Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

PERTEMUAN DI GENTING HIGHLAND - AKAN MARAK API PERANG !

Dalam satu pertemuan rahsia, seorang orang terhampir kepada Mahathir memberi nasihat beramaran keada beliau (Mahathir). Katanya, Ku Li sudah jauh advance dalam pergelutan untuk menyingkirkan beliau dengan startegi yang telah mantap digerakkan dan terlaksana rapi.

Katanya, jika Mahathir masih lagi berkhayal dengan anggapan dirinya masih teguh dalam jawatan Presiden, maka itu adalah jalan termudah Ku Li akan menumbangkan beliau melalui satu asakan paling kejam dan mengaibkan ie: UNDI TAK PECAYA DI PERHIMPUNAN MEI..!!

Mahathir terperanjat bila satu sedutan tape mesyuarat rahsia di Genting Highland diperdegarkan kepada Mahathir. Mohd Rahmat yang ikut sama berkata, dia bukan tak tau, tetapi memikirkan Sabaruddin Chik menegah beliau jangan bagi tahu, maka Mohd Rahmat tak jadi kemukakan.

Penasihat Mahathir itu adalah seorang korporat terkenal dikalangan Melayu juga. Dia sudah lama diintip kerana beliaulah yang menyebabkan Terengganu jatuh ketangan Pas. Mahathir tanya, apa Option?

Jawapan terbaik ialah sekat Politik wang dan sekat Fitnah melalui etika. Kemudian pastikan bahawa Pertandingan tak boleh diadakan.

Mahathir menjawab, itulah jalan termudah Ku Li nak tubangkan dia. Ku Li sengaja mencari helah tak mau dilantik sebagai menteri atas 2 seba: 1) mendapat simpati rakyat dan pemimpin UMNO dan menunjukkan Mahathir adalah tidak mengenang budi &ZALIM,

2) MEMBOLEHkan dia bergerak bebas kemana-mana. Tetapi, dia boleh bertemu dan bermesyuarat secara sulit dan tertutop dgn anggota Bahagian dengan restu beberapa olrang MB dan Bekas Menteri yg berpengaruh (Wan Mokhtar, Sanusi Joned, Mutapha Mohd. Dll).

Mahathir mengarahkan beberapa orang gunakan wang (puluhan juta) untuk menyumbat mulut bakal perwakilan. Tetapi mereka kata, mungkin bulan Mei mereka sendiri belum tahu. Sementara itu, urusan Ku Li sudah sampai ketahap paling baik dan cerah.

Setelah pulang dari cuti, Mahathir telah mengambil semua MB dan beberapa penasihatnya (tidak termasuk Ku Li) datang dan bagi briefing terkini. Mereka diminta bercakap yang buruk bukan yang baik2 seperti dulu. Dan terbongkar kesah dari Mohd Rahmat sendiri bahawa sekarang 67 bahagian sudah sedia mencalunkan Ku Li. Bermakna tuntutan demokratik sudah mula menekan dan menafikan kuasa terhad MKT dlm pekra pencalunan Presiden & Timb.

Setelah 12 jam messyuarat maka Daim telah menasihatkan Mahathir: Tidak ada jalan lagi selain dari Mahathir declare defeat kpd Ku Li atau bertentangan dengan Ku Li. Tapi Mahathir marah memberang-berang. Seorang bekas MB menjawab, tak ada pilihan lain, Mahathir mesti memulakan 180 degree turn. Keputusan memusnah karier politik Anwar harus dikaji jika Mahathir mau selamat. ANWAR MESTI DIKELUARKAN, DIBEBASKAN dengan satu cara yang paling licin dan tidak menjejaskan nama baik @ kewibawaan Mahathir sendiri.

Pesanan dibuat untuk bertemu dengan Anwar dipenjara. Wan Azizah tidak akan diberi tahu. Hingga hari ini Mahathir masih menimbangkan perkara itu. Tetapi asakan dari kuncu-kuncu Mahathir menasihatkan bahawa “masa berjalan pantas. Kes Anwar akan menambahkan Mahathir sendiri luka parah. Dan ku Li akan terusmenerus capitalise kelemahan Mahathir yang makin memburuk!!

Nampaknya Anwar adalah KING MAKER!! Tetapi tempoh 3 bulan terlalu sengkat bagi Mahathir mencari alternatif selain dari barisan Alternatif.

Ada desas desus menduga, kemungkinan Anwar sudah mendapat sokongan Ku Li untuk menumbangkan Mahathir dengan janji akan bergabung membawa UMNO bersatu dengan komponen Barisan Alternatif. PAS juga akan dipujuk supaya merapatkan perpaduan Melayu. Ini memandangkan bahawa dalam UMNO hampir 80% adalah penyokong Anwar. Dengan itu mungkin PAS juga akan tertarik join hands dalam Kerajaan. DAP tidak mengetahui secara terbuka, tetapi Lim Kit Siang sanggup bersama BA dengan syarat MCA hendaklah bukan jadi parti tunjang Cina.

Keadaan ini sedang dikaji dalam-dalam oleh semua pihak sedang melihat bahawa Mahathir memang sudah tersepit. Abdullah Bedawi dan Rais Yatim, Daim, Rafidah dan beberapa orang lain pilihan Anwar akan dihapuskan dari Kabinet Baru (atas restu UMNO/Ku Li), Ku Li sanggop jadi TPM dengan syarat Anwar jadi PM.

Rancangan ini nampaknya, Mahathir kalah lagi. Ku Li lebih awal main kayu tiga….

w. hamzah



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com