Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Adakah Hidung Mahathir Akan Kembang Mei ini ?

Adakah Zunar akan lukis hidung besar bersaiz Yahudi “XL” kepunyaan Dr Mahathir dalam keadaan kembang luas kerana di puji di Perhimpunan Agung UMNO pada Mei ini? Atau, adakah Zunar akan lukis se-ekor lembu tua berupa Dr Mahathir yang berasap-asap hidung nya kerana terlalu marah diheret ketempat sembelihan?

Tergambar dalam ingatan betapa kembangnya hidung Dr Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas-lepas. Dalam masa sejam sahaja entah berapa kali hidung Dr Mahathir telah kembang luas dari puji-pujian dan pendewaan para perwakilan UMNO yang telah berucap. Adakah pada bulan Mei ini hidung bersaiz Yahudi “XL” tersebut akan kembang dengan lebeh besar menjadi saiz “XXL” hinggakan Zunar perlu gunakan satu muka Harakah hanya untuk memuatkannya?

Walau pun sudah ujud konspirasi dalam UMNO, maseh belum tentu akan ada yang betul-betul berani menandingi jawatan Presiden parti. Mungkin ramai dikalangan yang menentang akhirnya akan dapat dibeli. Dalam politik wang rasuah yang sudah menjadi budaya UMNO, kehebatan geng Dr mahathir tiada tandingannya . Mungkin juga Ku Li yang lemah kedudukan wangnya akan turut terbeli. Kalau ini berlaku dan Dr Mahathir menang tanpa bertanding maka hidung nya akan kembang luas sekembang-kembangnya.

Sama-sama kita tunggu samada hidung bersaiz Yahudi “XL” yang dilukis Zunar secara melucukan itu akan kembang atau kempis Mei nanti.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com