan bahawa Abdullah menunggu masa akan dugugurkan dari jawatan TPM oleh Mahathir. Tetapi, kemungkinan besar, Mahathir sedang merancang supaya jawatan Timbalan Presiden UMNO akan dipertandingkan sebagai jalan tengah Mahathir memperlihatkan kepada umum usaha beliau (Mahathir) mendemokratikkan parti itu.

Namun, Mahathir akan menggunakan pengaruh “politik wang” dan janji “manis-madu” yang akan diperbantu oleh “protégé” beliau (Daem Zainuddin) supaya semua kepimpinan UMNO akan bersetuju sebulat suara “Jawatan Presiden tidak di pertandingkan”.

Ukuran Kain Sesengkat mana ?

Rasanya, setakat ini, Abaullah Ahmnad Bedawi, TMPM lantikan Mahathir Mohammad (yang berkuasa mutlak dalam parti dan kerajaan) – sudah merasa ‘panjang/sengkat’ kain sarong yang jadi basahan hariannya.

Apakah Abaullah Ahmnad Bedawi orang yang KEEMPAT menjadi Timbalan Perdana Menteri DAN bukan orang sebenar menggantikan Mahathir sebagai PM?

Mahathir membuat penilaian tiap-tiap patah percakapan Abdullah!!

(Prof Madya) Hasnol Abadi
– IPT, Bangi.
29 Januari, 2000



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com