Artikel ini ditulis dari bilik penyilidikan tv3. Walau pun pihak
"Penerbit" sedar yang ia nya tak ubah seperti "menyiram air didaun
keladi", ia nya tetap disiarkan, dengan harapan kepala OTAK BONGGOL ahli
Pertubuhan Kebangsatan Melayu Berkecai (PKMB) masih ada ruang, walau sebesar
hujung mata jarum, untuk menerima DAN seterusnya "register" dan
berfikir. Jangan bertindak balas lagi. Kerana itu diluar keupayaan engkau orang
sekelian. Kami faham yang engkau orang bertaraf MORON. Jadi pelan
pelan.....bawak bertenang.......fikir dulu!
Ingat tak engkau orang yang perlembagaan PKMB baru diubah? Bahawa untuk
pencalunan Presiden, mesti mendapat sekurang kurangnya 30% pencalunan dari
Bahagian? Ingat tak dulu ada undi bonos (10)? Apabila ini "makan
tuan", ia nya dipinda? Makna nya, untuk berentap dengan Fir'aun, lawannya
mesti mendapat sekurang kurangnya (lebih kurang) 52 pencalunan. Tentu engkau
orang tahu, duduk dibawah cengkaman Fir'aun ini bukan lah satu yang mudah.
Mengapa? Sebab hanya segelintir sahaja ketua bahagian PKMB yang tidak
"berkepentingan". (Seperti artikel terdahulu, berkepentingan bermaksud
sama ada, 1- bergelumangan TAIK, atau, 2- jaga tempolok). Majority besar
(80-90%) Ketua Bahagian terbahagi kepada salah satu dari gulungan yang 2 ini,
atau pun kedua dua nya sekali. Mereka sangat "vulnerable". Mudah
diugut atau digula gulakan. "Bahagian engkau, pencalonan, Ketua...Fir'aun.
No 2 Dolah B. Kalau tidak?....". Begitu lah kaedah nya untuk memendekkan
cerita.
Ini satu kenyataan! Ini SEDANG giat dijalankan, sama ada oleh Fir'aun sendiri,
Dolah B, Khalil Accob atau Ketua Perhubungan Negeri. Jangan sesiapa cuba untuk
menidakkan hakikat ini!
Kalau ini tidak cukup KEJI, bayangkan. Sudah ada satu perancangan kontigensi.
Katakan lawan (tak kira siapa lah...)......katakan Ibrahim al-Kataki mendapat 58
pencalunan melawan Fir'aun. Percayalah, 7 pencalunan akan tidak dikira diatas
sebab sebab teknikal! Tinggal 51. Tak cukup. Tak ada
pertandingan......"Yea yea....."AKU" menang lagi!!!!!"
Inikah sistem yang masih diperjuangkan? Tak perlu menyandang PhD Sains Politik.
Atau seorang yang bertaraf genius. Hanya sebagai manusia yang sederhana
pembelajaran, seperti kami di tv3 yang tak pernah seumur hidup menjadi ahli mana
mana parti politik, pun boleh melihat. Fikirkan....SEBAGAI SEORANG AHLI YANG
MEMBAYAR YURAN TAHUNAN, TIDAK KAH SECARA OTOMATIS MEMPUNYAI BEBERAPA HAK? TIDAK
KAH HAK YANG PALING ASAS IALAH UNTUK MENCALUN, MEMILIH, HATTA, MAHUPUN BERTANDING
UNTUK JAWATAN TERTINGGI? Menjaga perpaduan? Mengapa tidak perpaduan dijaga dan
dibelai oleh ketua yang TERPILIH secara mengikut perlembagaan? Dari sudut lain.
Kalau hak yang asas pun tak ada, mengapa tidak pinda lagi perlembagaan, kepada,
"SELAGI MATAHARI TERBIT DARI TIMUR, JAWATAN PRESIDEN TIDAK BOLEH
DITANDINGI....(walaupun Fir'aun dah duduk diKeralaa)" (kah kah kah...)
"Afalaa ya tafakkaruun......." (Apakah engkau TIDAK BERFIKIR?)
dari WebANTU
Cerita ini rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup, yang 'hampir mati akibat jatuh' atau yang dah mati.