Penipuan bekas pemimpin kedua UMNO. Penipuan ini juga berlaku ke atas sanusi Junid mulai tahun 1961 apabila beliau di tingkatan lima Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun itulah Sanusi Junid diperkenalkan dengan seorang pelajar di tingkatan bawah untuk menyelamatkan beliau dari murid-murid yang lebih tua yang agak rakus dan kurang bermoral. Dia selaku Setiausaha Badan Agama, yang mana beliau telah tukar namanya kepada Badan Revolusi Agama, telah diminta oleh guru agama mereka, Allahyarham Ustaz Ghazali, untuk menjaganya.
Beliau telah serahkan kepimpinan Badan Revolusi Ugama (BRU) kepada seorang rakan lain, Ungku Hashim (adik bekas ahli Parlimen Ungku Mohsein) dengan nasihat untuk menyerahkan kepimpinan BRU kepada Anwar apabila beliau sudah lebih dewasa. Kemudiannya beliau selaku seorang eksekutif Bank, membantu kegiatan Anwar di Universiti selaku penasihat kewangan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia. Bantuan yang diberikan ialah dari segi kewangan untuk menjayakan sekolah dan percetakan milik beliau dan David. Disamping itu melibatkan Anwar dalam membangun koperasi.
Kemudian dengan bantuan pertubuhan belia yang Sanusi pimpin, beliau dinaikkan tahap dalam pertubuhan belia nasional. Sanusi dan kawan-kawannya dalam pertubuhan belia dan pergerakan Pemuda UMNO, turut membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda.
Menegur, menasihati dan mengkritik Anwar apabila terkesan penyelewengan.
Tetapi beliau tidak suka ditegur. Beliau menjadi tamak dan lalai kerana kekayaan. Beliau menjadi sombong kerana berpengaruh. Beliau menjadi bernafsu, rakus dan kejam kerana berkuasa. Beliau mengelak kawan-kawan yang berani menegurnya seperti Sdr. Ibrahim Ali dari Pasir Mas dan Ustaz Osman Bakar dari Kampong Gajah. Beliau lupa kepada yang berbudi padanya. Beliau khianati agama yang menjadi pakaiannya. Beliau mendurhakai bangsa yang mengangkatnya. Wajah, gaya dan kekayaan menjadi modal untuk melayan nafsunya.
Beliau adalah insan munafik terulung di alaf kedua yang tidak seharusnya menjadi idola generasi muda.
UMNO mempunyai lebih 2.7 juta ahli dan tidak mungkin UMNO kalah di waktu mana jua di dalam pilihanraya kecuali jika ahli-ahli UMNO gagal berkempen di kalangan keluarga ahli-ahli sendiri. Apa yang jelas ialah wujudnya kebebasan dan keberanian bersuara didalam UMNO sekarang ini. Tidak lagi di dalam UMNO ahli-ahlinya bersuara untuk menawan hati sesiapa dan tidak lagi ahli-ahli UMNO berbicara didalam UMNO dengan rasa takut menyinggung sesiapa.
Semangat UMNO sudah kembali kepada asalnya.
Jika ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat berani belaka, tetapi kurang maklumat, maka ada tempat yang boleh memberi maklumat kepada mereka.
Jika pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai banyak maklumat tetapi kurang keberanian untuk mendedah dan berhujah dengan musuh bangsa, maka tidak ada sekolah yang boleh mengajar mereka sehingga yang penakut bolehjadi berani. Untuk berani ahli-ahli UMNO perlu ada sebab; perlu marah untuk berani. Oleh kerana ahli-ahli UMNO tertipu maka mereka marah. Apabila ahli-ahli UMNO marah maka mereka mempunyai sebab untuk berani.
Tetapi, jika ahli-ahli UMNO tidak merasa tertipu, kerana yang ditipu itu sesuatu yang mereka tidak sayang; maka penipuan itu tidak akan menimbul kemarahan.
Oleh itu perlu ada yang ahli-ahli sayang yang terancam oleh penipuan itu. Ahli-ahli UMNO semua sayang kepada Bangsa, Agama dan Tanahair. Sebenarnya yang disayangi itu sekarang ini sedang terancam. Dan bangsa Melayu dari masa ke semasa diancam oleh agen-agen luar untuk memecahkannya.
dOLOh_B