Berikut adalah Inti ucapan beberapa Pemimpin UMNO Peringkat Bahagian. Jika S/U Agung UMNO (Khalil Yakob) tidak ambil perhatian, terpulanglah. Sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sudah mencapai kata sepakat. Sila baca dan teliti satu persatu:
Sebuah Bahagian UMNO di Negeri Sembilan.
Mahathir Mengheret UMNO!!
Perkembangan terakhir menunjukkan bahawa UMNO/BN telah diheret oleh Dr. Mahathir untuk mempertahan kelompok yang membawa 'SIAL' kepada UMNO/BN. Mereka inilah yang patut dibuang, dibenamkan dan ditanjul bagai 'biawak hidup'. Mereka ini sudah terlalu jauh menyimpang dari teras perjuangan Kemerdekaan rakyat. Mereka ini tidak berupaya mengisi kemerdekaan orang Melayu. Mereka sudah gagal!! 100% gagal!!
Kita harus kesal. Mungkin beberapa pemimpin UMNO bangga dengan keputusan mahkamah kelak sekiranya mahkamah mendapati Datuk Seri Anwar bersalah. Kununnya, dengan keputusan mahkamah menyebelah kerajaan; bererti UMNO adalah dipihak yang benar. Tetapi pada hakikatnya, UMNO diibaratkan "Menang sorak kalah sabung". Rakyat adalah pengadil yang berkuasa penentu terakhir. Rakyat bosan dengan KEMENANGAN KOSONG!!
UMNO sebagai sebuah parti yang terulung telah diibaratkan bagai mempertahankan "Nakhoda bacul, hingga sanggup membiarkan kapal karam kerana takut melanggar perentah". Pemimpin UMNO sendiri takut mengkritik dan menasihatkan pemimpin atasan!!
UMNO harus membaca sekarang: Rakyat tidak mahu kerajaan yang dipilih 'tidak amanah'. Rakyat tidak mahu pemimpin-pemimpin yang mempunyai agenda peribadi untuk mengenyangkan tembolok masing-masing (in the expense of the Rakyat), berpura-pura menunjukkan kejujuran dibalik undang-undang yang mereka rangka dan luluskan!!
Rakyat nampak jelas - malah merasa bahawa pemimpin-peminpin terbabit memang bersekongkol untuk jatuh-menjatuhkan pemimpin yang memang diharapkan rakyat untuk menjamin kesinambungan kepimpinan menjelang alaf baru abad ke-21. Rakyat keciwa dengan perkembangan terkini.
Dr. Mahathir harus diganti. Bulan Mei ini kita akan tentukan!!
Sebuah Bahagian UMNO di Negeri Johor :
Kerusi Presiden dan MKT
Dr. Mahathir akan mati. Itu pasti. Lambat laun akan ditimbus dengan tanah setelah disumbatkan ke liang lahad. Kecuali keluarganya mahu supaya Dr. Mahathir di 'mummify' seperti Marcos atau Mao Tze Tung. Kalau benar, jangan simpan di bumi bertuah ini. Yang jelas sekarang, dari apa yang terbongkar, Rakyat juga tidak mahu dasar Dr. Mahathir yang menjijikkan dilangsungkan oleh 'replika' yang dilantiknya dalam UMNO lagi. Abdullah Bedawi adalah pengikut paling setia. Itu jelas.
Rakyat tidak mahu budaya politik dan pemerentah bertuankan wang, berkuasa atas ugutan, berbudaya 'bersekongkol dam brKonspirasi', nafi-menafikan - diterap untuk dilangsungkan oleh 'replika' yang dilantik oleh Mahathir sendiri selaku presiden UMNO. Malah, sudah ada penentangan bahawa kerusi presiden pun mesti dipertandingkan. Itu demopkrasi.
UMNO sudah jemu dengan tradisi 'Pengganti ditunjuk oleh pemimpin yang bakal digantikan'. Rakyat mahu kebebasan memilih!! Dasar dan doktrin Mahathir wajib dikikis habis-habis. Rakyat sudah jemu dengan budaya UMNO dibawah Mahathir. Sudah cukup bosan dan membosankan!!
