Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Siapakah empunya Majalah Gosip ?

Maka terbitlah Majalah Gosip edisi 15 Feb, 2000 (Bil 1) berharga RM5. Pada keluarannya yang pertama ini, tokoh yang dipilih menghiasi front cover ialah Dolah Badawi dengan senyum lebar, di sebelah kiri dalam kotak kecil ialah gambar Ku Li yang bertajuk Ku Li gelecoh rel, sedangkan tulisan merah huruf besar di sebelah berbunyi PAK LAH BAKAL PM.

Oleh kerana Majalah itu telah dikirim Pos kepada Ketua Pemuda Bahagian/AJK Bahagian dan MKT serta Pak Menteri, maka jelaslah Majalah tersebut diterbitkan untuk menangguk peluang ketika berlakunya pergolakan dalam UMNO sekarang ini sehingga pemilihan akan datang.

Saya tidaklah membaca artikel tersebut kerana saya menganggap majalah itu merupakan sebuah majalah yang tiada kualiti dan hanya layak dibaca oleh orang UMNO (bukan niat membanggakan diri - maaf), tetapi mengenali dari citer-citer orang UMNO sendiri bahawa Majalah itu dimiliki oleh Zahari Affandi dan pasukannya.. saya belum mahu ulas siapakah di belakang beliau, kerana orang UMNO ni memang kenal sangat siapa Zahari Affandi, menerusi syarikat penerbitan Citra Publisihing Sdn Bhd, Jelatek Business Park, Setiawangsa KL.

Dari keseluruhan citer majalah tersebut, awal-awal lagi dah nampak senget ke sebelah.

Nampaknya, majalah ini tak lepas dari terus menghentam PAS di Terengganu. Saya ni bukanlah apa, cuma nak bagi pesan kat Sdr Zahari ni, kalau majalah tu dibuat kerana nak ambil peluang pemilihan UMNO ni, tak payahlah jadi kaki fitnah macam TV3 suku tu. Tak payahlah nak hentam PAS sedangkan orang UMNO pun tahu yang citer-citer tu tak benar belaka!

Tunggulah sejauh mana Majalah Gosip ni boleh bertahan..

Dahlia



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com