Ramai antara kita tidak akan lupa hari-hari akan berlagsungnya Pilihnraya ke-10 baru-baru ini. Tiba-tiba bertaburan ribuan nahkhah akhabr HARAKAH dimerata tempat. Diagih-agih percuma. Ramai yang baca dan ramai yang tidak. Yang menjadi perdebatan ialah tentang kandungannya yang semacam “goal-keeper” tendang bola ke gol sendiri.
Terjadi satu pertelingkahan antara seorang ahli PAS dengan seorang penyokong UMNO di sebuah warong. Puncanya disebabkan tuduhan orang UMNO yang tidak yakin dengan karenah Datok Prof. Harun Din (konon) mengulas sesuatu dalam “HARAKAH” edaran percuma itu. Ahli PAS itu berkata, Datok Prof. Harun Din bukan seorang yang memutar-belit pandang untuk mengobah pendirian semudah itu.
Akhirnya seorang dari mereka mencari jalan tengah. Diselidik secara halus keseluruhan akhar itu. Maka didapati akhbar itu tidak ada alamat pencitaknya.
Sementara itu terhebah perkhabaran bahawa ada naskhah HARAKAH yang diplagiat mencontohi sebijik macam HARAKAH yang original.
Diberitakan juga beberapa orang telah ditangkap di Terengganu dan sedang dilokap di balai polis.
Maka putuslah bicara dan bertemulah satu pengadilan bahawa HARAKAH terbabit adalah dicetak-rompak oleh beberapa orang yang tidak bertanggung jawab.
Khabarnya mereka diupah supaya mencetak, menerap dan melakukan pelbagai artikel yang menghasut dengan bayaran lumayan oleh pihak tertentu. Motifnya untuk menarik undi menyebelahi pihak yang telah hilang akal bagaimana hendak meraih undi.
Berakhirlah kedua mereka yang bermusuhan itu menjadi rakan baik. Saudara penyokong UMNO itu berjanji akan mengundi PAS kerana kecewa dengan taktik kotor pihak yang disangkkan “puak yang baik dan bermaruah” itu.
Hari ini kita lihat HARAKAH diancam lagi dengan tuduhan sebagai ‘seumber penyebar fitnah’. Dengan itu pihak tertentu yang sudah semacam hilang akal dan daya-fikir – tidak ada alternatif lain, selain dari mengharamkan akhbar lidah resmi PAS itu.
Terfikir kita, apakah akan berulang peristiwa dua orang bersahabat tadi? Jika berlaku, jangan dikesal jika “bersahabatan contoh” itu akan bergelombang merangkumi kelompok-kelompok yang lebih besar.
Hematnya, Terengganu tumbang – mungkin satu gambaran dari “peristiwa dua orang bersahabat” tadi. Jika HARAKAH diharamkan terus, bagaimana? Mungkin HARAKAH akan memberi manfaat kepada pihak yang khianat tadi.
Jawablah dan pilihlah sendiri, wahai saudara-saudara dipihak yang khianat!!
Mohd. Ali Aliman Hakim,
Sura Gate,
Kuala Terengganu