Ramai penyokong dan Pemimpin Umno mahu supaya UMNO melakukan pemilihan MKT dan Presiden diadakan sebelum PILIHANRAYA . Tidak ada jalan lain bagi mempastikan kredibiliti UMNO tidak terjejas. Malangnya itu tidak terjadi.
Ini saja caranya. Jika tidak berkemungkinan UMNO akan dianggap sebagai parti bertuankan seorang saja. tak Demokratik. Fikirlah kalau mahu UMNO nampak sebagai parti yang bermandat dari penyokongnya. Adakan pilihan dalam Perhimpunan sebelum Pilihanraya.
Kita wajar mengganti Mahathir dari menjadi Presiden UMNO sepanjang hayat. Ganti dan ganti bulan Mei ini!
Sebuah Bahagian UMNO di Negeri Melaka
Wang Rasuah di Bank YAHUDI
Tersebar luas bahawa beberapa orang anggota Kabinet Mahathir dan Kroni politik Mahathir menyimpan wang rasuah di National Bank of Israel di Singapura. Jumlah itu baru setakat yang diketahui rakyat. Yang tidak diketahui mungkin berpuluh-kali, malah beribu-ribu kali ganda nilainya - dalam bentuk properties, dan kepentingan lain dimerata ceruk dunia. Dari sumber-sumber yang percayai, Mahathir sendiri mempunyai kepentingan yang bernilai berbilion-billion dimerata dunia.
Tak Lapok
Mahathir berpura-pura ke Makkah menunaikan haji. Di Makkah, diberitakan Mahathir menyatakan kepada umum bahawa DS Anwar telah dibebaskan. Jika berita ini benar, jika inilah taktik Mahathir hendak menuntup mata rakyat dan dunia, rakyat harus mentafsirkan bahawa Mahathir bukan sahaja setakat sanggup membohongi rakyat, malah ia sanggup membohong Allah swt. ditanah suci!! Inikah manusia yang bakal dilanjutkan kepimpinannya? Seorang Presiden parti yang wajar direstui UMNO?
Apakah kerja Mahathir sekarang sesuatu yang sesuai di negara ini? Tidak kah rakyat sekarang sudah nampak jelas bahawa Mahathir sebenarnya sedang menggunakan kuasa yang diamanahkan oleh 20 juta rakyat kepadanya semata-mata demi kepentingan diri dan kuncu-kuncunya?
Bermakna, Mahathir dan beberapa pihak dalam UMNO/BN yang merestui perbuatan Mahathir itu -- bukan sahaja tidak layak diberi amanah berkuasa, malah mereka harus dihadapkan ke mahkamah rakyat untuk diadili sebagai "Pengkhianat Negara".
Tidak kah wajar UMNO berfikir panjang supaya menyokong bakal pengganti Mahathir itu?
Sebuah Bahagian UMNO di Pahang.
Kita mesti tekan Mahathir lagi
Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya sedang dalam keadaan 'payah' dan 'tertekan'. Itu jelas. Mahathir sedang menggunakan taktik kotor dengan membayangkan bahawa 'umat Islam dinegara ini sedang menunju kearah 'Fundamentalisma Keugamaan' yang dibenci oleh dunia bertamaddun'.
Ini adalah satu fitnah oleh orang Islam sendiri yang paling jahat sekali. Mahathir kini sedang malaungkan bahawa nyawanya sedang diancam bunuh oleh kelompok fanatik Islam. Mahathir memaksa pegawai Pusat Islam memperakukan bahawa agen luar yang mengahasut dan mengacau ketenteraman golongan ugamawan. Ini adalah satu taktik paling jahat lagi busuk.
Apakah dengan itu, Mahathir mengharapkan supaya ramai pemimpin dunia akan membenci dan mengutuk parti seperti PAS. Dan, akhirnya Mahathir berharap akan dapat memusnahkan PAS dengan bantuan dunia? Nampaknya, Mahathir lah yang menjadi Agen negara asing untuk memusnahkan negara ini.
Malangnya Mahathir lupa, jika dakwaannya itu benar, dunia sendiri tertawa besar. Dia tidak tahu dunia akan mengcap bahawa kemungkinan mereka yang terbabit adalah orang dalam partinya sendiri.
Contohnya, dengan mengandaikan bahawa 'Mata Lebam" (DS Anwar hingga nyaris menemui maut) adalah perbuatan terkutuk Ketua Polis Negara (Rahim Nor) sendiri (Dr. Mahathir memang tahu dari mula dan merestuinya); dan hingga hari ini Rahim masih bebas dan mendapat perlindungan Mahathir.
Kita tidak mahu Mahathir lagi.
Sebuah Bahagian UMNO di Kelantan (Pemuda UMNO)
Pelabur Habis Palembang Tak Alah
Ketetapan jawatan Presiden bukan ketetapan MKT. Itu adalah arahan Mahathir sendiri. Bukan setakat tidak ada modal tanpa asas tuduhan yang boleh membela diri, malah hujah Mahathir makin membogelkan dirinya sebagai pemimpin kehilangan taring. Mahathir sedang menyelok pekasamnya sendiri. Busuknya sudah tidak terhingga lagi. Mahathir sudah LUMPOH..!!
Pemuda UMNO juga tidak lagi menjadi 'the driving force to be reconned with'. Pemuda UMNO kebelakangan ini tidak lebih dari alat yang bermain rentak boneka yang talinya dipegang erat oleh Mahathir. Banyak, terlampau banyak karenah Mahathir dan perlakuan kerajaan BN yang tidak dipersetujui rakyat.
Tetapi Pemuda UMNO hanya senyap sunyi bagai 'tunggul mati' tanpa berani menguit lidah membantah. Apa yang mereka sanggup lakukan hanya bercakap lantang… "saman sana, saman sini". Akhirnya, punggung sendiri yang terbogel bergelimang taik.
Jika slogan, "Pemuda harapan bangsa", hari ini harapan itu telah runtuh meranapkan sejarah kegemilangan Pemuda UMNO sejak zaman Tun Hussein dulu. Namapaknya, Tun Hussein (ayah Hishamuddin) yang membina harapan itu, sekarang anaknya si Hishamuddin meruntuhkannya. Nak harap siapa lagi?
Pemuda harus berfikir untuk mengganti Mahathir yang sudah sewel
Sebuah Bahagian UMNO di Kubang Pasu, Kedah (WANITA UMNO)
Jika "Pemudi tiang negara". Wanita UMNO hari ini menjadi cabang UMNO klas dua. Ketuanya akan berpuas hati setakat dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh. Bagi Wanita, mereka mahu 'cari makan dan hidup senang'. Mahathir amat mudah mempermainkan 'kekuatan Wanita'. Wanita UMNO kini telah diberi 'belanja hangus' yang akhirnya membakar seluruh UMNO menjadi abu!! Apa yang mereka tuntut hansya pertambahan jawatan/kerusi politik supaya dapat bergaji tetap. Tapi apa yang mereka sumbangkan?
Rafidah memang seorang yang Rasudah. Ia tidak layak menerajui WANITA. Kita mesti tolak Rafidah. Di Parlimen beliau sanggop berbohong.
Dibawah Mahathir, kakitangan wam berpangkat tinggi tidak lebih dari 'hamba-sahaya' yang wajar diarah bagai 'lembu dicucuk hidung'. Kita akan dapat lihat cerita wayang Tamil saban minggu yang siras dengan pentadbiran Mahathir terhadap 'penguasaannya' keatas etika kakitangan awam. Jabatan Peguam Negara, jabatan Polis, Pegawai-pegawai Kementeri terbabit, Unit Perancangan ekonomi, dan puluhan korporat separa-kerajaan; masing-masing akan menurut perentah bagai "Pak Pandir kematian Mak Andeh". Semuanya jadi "Pak Turut" demi menjaga periok nasi. Mereka hilang kepakaran, pengalaman dan kreativiti.
Kita harus menukar Presiden.
Sebuah Bahagian UMNO di Negeri Johor (Pemuda UMNO)
UMNO wajar diREFORMASIkan..!!
UMNO perlukan REFORMASIkan! Tetapi selagi REFORMASI hanya dilaksanakan secara 'ad hoc' ala "Mahathathirsma", maka jangan diharap manfaat Reformasi akan tiris kepada rakyat. Ia akan tersekat dan dimonopoli oleh suku-sakat dan kroni Mahathir semata-mata. Itu sebab Dasar Ekonomi Baru hanya bagi kroni dan anak-anak mahathir saja. Adakah DEB untuk segelintir orang Melayu?
Kita sudah lihat bayaran Tol terus dinaikkan. Walhal sebutir batu pun tidak ditambah di jalanraya. Kalau ditanya mengapa Mahathir tidak menahan diri dari berlaku zalim? Jawab yang mudah hanya satu: "Mahathir memang tidak ada nawaitu untuk berlaku Adil"…!! Saham kroni dan suku sakatnya sudah merudum hampir 50 billion MR. Masakan Mahathir akan tenang dalam tidurnya. Selagi dia berkuasa selagi itu lah ia akan mengambil kesempatan semahu hati. Peduli apa dengan desakan rakyat.
Ulama' UMNO sukar diyakini kini. Tak perlu sebut siapa mereka, yang penting mereka menafikan keilmuan syarii yang mereka junjung selama ini. Padahal, atas keilmuan merekalah penyokong UMNO memberi amanah kepada mereka. Tapi kini mereka jugalah yang menjadi tiang yang membawa rebah.
Ramai menteri di Kabinet Mahathir dan pemimpin di negeri-negeri; sejak usia awal tiga puluhan menjawat jawatan Menteri, ADUN, Wakil Rakyat, dll. Tetapi kerana budaya 'politik wang', rakus dan tamak harta yang diterap oleh Mahathir; mereka kini menjadi 'hamba' kepada Mahathir. Mereka amengamalkan korupsi dan penyelewengan serta meraih kesempatyan mengumpul harta.
Di Kulai, Johor seorang ADUN sanggup menukarganti tanah yang dipohonkan rakyat kepada hak miliknya. Inikah contoh pemimpin UMNO yang jujur! Malah sehingga hari ini, tanah kampung di Batu 26, Kulai masih lagi terbengkalai tanpa diberi kepada rakyat walaupun lebih 20 tahun rakyat disitu bermastautin. Hingga hari ini "janji tetap janji"!!
Tidak kah wajib Dr. Mahathir ditolak?
Sebuah Bahagian UMNO di Ipoh Perak (Pemuda UMNO)
Mereka yang korap dalam UMNO inilah yang sangat jelas menyokong Mahathir tanpa punya perasaan sayangkan UMNO, Rakyat dan Negara lagi. Bagi mereka, apa yang mereka mahu hanya dapat bertahan selagi Mahathir dipucuk pimpinan. Maka budaya inilah yang harus diREFORMASIkan. Itu kemahuan rakyat.
Oleh itu, kita sebagai pemimpin Pertengahan tidak akan memberi sokongan lagi kepada UMNO andainya UMNO tetap bersikap beku terhadap tuntutan rakyat. Masa ketikanya sudah tiba. Hubungan kami dimerata negeri sudah ikrab dan sebulat kata: "Mahathir dan kuncu-kuncuny WAJIB ditumbangkan". Itu jihad. UMNO harus diberi 'pengajaran terakhir".
Kerana UMNO sudah terlampau rosak - mustahil dapat dipulihkan semudah itu. Rakyat wajar memilih parti alternatif memerentah, sementara itu UMNO/BN harus memperbaiki diri dan meyakini rakyat semula dari petak Pembangkang di Parlimen kelak - jika mampu!! Jika tidak, akan teruslah dipetak Pembangkang!!
Maksudnya, perjuangan rakyat kini bukan setakat mengundurkan Mahathir saja, tapi lebih menumpukan motif utama untuk memberi laluan sebuah coalition Parti Baru bagi menerajui sebuah Kerajaan Baru. Ketakutan inilah yang menyebabkan Mahathir makin keras mahu berkuasa walau dengan apa cara sekali pun menentang REFORMASI.
Nah, Mahathir. BERMUSUHLAH ANDA DENGAN RAKYAT, JIKA ITU YANG KAMU MAHU!!
Perhatian :
Beberapa inti ucapan akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
Sumbangan :
Pemantau Bertauliah.